24 Dec 2014

DIY: Scrub kopi


Holla kalau semalam aku share cara DIY masker muka hari nie cara DIY scrub badan pulak. Actually dalam dunia semua benda kita boleh guna asal ada ilmu. I mean yela kalau kau tahu barang tu boleh digunakan semula kenapa perlu membazir beli yang baru kan. Apa yang kamu perlu buat just toch up or do something kat barang tu then walaaah da boleh gunakan semula. Tapi sayang la aku cetek ilmu so kena cari ilmu byk byk lagi. hehehe dan aku kelaut lagi la nie. .

Okay macam mana nak buat scrub kopi? Sabar na sebelum tu kita baca dulu khasiat kopi untuk kulit kita. 

Kopi merupakan salah satu jenis minuman yang berasal dari ekstraksi biji tanaman kopi yang diproses melalui pengolahan. Selain mempunyai kandungan kafein, ternyata kopi juga mempunyai kandungan asam buah, asam organik, lemak, alkaloid, mineral, potasium, magnesium dan besi yang banyak bermanfaat bagi kecantikan wajah dan kulit.

Kopi bukan sahaja bermanfaat bagi kesehatan tapi bermanfaat bagi kecantikan tubuh, seperti kecantikan wajah, kecantikan kulit, kecantikan rambut dan sebagainya. Sebenarnya manfaat kopi tidak hanya untuk diminum, tetapi kopi juga bisa digunakan untuk perawatan wajah dan tubuh.

Manfaat Kopi Bagi Kecantikan
- Mencegah dan Mengurangi Kerutan di Kulit
- Menghaluskan Kulit
- Mencegah Timbulnya Jerawat
- Melembabkan Kulit
- Membantu Menghilangkan Sel Kulit Mati
- Menghilangkan Bau Badan
- Menghilangkan Selulit
- Menetralkan Kulit Yang Teriritasi
- Memberikan Nutrisi pada Kulit 

Ha nampak tak byk kebaikan kopi kan? Okay cara buat sgt senang hanya oerlukan 3 step sahaja. 
1. Ambik 2 senduk kopi.
2. Tambah air @ madu & gaul sehingga rata
3. Okay da boleh sental kat badan u all. 

2 SUDU SERBUK KOPI

AIR SECUKUPNYA

GAUL BAGI RATA

SEBELUM SCRUB

SCRUB SCRUB

TADAAAA HASIL SCRUB KOPI

Senang kan cara dia. Selalu aku akan buat seminggu 2 kali tapi depends pada kerajinan aku jugak la. Lepas da scrub badan dengan kopi korang akan rasa kulit korang lebih lembut & aroma kopi tu buat korang rasa tenang. Tak rugi try & paling penting tak perlu kuar duit sgt jimat tapi hasil memuaskan. In Sha Alla okay jmp di next entry :) 

23 Dec 2014

DIY Mask Apple

Holla u all, 

Da lama nak update entry nie tapi asyik tertanguh jer, disebabkan tahap kesibukan di ofis tak dapat diatasi jadi entry pun terdraft je la yew. Okay da kelaut.....

Sapa suka makan buah? Tahu kan setiap buah ada kebaikan mereka tersendiri. Hari ini nak kongsi cara dapatkan kulit yg sihat dgn buah epal, buah epal yew bukan blog cik epal, eh cik ker? da jadi puan da & soon jadi seorang ibu plak. fuhhh bahagia hidup cik epal skrg. Tak apa maria setiap orang ada kisah sendiri okay aku kelaut lagi.........

Saidina Ali Bin Abi Thalib :

“Apabila anda hendak makan Epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan Epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh angin akan lenyap.”


Buah Epal mempunyai khasiat tersendiri, epal merah dan epal hijau mempunyai rasa yang berbeza tetapi keduanya mempunyai khasiat yang sama iaitu banyak memberi manfaat kepada tubuh badan serta kesihatan mental. Buah Epal juga kaya dengan vitamin A, vitamin B kompleks dan vitamin C serta antioksidan. Zat antioksidan dalam buah apel ini bisa membantu memperbaiki kulit yang rosak.
Masker Buah Apel mengandung glycolic acid, dimana mampu membantu mencantikkan serta membersihkan muka. Kulit buah Apel juga dapat menjaga kadar ph kulit tetap seimbang.
Antara kebaikan lain Buah Epal :
*Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.
*Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
*Mengurangkan risiko penyakit jantung.
*Melindungi sendi tulang.
*Membantu mengekalkan berat badan ideal (epal hijau).
*Kandungan serat Epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
*Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
*Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
*Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan Epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan

Cara Buat Mask Epal:-
1. Sediakan satu buah epal, cuci bagi bersih & jangan lupa hidu bau epal yew. hehehe
2. Parut buah epal kalau malas nak parut boleh blend tapi jgn letak air & korang boleh juga rebus buah epal tu tapi aku tak suggest sbb terlalu berair nant. 
3. Campur dengan sedikit madu lebah. gaul bagi rata. 
4. Okay da siap boleh sapu kat muka & biarkan kering. 





Simple je kan. hehe selamat mencuba u all..
Sebanarnya Epal bukan saja boleh dimakan or buat mask tapi boleh dijadikan sebagai toner, hilangkan mata panda, hilangkan Blackhead, & etc. okay guys see ya :) 


19 Dec 2014

Simple GA: Vietnam Shawl.

lama tak join GA. terdetik hati nak join Dr Shikin punya GA plak hari nie. hadiah shawl dari vietnam. . hopefully I dapat la kan. Nak join sila la klik banner di bawah :)


http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/12/simple-ga-vietnam-shawl.html
Nak join Klik SINI

Syarat senang jer.
1. Follow blog Dr Shikin
2. TInggalkan URL kat comment

Tu jer syarat dia. okay selamat berGA. see ya

18 Dec 2014

REVIEW : Love Potion


Holaaa, lama den tak update blog naaa. Harap maklum kesibukan plus kemalasan yang menebal dlm diri membuatkan kita tak dpt update blog. haha semua tu alasan ko je la cik maria oiii. Ops lari tajuk sudah kita nie. Hari nie nak share satu perfume baru keluaran produk bumiputera dari Puan Aida berasal daripada Johor. Eh sape Puan Aida nie? Hurmm rasanya korang akan kenal kot tak perlu la aku kenalkan sapa dia ok yg penting aku nak kenalkan produk keluaran dari dia. 

Nie la Puan Aida. Suka tengok dia cantik sgt T_T

LOVE POTION 
Botol mcm bentuk Produk Apple kan

Love Potion sejenis minyak wangi campuran citrus di dalam botol 8ml. Bila pertama kali u all pakai bau dia sangat fresh, selepas 15 minit bau dia akan bertukar jadi lebih lembut & seductive. Bau dia juga akan bertukar ikut suhu badan u all & paling best makin lama bau dia makin sedap. Bila pakai bau dia tak kuat sgt hanya orang berdekatan kita saja dpt bau yg penting sweet & nice jer bau dia. Paling penting minyak wangi nie 1000% halal okay.

Kecil2 cili padi, sekali disapu bau harum mekar yg lembut

Cara pakai: 
1. Baca Bismillah dan selawat ke atas nabi.
2. Sapu di tepi telinga, leher, dada & pergelangan tangan. Boleh di sapu di baju tapi lebih nice sapu di kulit

Harga:
RM 30.00 semenanjung
RM 35.00 sabah & sarawak
Harga da termasuk postage

Personal Review:
Actually aku mmg nak beli perfume nie hujung bulan nie tp disebabkan dpt percuma bertmbh suka la kita nie, hehe kenapa aku nak beli? sebab aku mmg jenis suka perfume bau lembut, kedua sebab 100% halal, ketiga aku mmg sokong produk bumiputera, keempat sebab bau dia buat aku terpikat. Serius smlm aku baru dpt perfume nie dan hari nie aku pakai bau sgt tenangkan jiwa aku. Bau Love Potion nie sgt lembut tau mmg org sebelah ko rasa selesa je dgn bau nie. Plus love potion nie bukan jenis bau yang kuat sampai org 100m dari ko boleh bau love potion. Faham kan maksud aku nie. Pada sapa sapa nak beli perfume nie boleh la beli direct kat owner dia Puan Aida di  talian +60169770444 In Sha Allah ada rezeki nanti aku jadi agent dia. In Sha Allah. 

yes aku menang! see nie la buktinya. heheh
sila abaikan muka tak make up tu yew
p/s: Kita review bukan sebab dibayar or dpt free. NO NO NO kita review sebab produk nie bagus plus aku mmg suka perfume nie. Harap faham yew u all :) see ya

4 Dec 2014

New Menu Launching Pak John Steamboat & BBQ

Yohuuu, senangnya dalam hati dapat makan free lagi. hahaha makan makan dan makan jer kerja ko cik maria, bila nak kurus pun tak tau. Hew Hew orang ckp rezeki jangan di tolak bala jangan di cari gitu.

Btw ucapan terima kasih sebakul untuk halim sudi invite Maria untuk rasa menu baru dari Pak John bukan dpt makan je siap dapat 2 voucher Pak John lagi, wahhh best best. Terima Kasih yew ^_^

Okay guys sebelum nie maria pena post Pak John kan tapi kali nie lain punya. Menu special sempena sambutan hari natal or Christmas bermula dari 15 Disember. Tapi menu terbaru terhad sempena hari Christmas sahaja okay, jadi jangan lepaskan peluang terhad nie & harga hanya RM46++  sahaja okay, Murah kan? jangan risau apa yang korang bayar tu memang berbaloi dgn apa yang korang dapat punya, Jadi sila la ajak org tersayang makan kat sini okay. 

MENU SPECIAL BUFFET CHRISTMAS

Baked Potato with Mince Beef | Kentang bakar  bersama daging cincang dan cream

Garden Herb Potato Salad | Salad kentang dicampur dengan herba

New Zealand Rib Eye With Black Pepper Sauce | Daging rusuk goreng campur sos lada hitam, cili benggala, bunga kobis dan cendawan

Christmas Island | Nasi Pulut dengan sos berkrim dan seafood

Bountiful Hearty Rice | Nasi goreng campur pelbagai sayuran dan ayam

Grilled Slice Chicken With Creamy Spaghetti | Spaghetti campur kuah berkrim bersama Dada ayam panggang

Ramen Vongole Ole | Ramen dicampur dengan makanan laut

Seafood Bread Loaf | Roti Baguette Campur makanan laut disaluti keju

Grill Sutchi Fillet | Fillet ikan Sutchi tanpa tulang cecah brown sos

Black Tangerine Chicken | Ayam goreng rangup yg diperam sos nenas dan sedikit lemon

CHRISTMAS BBQ & STEAMBOAT SPECIAL
Sup istimewa sempena Hari Krismas Creamy Butter Broth

 Sweet Soya Chicken, Lemongrass Chicken, Coffee Beef, Tangerine Beef, Black Pepper Beef, Sweet Soya Beef, Coffee Chicken, Tangerine Chicken, Black Pepper Chicken, Ginger Chicken, and Spicy Fish Fillet.

Ha nampak gigih mereka kan. Maca-macam gaya ada.

diorang sibuk masak aku berselfie dgn Chef David, Sporting wooo.

Masing-masing muka kenyang, Padahal depan tu byk lagi makanan. hehe

Err kenapa mereka comel comel belaka. Okay dpt kawan baru say helo to kak Asyik & Fana

Berdiri ikut ketinggian, Blogger femes Mek Onie, My sister & abag Ipar

Pada mereka yang nak reserve tempat boleh hubungi mereka ok.

Jangan lepaskan peluang korang untuk cuba makan disini, very high recommended. The best Steamboat kat Kuala Lumpur & PJ. Maria cakap berdasarkan apa yang maria rasa bukan review semata-mata. The best menu Christmas Black Tangerine Chicken terbaik wooo. Dan sekali lagi jangan lupa makan di Pak John Steamboat & BBQ kat eCurve level G. Selamat Mencuba u all. 

Special thank to Halim Brothers :)






1 Dec 2014

BIG SALE JAKEL

Walawehhh best gila org yg duduk kat shah alam nie weiii. Jeleznya aku, huntung org shah alam nie byk gila butik butik jenama muslimah kat sini & palinhg best in same place so korang le jln dr hujung hujung utk cuci mata perghh Heaven o( ><)o

Eh lari topik hehehe. Okay la sbnrnya smlm plan nk pergi Orange Cafe untuk invitation from Hai Blogger Bro Halim tp disebabkan ada benda tak dpt elak so tak dpt pergi. Hurmm so sad & sorry Bro Halim, dgr crt nama kita kena pggil utk luck draw haish lagi melepas peluang. Okay x apa ada hikmah.

And yes mmg ada hikmah, even tak dpt pergi event tu kitaorg tetap pergi Shah Alam sbb nak jumpa kak MekOnie. Kebetulan ternmpk pulak Big Sale from Jakel. Ingat tak nak turun sbb mcm tak meriah, tapi da smpai turun je la.

Masuk je dlm tu perghhhh banyak gila Jubah, Baju Kurung, Baju Melayu, Karpet senang crt semua yg Jakel jual kat butik tu ada kat bawah khemah tp kain je tak jual. Jakel hanya buat promosi untuk baju siap sahaja. Dengar je jenama Jakel mesti korang da tau harga berapa kan. Almost setiap baju harga 100 ringgit ke atas betul tak ? Tapi kali nie diorg buat big sale punya. Tahu cara Jakel mcm mana? Dlm masa 5 minit baju harga 200+++ diorg lelong sehelai 50 ringgit shj. Ha gila x murah mmg ramai la serbu tp tp bukan semua baju yew kwn kwn hanya yg mereka lelong shj 50. Baju semua mmg lawa lawa serius tak tipu but make sure sblm korang bayar cek betul betul baju tu. Nama pun lelong kan fhm fhm je la yew conditions baju tu mcm mane.

Dlm nak tak nak shopping terbeli gak la baju kurung 2 pasang. Murah wei aku & akak aku siap beli 5 pasang jer wei. Murah dia rasa nak borong semua baju je. hahaha. Sale nie diorg ckp habis bulan 1 tp actual date tak pasti. Jadi dtg la sini mmg tak rugi dan aku tak menyesal belanja sbb harga murah tp kualiti design terbaikk. Da penat menaip nie layan gmbr je la yew.

Err Terima Kasih Abg jadi model tak berbayar saya. ehe
Lelaki tu saya punya ok.Ahakz 

lokasi betul betul berhadapan bangunan nie.

See, banyak kan collection meraka.
selamat mencuci mata yew ;p
Abang Ipar :)
Adik Ipar, Eh hahha nie adik aku la. 
penat shopping layan aiskrim plak. hehehe
P/s: Sempat gak la pergi butik Calaqisya & Rina Salleh. Nak pergi butik lain tp da tutup. tak pe next time ada lgi. Okay see ya

26 Nov 2014

Lirik Lagu Didi Astillah - Fikirkan Kamu

Auchhh tiba tiba jatuh cinta dgn lagu nie.  Didi Astillah artis baru rasanya, sbb tak pernah dengar nama dia. Pape pun lagu dia yang nie aku suka. enjoy guys



Fikirkan Kamu

Memikirkan kamu
Buang buang waktu...
Aku tidak mahu lagi 
Fikirkan kamu...

Anggap saja aku...
Salah memilihmu
Kamu yang belum beruntung 
Dapatkan aku...

Kau fikir aku bodoh 
Tak tahu kelakuanmu...
Kau kurang main cantik 
Bohong bohong sama aku...

Ku putuskan kamu...
Itu kerana ulahmu
Kamu yang sakitiku...
Kamu selingkuhiku...
Kamu lah gila gila
Gila gila gila...
Kamu lah gila gila 
Gila gila gila...

Ku putuskan kamu...
Itu kerana ulahmu
Kamu yang sakitiku...
Kamu selingkuhiku...
Kamu lah gila gila
Gila gila gila...
Kamu lah gila gila 
Gila gila gila...

ulang lirik pertama...


P/s: Just follow the flow :) 

Review Pak John Steamboat & BBQ



Bagai orang mengantung disorongkan bantal, hwa hwa tq Halim & akak den mcm tau tau jer aku mmg mengidam nak makan steamboat tau. Nak bagi tau nie, Ahad lepas kita orang try makan dekat Pak John Steamboat & BBQ cawangan eCurve Mall. Siapa tak tau eCurve kat mana tu mmg menipu sgt la tu. Okay la kalau tak tau eCurve IKEA korang tau? ha confirm semua tau kan, eCurve dgn Ikea nie berhadapan je u all. So siapa siapa yang teringin mkn steamboat dgn harga berpatutan sila la try Pak John yew, HALAL okay !! Really recommended nak tahu nape? okay sila baca info dibawah yew ;p

1. Pak John Steamboat ada hidangkan lebih daripada 100 pelbagai sayur-sayuran, daging, makanan laut yang kualiti yg terbaik dan paling penting korang boleh makan semua nya. Nama pun buffet kan, nak tambah byk mana pun ikut korang la yew. KONSEP MAKAN SAMPAI PUAS! hahah gitu

2. Pak John Steamboat ada 6 pilihan sup Beef Bone Soup, Chicken Soup, Miso Soup, Curry Soup, Tomyam Suop & paling special Prawn Soup. Aku suka  Prawn Soup sebab aku gila seafood. Soup da habis eh tak apa mereka boleh tmbh secara FOC okay FOC.

3. Pak John Steamboat 4 premium item u all kena try Abolones Slides, New Zealand Lamb Slices, Autralia Beef Slice & Smoke Duck Breast. Tapi semua premium item nie korang kena order dekat chef di dapur, Sebab diorang nak jaga kualiti makanan tersebut Jangan risau korang boleh mintak byk mana pun korang nak okay.

4. Pak john juga ada sauce homemade diorang sendiri tau. Korang boleh cicah steamboat korang dgn special sauce homemade mereka. nak rasa pedas, masam, manis semua ada. Paling best korang kena try Sauce pineapple nie feveret aku yew. Sauce lain Thai sauce, Belacan sauce, Thai Green Chili, Soya Sauce & Garlic Chili Sauce.

5. Da habis makan semua korang boleh pilih dessert. Dessert byk pilihan ada jelly, buah, aiskrim, waffle, kaya Ball, jagung & etc tgk byk pilihan kan. Air pun byk pilihan nak panas sejuk, masam masin manis smua ada, part masin tu aku tipu hehehe

Kalu u all datang hujung minggu, Pak John ada buat muzik muzik akustik dari kumpulan Voxsape dari jam 6 petang sehingga 10 malam. nie agak agak korang nak lamar awek korang kat sini pun boleh yew. just request lagu kat mereka, hehehe sweeet kan. I wish I have boy like that. hahaha berangan la ko maria.

Da sibuk bercerita lupa nak bagi tau harga plak kan. Setiap hari Isnin - Khamis harga RM36++ & hujung Minggu RM39++ murah murah kan itu harga dewasa yew. Untuk Kanak-kanak harga ikut ketinggian yew bawah 90cm FOC atas 90 cm half price dari harga dewasa. 

Ha ada lagi Pak John ada promotion untuk student dgn diskaun 30% istimewa ladies day Tuesday & Thursday diskaun 20% & byk lagi promotion mereka tu. Boleh dikatakan Pak John the best Steamboat in PJ & Halal Steamboat.

Okay da penat menaip nie.layan gmbr je la yew. Nak info lagi boleh tgk kat website mereka http://pakjohn.com/









p/s: Tq so much halim brothers sudi invite maria, akak & abang. Really appreciate see U next time :) 

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign