19 Oct 2016

REVIEW : BELLENINA HOMESTAY SPA & WELLNESS

Assalamualaikum, 

Lama da tak update blog tapi hari nie tergerak hati pulak nak update since badan da rasa lega nie kan semangat pun ada nak update blog so here we go my review for spa. Last maria pergi spa sebelum kawen means suda 6 bulan tak pergi manjakan diri.

Alhamdulillah last week maria ada masa sebab MC kena buat Study Sleep kat Hospital Putrajaya (nie kita story nnt) so tergerak hati nak pergi Spa dan secara kebetulan di IG ada la Nampak Amoi Heaxa (owner butik Heaxabell) pergi buat Spa di Bellenina Homestay Spa & Wellness nie so bila stalk IG SPA ada pulak promotion 50% plak kan lagi la maria semangat nak buat at least jimat sikit u all. At that day maria buat BEKAM SUNNAH BADAN & KAKI (darah- 10 point badan, 8-point kaki) & MILKY WHITENING BATH (scrub, mask & bath) & RELAXING FACIAL total RM 180.00 murah kan.

Serba sedikit info tentang Bellenina Homestay Spa & Wellness
Spa berkonsepkan homestay. Erk bunyi macam pelik kan tapi nie la kelainan yang mereka buat. Mana customer mereka yang jauh boleh bawak family and anak anak sekali sebab kat situ mereka sediakan penginapan dengan harga serendah RM 80.00 satu malam sahaja. Bukan itu je kat Bellenina nie customer boleh guna semua facilities yang ada contoh Play Room, Swimming pool, Gym, & kitchen. Kira bagi ibu ibu boleh relax tanpa risau anak kat rumah sebab anak ada dengan  mereka sekali. Gitu kau memahami betul Bellenina nie tau.

Lokasi Bellenina di Puchong Prima berdekatan dengan LRT Puchong Prima and dari situ boleh amik teksi atau UBER. Saya suggest uber sebab lagi murah dalam RM 3 mcm tu je la. Nak drive pun boleh just guna maps or waze 280 PARK HOMES.

Sekarang Bellenina tengah buat promosi tau 50% sampai hujung bulan 10 nie. Nak try guna servis mereka boleh click kat bawah nie. EH lupa Bellenina pun boleh buat servise HOME TO HOME jugak yew kalau u all malas nak keluar contact je mereka then mereka akan service u all kat rumah jugak.





facilities nie semua korang boleh guna

kawasan nie memang sangat tenang jauh dari hiruk piruk bandar. 

Bellenina nie kat BLOCK G sepanjang korang jalan akan rasa tenang sebab sekitar semua pokok. 


WhatsApp: +60 17-399 6058
Address: G-1-1, 280 Park Homes, Persiaran Prima Utama 3, Taman Puchong Prima, 47100, Puchong Selangor

Note: maria bagi 4 bintang sebab maria puas hati dengan location, security, servis, price & staf. maaf la yew gmbr property tu maria amik kat website depa je. hehe 

spa murah | spa puchong | spa selangor | spa homestay | Bellenina Homestay Spa & Wellness | homestay selangor | homestay puchong prima

24 May 2016

Majlis Tunang 20 Sept 2015

Assalamualaikum,

Lama menyepi dari dunia blog. Bukan tak nak update cuma kurang masa. Alhamdulillah hampir 2 bulan maria da tukar status kepada puan. Ramai yang tak tau maria tunang, mmg hajat di hati tak nak heboh, dalam Islam pun mengatakan ketika dalam tempoh pertunangan tidak usah dihebohkan takut kelak putus di tengah Jalan tidak la malu kedua pihak.

Masa majlis tunang maria pun just simple je, no pelamin, no hantaran hanya dua cincin satu cincin tunang satu cincin merisik, tudung dan kain. Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar. Majlis yg kecil tp cukup bermakna.

Orang kata masa bertunang byk dugaan, yup betul. Dugaan maria lebih kepada perasaan, jujur masa tempoh bertunang tak ada perasaan langsung kat tunang, kahwin disebabkan kedua ibu bapa kami restu dgn hubungan kami. Maria tak kenal sangat tunang mcm mana, tak tau apa dia suka, benci atau apa-apa berkaitan dgn dia. Sebab da niat dalam hati nak bercinta lepas nikah. Konon kecewa dgn cinta yg lepas la gitu. Dan masa bertunang nie la syaitan duk hasut kita sbb syaitan tak suka anak adam berkahwin. 

Masa tu la kalut hati ingat kat ex la, tgk tunang rasa benci, rasa meluat segala perasaan la muncul dalam hati kita time tu. Kalau tak kuat hurmm sekerat jln jela. Nasihat maria byk bersabar, tawakal plg penting ingat pada DIA. In Sha Allah everything gonna okay.

Maria ikat tunang Sept 2015 hari ahad. Tempoh bertunang hanya 6 bulan. Dalam masa 6 bulan tu la kelam kabut siapkan persedian untuk majlis. Yg tu next story nnt maria update. Well new life begins now.

masa tunang kwn maria yang tlg makeup kan. at the time dia rush gila sbb baru blk dr kg. tq babe. muah kat lips ko.  hahaha 

Family :)



Sampai jumpa next story.  Annyeong, 
© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign