23 Oct 2015

Jom Jaga Aurat

Assalamualaikum. 

Jom jaga aurat, maria pun belum perfect lagi masih terdedah sana sini lagi tapi In Sha Allah berubah sikit sikit. Tidak dinafikan memang susah nak berubah, bila niat da baik pasti ada cabaran. Bersabar la Allah sayang sebab itu dia bagi kita cabaran. Macam mana nak berubah? mungkin boleh ikut step dia bawah. btw credit tu http://lamanprincess.blogspot.my/







Harap dapat bantu korang. Percaya la nescaya korang akan rasa lebih tenang In Sha Allah. ok see ya xoxo

19 Oct 2015

Café MAKAN Culture @ Aeon Wangsa Maju

Assalamualaikum.

Lama tak mengupdate blog maklum la tgh sibuk sekarang ni. Ok just make short & simple entry for those this time ok. Bagi mencari yang tengah cari port lepak or chill dgn org tersayang maybe boleh try check in this place.


Café yang berkonsepkan santai & relax baru sahaja beroperasi di Aeon Wangsa Maju. Café Makan Culture adalah anak syarikat Sakura Kristal Cafe & Restaurant. Menyediakan hidangan Asian fusion dengan harga bawah RM 15.90 setiap hidangan. Paling penting harga adalah net Tiada GST tiada SERVICE CHARGE senang cerita tiada caj tersembunyi.


Free drink & boleh refill selagi korang mampu. Berkonsepkan Self Service dimana staff café akan bagi Menu, lepas korang pilih & order di kaunter eh jangan lupa bayar terus tau. Nak jadikan cerita masa maria datang staff tak maklumkan cara order so maria agak blur gak and suddenly rasa macam rusa masuk kampung plak masa tu. Hahaha maybe next time staff kena inform customer gak cara order lps bg menu kan. even ada tulis SELF SEVICE di kaunter tp tak semua customer rajin cuci mata. Hehehe


Maria order Peranakan Seafood Curry with Nasi Bonbon sedap beb. Kuah pekat isi banyak portion pulak tak besar tak kecik sedang2x je. Nasi Bonbon a.k.a nasi pelangi comel kan nasi dia. Hehe rasa macam pulut sikit tapi bila cecah dgn curry terangkat gak la.  Kalau korang suka makan pedas korang boleh tambah sambal yang diorng sediakan berhadapan kaunter. Ingat yew SELF SERVICE jangan plak korang panggil staff suruh amik untuk korang plak nnt. Exercise sikit hehehe


Adik maria pilih Butter Milk Pasta with chicken not bad rasa dia tapi maria kurang sikit butter nie. Lain orang lain cita rasa jgn salah fhm plak yee. Hidangan sampingan kitaorang pilih Bangkok Wigs. Kepak ayam digoreng rangup with daun pandan dan dihidangkan bersama sos Thailand. Fuh makan waktu panas cecah sos pedas sedap woooo. Last sekali maria order air Pina Coco-la air kelapa blender then campur pudina sikit kot sbb rasa dia x de la kelapa sgt tp rasa fresh & mint je. Overall maria bagi 4star dari 5.



Location :  Lot G-05 Aeon Big Wangsa Maju, 6 Jalan 8/27A, section 5, wangsa maju 53300 Kuala Lumpur.
Manager : Ms Adeline Lee
Contact No : +012 371 3601 or 03-4106 5897

Okay jumpa next time :)

#StyleCafe #AsianFusion #CafeWangsaMaju #AeonWangsaMaju #MakanCulture #FoodReview #Food #CafeKualaLumpur 

10 Sept 2015

TIPS DAPUR

Assalamualaikum,

Lama tak update blog. Hari nie saja nak share TIPS cara menghilangkan bau & kotoran di mesin pengisar. Bagi suri rumah pasti rungsing nak hilangkan bau or kotoran kat mesin pengisar selepas gunakan. Mudah je untuk menghilangkan bau or kotoran di mesin pengisar.




Hanya letak sabun (tak kisah sabun pape janji sabun) saya cadangkan sabun pencuci pinggan ke dalam mesin pengisar lepas tu letak air sikit. Korang blend air sabun dalam 05 saat macam tu or ikut suka korang la. Then bilas, lepas bilas korang akan nmpk mesin pengisar korang lebih bersih & bau pun hilang.





Itu je tips dia. Mudahkan J  okay jumpa next entry 

#TipsDapur #HilangkanBau #Penjagaan #MesinPengisar 

31 Jul 2015

Muslimah


Muslimah itu ,
terkadang gelak kuat tak henti , terkadang juga minum berdiri , terkadang sebelum tidur terlupa baca doa & ayat kursi,
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri,
terkadang aci redah sarung kasut org lain tanpa disedari.

Muslimah itu ,
terkadang gembira sampai trlompat terkinja smbil trsenyum tayang gigi,
terkadang menitis air matanya laju tak terperi,
terkadang rasa lemah smpai tak mampu nk bangun2 lagi,
terkadang rasa marah menguasai diri,
sampai rasa nk lempang org tu laju2 without mercy.

Muslimah itu,
adalah manusia biasa,
yg tak lari dari segala perasaan sebagai manusia,
yg tak lari dari segala mcm ujian dan pancaroba,
yg tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
yg tak lari dari buat khilaf dan dosa.

Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa . Apa2 pun, yg pastinya, muslimah itu sentiasa bangkit bila trjatuh, sentiasa cuba gembirakan hati org lain walau hatinya sendiri remuk, sentiasa cuba nk improve diri, dari semasa ke semasa tnpa henti, walau terkadang dia trsungkur, itu bkn kerana dia lemah, tapi itu kerana dia cuba ambil masa utk bangkit semula, jadi kuat dari sebelumnya, kerana dia berusaha utk mnjadi bidadari dunia dan juga di akhirat sana

In Sha Allah :')

30 Jul 2015

SUPERHERO EFFORTLESSMAN LAZADA

Assalamualaikum. .

Sesiapa ada perasan tak di sekitar KL muncul sorang lelaki berketinggian 200cm = 2 meter dengan berpakaian ala superhero versi superman tetapi baju berwarna biru & oren? Ha pasti ada terserempak kan. Siapa superhero tu? Apa function dia buat di KL? Ha ini yang den nak habaq nie.


Kalau nak tahu inilah dia EffortlessMan dari Lazada Malaysia. Dia akan muncul sekitar Kuala Lumpur untuk contest yang sedang berlangsung di Lazada Malaysia sekarang. Ha contest? Contest apa? Apa palak kaitan EffortlessMan dengan Lazada? Sabar na nie ceq nak cerita la nie. Sebelum tu meh layan video dulu


Nak tengok sambungan video meh klik SINI

Contest ini bertujuan untuk mempromosikan The Big Effortless Shopping Sale dari 27 July hingga 31 July 2015. OMG tgh sale nie cepat la serbu website depa. Pelbagai barangan yang dijual dengan harga super sale!! Korang boleh check link ini : http://www.lazada.com.my/effortlessshopping/ pasti korang nangis tgk harga depa murah baq hang.



LAZADA tengah buat 02 contest. Contest depa mudah & simple yang amat. Jangan lepaskan peluang tau.

Contest Pertama Hadiah: RM100 cash untuk 2 pemenang setiap hari
*Selfie bersama EffortlessMan (hint:beliau akan berada di sekitar KL atau ketahui update di Facebook Page Lazada tentang lokasi EffortlessMan)
*Upload gambar tersebut di Facebook berserta hashtag #EffortlessManHunt dan #LazadaMalaysia
*Simple! Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti masingmasing

Contest KeduaHadiah : RM100 shopping voucher untuk 3 pemenang setiap hari 
*Tinggalkan komen di page ini : http://www.lazada.com.my/effortlessmanhunt/
*Teka dimana tempat seterusnya EffortlessMan akan pergi. 
*Siapa dapat teka betul or paling hampir dengan lokasi sebenar berpeluang untuk menang

Ha senang tak senang, Selfie & teka lokasi je pun kan. Nak lebih info meh tgk kat bawah



P/s: Orang kata rezeki jangan ditolak, Kalau korang jumpa je EffortlessMan amik gmbr ikut kreativiti korang & pos kat insta lepas tu jgn lupa hastag ok. Kalau tak jumpa korang teka je lokasi seterunya si EffortlessMan nie pergi nanti. Good Luck u all :)

21 Jun 2015

Review : Imperial Chakri Palace, KLCC

Assalamualaikum,

Sedang mencari kelainan untuk berbuka puasa, meh cuba makan makanan THAI di IMPERIAL CHAKRI PALACE ROYAL THAI CUISINEM, KLCC. Mempunyai 3 cawangan Pertama di Chakri Express @ Alamanda Putrajaya, Kedua Chakri Palace @ Pavillion KL & Ketiga di Chakri Palace @ Suria KLCC.



Apa yang menarik di Chakri Palace Menghidangkan 50 menu hidangan Thai dan juga tempatan yang pasti memikat selera anda & paling istimewa disediakan oleh Chef Sollahudin Nutto. Paling istimewa semua hidangan dihidangkan tanpa MSG, LOW Cholestrol Oil, NO Colouring & NO Preservative.  

Antara makanan yang dihidangkan
Makanan Tradisional Thailand Meing Kham-Ulam Daun Kadok
Salah Satu hidangan unik RED RUBY WATERCHESTNUT

Bukan Restoran Thailand jika tidak ada TOMYAM. Kuah dia urmphh memang sedap. Tak percaya sila cuba :) 
Pisang Stim Manis & Pulut Mangga sebagai pencuci mulut memang superb. 
Kuih Muih Tempatan yang dihidangkan 

Terima  Kasih Chakri Palace utk layanan yang diberikan :)
Thank you kat awak jugak CIk Fana

Candid Picture. Sejujurnya gambar nie secara kebetulan bukan candid ;p
Hye Abang Bro


Untuk Info Lebih lanjut:-
https://www.chakri.com.my/

Selamat Berpuasa u all


9 Jun 2015

Fesyen Baju Kurung Moden Terkini

Assalamualaikum. .

Salam sya’aban korang, sikit hari lagi nak masuk bulan Ramadhan then bulan Syawal. Wah cepat benor masa berjalan sekarang nie. Pejam pejam celik da nak bulan puasa. Alhamdulillah masih diberi kesempatan.

Cakap pasal Bulan Ramadhan benda pertama terlintas di fikiran u all mesti baju raya kan. Then korang akan fikir tema warna, design apa, berapa helai baju & etc la. Zaman dulu2x pilihan utama kaum wanita mesti baju kurung kan. Tahu kenapa Baju Kurung jadi pilihan utama?

Baju Kurung adalah pakaian kebangsaan Negara kita dimana Baju Kurung boleh dipakai dimana jua. Tak kisah la majlis rasmi atau tidak Baju Kurung tetap menjai pilihan. Baju Kurung terbahagi kepada dua, ada bahagian atas dan bahagian bawah lepas tu ada lipatan kain dan potongan di leher.

Seiring dengan edaran masa dunia fesyen Baju Kurung semakin mendapat sentuhan di kalangan pereka fesyen dan lebih dikenali sebagai Baju Kurung Moden Kita pun boleh lihat ada banyak fesyen baju kurung moden terkini yang unik dan bergaya serta moden yang digayakan wanita zaman sekarang kan.



Zaman dulu Baju kurung mempunyai potongan yg longgar serta baju bahagian atas labuh di paras lutut atau betul-betul di paras lutut. Bahagian bawah pulak akan berlipat tepi.






Ini Baju Kurung moden atau lebih kenali sebagai fesyen Baju Kurung Peplum dimana bahagian atas agak lebih singkat dan mempunyai jahitan tengah.


Baju Kurung Moden Lace dimana bahagian lengan dan bawah dihiaskan lace. Cantik kan & sesuai digayakan kemana shj.



Yang terkini Baju Kurung Mini atau dikenali sbg Mini Kurung. Bahagaian atas agak pendek seprti peplum tetapi tidak mempunyai jahitan di bhgn tengah.


Baju Kurung moden korang boleh gayakan dengan aksesori tambahan seperti tali pinggang atau reben di belakang baju. Contoh seperti gmbr di atas.



Walaupun Baju Kurung  semakin mendapat sentuhan tetapi masih mengekalkan ciri2x asas yg utama iaitu terbahagi kepada bahagian kain dan baju. Semakin bayak pilihan semakin bergaya la para wanita di luar sana. Da dapat idea design apa u all nak untuk Syawal kali nie? hopefully dapat membantu korang. Apa pun pilihan korang pastikan anda selesa baru rasa yakin. . okay see ya :)


10 May 2015

10 Sebab Raysha Perfumes Jadi Pilihan

Assamualaikum,

Sebelum keluar rumah benda yang paling wajib korang pakai apa selain makeup? mesti minyak wangi betul tak ? yela tak kan la baju da lawa makeup da cantik tapi bau tak ada, errr jatuh market u all. Bukan setakat jatuh market confident level korang mesti down jugak. Oleh itu moh la pakat ramai ramai beli minyak wangi keluaran produk bumiputera & yang tentu halal. Produk apa ? mestila RAYSHA PERFUMES. Raysha adalahn wangian suci yang mempunyai aromaterapi dan aura tersendiri. Wangian Raysha mempunyai bau yang lembut dan tidak terlalu kuat hanya org terdekat shj yg dpt bau wangian kita pakai. Wangian Raysha diperbuat drpd bahan bahan semulajadi seperti bunga-bungan, buah-buahan dan herbal terpilih. Wangian Raysha diaspirasikan daripada jenama terkemuka antarabangsa yang dapat mengekalkan wangian sepanjang hari. Nak tahu rahsia wangian berpanjangan? Jawapan saya mestilah Wangian Raysha.


Ada 10 sebab kenapa u all kena pilih produk Raysha:- 

1. Halal & Suci
Wangian keluaran Raysha adalah halal, kalau sudah halal mestilah boleh pakai semasa solat. Memudahkan kerja kita untuk beribadah dimana jua gitu.

2. Beraromaterapi
Eh apa itu aromaterapi? maksudnya bila kita memakai wangian dari Raysha dapat membantu emosi kita dlm keadaan stabil. apabila kita stress or rasa marah wangian Raysha dapat meredakan perasaan kita. Ok yang ini maria akui mmg mujarab dekat maria.

3. Memberi Aura
Aura adalah medan energi yang mengandung energi sinar (energi elektromagnetik) atau biogetic ray bersifat multidimensional yang menyelubungi tubuh manusia (Bioplasmik). Aura membentuk karakter 'emosional'  yang boleh meransang memperbaiki @ menarik perhatian seseorang. Wangian Raysha dapat memberi satu aura positif pada si pemakai. 


4. Plihan wangian 
Ada 5 jenis wangian spray (15ml)  dan 12 jenis wangian roll on (5ml). Antara wangian Raisya seperti :- Addict 2 by Christion Dior, Amor Amor by Cacharel, Apple Blossom by The Body Shop, Be Delicious by DKNY, Bright Crystal by Versace, Fantasy by Britney Spears, Floral by Gucci, Live by Jennifer Lofez, Midnight Fantasy by Britney Spears, London by Burberry, Vanilla by The Body Shop & White Musk by The Body Shop. 
Untuk lelaki pula 3 jenis wangian spray (15ml) &  ada 8 jenis wangian  roll on (5ml) seperti:- 1Million by Paco Rabanne, Acqua di Gio by Giorgio Armani, Desire Blue by Dunhill, Desire Red by Dunhill, Energise by Hugo Boss,  Eternity by Calvin Klein, Extreme by Bvlagari & Polo Sport by Ralph Lauren.

5. Berkualiti Tinggi
Semua wangian yang dikeluarkan oleh Raysha mempunyai kualiti yg tinggi dimana wangian mereka adalah 100% Original tanpa sebarang bahan kimia yg memberhaya dan juga tanpa Alcohol.

6. Mesra Pengguna
Wangian Raysha mudah dibawa kemana shj kerana saiz nya yang kecil. Bak pepatah melayu kecil kecil cili padi maksudnya saiz shj kecil tapi haruman tahan lama.


7. Perfect Gift
Wangian Raysha boleh juga dijadikan sebagai hadiah atau barang hantaran pertunangan or perkhawinan kerana packaging yang cantik dan exclusive. Raysha mempunyai dua packaging di mana u all boleh pilih sama ada 15 ml or 1 box tp ada 3 wangian saiz 5 ml.

8. Harga Berpatutan
Walaupun wangian Raysha adalah 100% original tetapi harga tidak la mencecah ratusan ringgit malah u all boleh beli dgn harga yg sgt berbaloi dgn wang u all iaitu 15 ml RM 38.00 (PROMOSI RM 35.00) & RM 32.00 untuk 1 box 3 pilihan wangian.
Berbaloi bukan J
9. Jenis Wangian
Raysha bukan shj mengeluarkan produk wangian utk lelaki dan wanita mereka juga ada wangian kereta dan rumah dgn 5 bau pilihan. Lemonade, Swetberry, Red Grape, Morning Fresh & Sparkling Blossom. Wangian yg bersaiz 10ml ini dapat bertahan selama 45 hari wah lama kan.

10. Meningkatkan Keyakinan Diri
Badan yang wangi memang dapat meningkat keyakinan diri & korang mesti tidak akan terasa janggal berhadapan dgn orang lain. Jadi buat la pilihan tepat dgn memilih produk wangian Raysha.



p/s: Tips utk memakai wangian adalah sapu di nadi seperti, kawasan cuping telinga, leher & pergelangan tangan. Pasti wangian akan kekal lebih lama. Jangan lupa dapatkan produk Raysha.

Info lebih Lanjut

#rayshaperfumes #perfumemalaysia #kekalwangi #halal#bebasalcohol #hantaran #perfectgift #aromaterapi #aura #keyakinandiri 

28 Feb 2015

BINI CANTIK PUN KENA CERAI?

Assalamualaikum, 

Holla, copy paste entry yang maria terbaca di FB. Hanya sekadar perkongsian, even maria sendiri belum alami. Just fahami entry & amalakan okay. Ulang lagi sekali ini entry copy paste :) 

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!
Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja. Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!

Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana. Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri. Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.
Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.
Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga. Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak. Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:

“Apa guna berbini cantik,Bila makan tidak meneman,Apa guna isteri romantikJika selalu mengelak di ranjang”

Woha!

Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan.

13 Feb 2015

Blogger Gathering @Tanah Aina Cafe Part 3

Assalamualaikum.

Sambung Part 3 okay janji part last Maria cerita tentang Tanah Aina Cafe. Hamboi maria sakan ko taip sampai part 3 ko cerita tentang Tanah Aina yew maria. Apa yg menarik sgt tentang Tanah Aina nie? Ha yang menarik pertama MENU, kedua CAFÉ & LADIES FITNESS CENTRE & KETIGA RESORT.

Disebabkan maria seorang yang sukakan alam semulajadi maria sangat teruja bila Puan Sri akan buat satu trip utk blogger ke salah satu resort Tanah Aina. In Sha Allah kalau ada rezeki, Amin.


Puan Sri seorang yang sangat cintakan Alam & mempunyai satu komuniti yang dipanggil sebagai PEKA (Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia) dimana Puan Sri menyeru rakyat Malaysia untuk cintakan Alam untuk masa hadapan. U all tau tak Alam ada salah satu Tourism yg dipanggil sbg Eco-Tourism & juga tourism adlh salah satu sumber pendapatan penting untuk negara kita. Kalau maria tak silap sumber top 5 rasanya (Maafkan saya kalau salah) Nampak tak betapa kuatnya naluri alam Puan Sri. Okay respect.

Mission : To be the force in ensuring the protection and conservation of our natural environment.
Vision : For Malaysia to enjoy and sustain a clean and healthy natural environment for the present and future generations.
Motto : See Nature, See Life



Tanah Aina Resort mempuyai 5 cawangan resort & 1 restoran di negeri Pahang & Johor.
RESORT
1. Tanah Aina Farrah Soraya in Bentong, Pahang, Malaysia

2. Tanah Aina Farhana in Desaru, Johor, Malaysia

3. Tanah Aina Fareena in Lentang, Karak, Pahang, Malaysia

4. Tanah Aina Farouq in Raub, Pahang, Malaysia

5. Tanah Aina Fahad in Ulu Dong, Raub, Pahang, Malaysia

RESTORAN
Tanah Aina Azareena Seafood Steamboat di Bentong, Pahang

Harga yang dikenakan di setiap resort sangat berpatutan dan tidak terlalu mahal. Dekorasi setiap resort sangat cantik seakan-akan hotel 5 star. Tak percaya okay boleh tgk website mereka www.tanah-aina.com nak berbulan madu kat situ pun boleh bagi pasangan yang mencari kelainan & mempunyai sifat natural dalam diri mereka.




Nak info Lebih Lanjut Tentang Resort Tanah Aina & PEKA

INFO Tanah Aina Resort
Tel : +6012 214 1014 | +6016 205 1670
Fax : +603 7877 2594


INFO PEKA
PERTUBUHAN PELINDUNG KHAZANAH ALAM MALAYSIA
Tel: +603-55133803 | Fax: +603-55111669
Mobile: +6019-2422625 (Bazlinda) | +6012-6340888 (Fiza) | +019-2651006 (Yatie)

P/s: Nanti maria nak ajak bakal husband honeymoon sini. hahah okay bye see ya 
© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign