24 Jun 2014

Karya Sayu | Kerana dia seorang Isteri

Assalamualaikum, 

terjumpa satu blog nie, Ya Allah segala cerita kat dalam blog tu buat aku terkesima. Susunan ayat jalan cerita sgt menyentuh hati sampai tanpa aku sedar air mata aku mengalir. jemput jemput la baca blog nie http://karyawanbisu.blogspot.com/ 

Entry nie aku copy paste dari blog beliau selamat membaca :) 

Subuh itu, sebelum bangkit dari pembaringan, aku merasa dahi dan leher isteriku yang demam. Masih panas. Dengan keadaan dia yang tak lalu makan dan ‘datang bulan’, dirinya lesu, lemah dan tak bertenaga. Aku capai cool fever malam tadi di dahinya lalu aku gantikan dengan yang baru. ‘’Semoga cepat sembuh ya Sayang’’ bisikku di telinganya.

Selesai bersiap untuk ke masjid, aku memberitahunya perlahan agar lenanya tidak terganggu. ‘’Abang nak ke masjid kejap. Sayang berehatlahlah dulu’’. Belum sempat aku melangkah pergi, mulutnya bergetar menutur sesuatu ‘’Hati-hati jalan ya Abang.. Balik nanti, kejutkan Sayang.. Sayang nak siapkan baju dan sarapan Abang..’’ tuturnya lemah sambil mata masih terpejam. Aku senyum bercampur sayu. Mengenangkan dia masih mengambil berat perihal diriku biarpun dia sedang sakit.

Pukul 7.30 pagi. Aku bersiap untuk ke tempat kerja. Tiba-tiba, dalam keadaan kelam kabut dia datang mencariku. ‘’Abang..! Baju Abang dah gosok ke? Abang dah sarapan belum?’’. Bimbang, risau dan resah melanda dirinya. Aku yang dah siap berstokin berdiri. Berjalan menghampiri dirinya. Aku sentuh kembali ubun-ubun dahinya memeriksa suhu. Alhamdulillah, dah kurang dah panasnya. Aku maniskan muka sebaik mungkin agar dapat menenangkan dirinya. ‘’ Abang dah gosok dah baju Abang tadi. Sarapan pun dah. Untuk Sayang pun, Abang dah sediakan sekali. Nanti, jangan lupa sarapan dulu. Lepas tu makan ubat k ’’.

Dia terharu. Dicapainya tanganku memohon maaf kerana tidak sempat ‘berbakti’ kepadaku pada pagi itu. ‘’Abang tak sampai hati nak kejutkan Sayang ketika tidur tadi. Kepenatan jelas terukir Abang tengok pada wajah Sayang. Apa salahnya, sekali-sekala Abang buat sendiri kerja untuk diri Abang dan buatkan sedikit ‘hadiah’ untuk Sayang.. ? Semoga cepat sembuh ya dear’’. Seolah-olah tuturku itu masuk ke matanya lalu berkaca dan dia berkata ‘’Terima kasih Abang. Sayang sayang Abang’’.

Admin : Isteri bukanlah seorang hamba. Bukan juga sebuah mesin buatan manusia. Adakalanya, dia penat bila menguruskan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Apatah lagi yang sudah mempunyai cahaya mata. Penatnya kan bertambah berkali-kali ganda. Oleh itu, sebagai suami, bantulah apa yang termampu. Sedikit bantuan dari kita umpama 1001 keringanan kepadanya. Dia akan merasa amat dihargai, disayangi dan dikasihi. Dengan itu, insyaAllah akan lahirlah sebuah keluarga bahagia yang akan kita pimpin tangan mereka menuju ke syurga dan hidup di sana buat selama-lamanya. Amin.



p/s: sebenarnya blog nie ada byk pengajaran ada byk nasihat dia bagi. Banyak karya aku suka sebenarnya tak dapat nak aku gambarkan. 
Komen
0 Komen

No comments:

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign