23 Dec 2014

DIY Mask Apple

Holla u all, 

Da lama nak update entry nie tapi asyik tertanguh jer, disebabkan tahap kesibukan di ofis tak dapat diatasi jadi entry pun terdraft je la yew. Okay da kelaut.....

Sapa suka makan buah? Tahu kan setiap buah ada kebaikan mereka tersendiri. Hari ini nak kongsi cara dapatkan kulit yg sihat dgn buah epal, buah epal yew bukan blog cik epal, eh cik ker? da jadi puan da & soon jadi seorang ibu plak. fuhhh bahagia hidup cik epal skrg. Tak apa maria setiap orang ada kisah sendiri okay aku kelaut lagi.........

Saidina Ali Bin Abi Thalib :

“Apabila anda hendak makan Epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan Epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh angin akan lenyap.”


Buah Epal mempunyai khasiat tersendiri, epal merah dan epal hijau mempunyai rasa yang berbeza tetapi keduanya mempunyai khasiat yang sama iaitu banyak memberi manfaat kepada tubuh badan serta kesihatan mental. Buah Epal juga kaya dengan vitamin A, vitamin B kompleks dan vitamin C serta antioksidan. Zat antioksidan dalam buah apel ini bisa membantu memperbaiki kulit yang rosak.
Masker Buah Apel mengandung glycolic acid, dimana mampu membantu mencantikkan serta membersihkan muka. Kulit buah Apel juga dapat menjaga kadar ph kulit tetap seimbang.
Antara kebaikan lain Buah Epal :
*Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.
*Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
*Mengurangkan risiko penyakit jantung.
*Melindungi sendi tulang.
*Membantu mengekalkan berat badan ideal (epal hijau).
*Kandungan serat Epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
*Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
*Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
*Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan Epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan

Cara Buat Mask Epal:-
1. Sediakan satu buah epal, cuci bagi bersih & jangan lupa hidu bau epal yew. hehehe
2. Parut buah epal kalau malas nak parut boleh blend tapi jgn letak air & korang boleh juga rebus buah epal tu tapi aku tak suggest sbb terlalu berair nant. 
3. Campur dengan sedikit madu lebah. gaul bagi rata. 
4. Okay da siap boleh sapu kat muka & biarkan kering. 





Simple je kan. hehe selamat mencuba u all..
Sebanarnya Epal bukan saja boleh dimakan or buat mask tapi boleh dijadikan sebagai toner, hilangkan mata panda, hilangkan Blackhead, & etc. okay guys see ya :) 


Komen
0 Komen

No comments:

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign