28 May 2019

Cara Semak Bil TNB Guna App myTNB

Assalamualaikum,

Hi korang aku rasa mesti ada yang sudah tahu cara semak bil TNB menggunakan portal myTNB kan. Tapi hari ini aku nak kongsi app TNB yg lebih memudahkan hidup korang. Tak perlu guna PC or Laptop hanya menggunakan telefon pintar korang sahaja.


Kalau tak silap dari tahun lepas aplikasi myTNB mobile Apps sudah dilancarkan dan ramai yang tidak pasti cara penggunaan dia macam mana. Korang hanya perlu download di Google Play Store atau Apple App Store, kemudian cari myTNB dan install mudah sahaja kan. 



Langkah 1 – Setelah myTNB app selesai install boleh klik pada logo myTNB.


Langkah 2 – Pada ruang Register for myTNB app Account, klik pada Register 



Langkah 3 – Masukkan semua maklumat yang diminta seperti nama, nombor MyKad, alamat emel, password dan no telefon. No telefon penting ya dan pastikan no yang digunakan aktif. Seterusnya Klik pada Register


Langkah 4 – Satu sms akan dihantar ke no telefon yang didaftarkan tadidan isikan no pin di ruang disediakan. Sebab itu korang perlu masukkan no telefon yang aktif. 


Langkah 5 - Sekarang, akaun korang sudah disahkan. Jika nama korang ada di TNB secara automatic akan keluar di dashboard no akaun TNB. Itu pentingnya korang letak maklumat yang betul. Seterusnya klik confirm di bahagian bawah app.


Langkah 6 – Selepas korang klik confirm app akan terus ke dashboard dan tunjukkan korang punya bil.


Ok itu je langkah – langkah yang korang perlu buat. Mudah je guna app myTNB kan. Bawah ini tip cara guna pulak. 

TIPS 1: Cara Papar bil bulanan

Korang bolek klik terus di akaun tersebut dan akan paparkan berapa bill untuk setiap bulan. kalau nak maklumat lebih lanjut tentang bil korang boleh klik pada bulan tersebut dan app akan paparkan lebih lanjut macam bil TNB selalu hantar setiap bulan kat rumah tu. 


TIPS 2: History Bayaran

Contoh la kan korang bagi duit kat sesiapa untuk bayarkan bil TNB tapi korag nak pastikan bila orang tu bayar, so korang klik je kat payment sebelah Bills tu. Ha dari situ boleh tengok bila dia bayar, bayar guna apa bank ke, TNB office ke atau apa apa je la app akan paparkan. Mudah kan kerja korang tak perlu tanya orang tu lagi. Karang tanya takut dia anggap kita tak percaya kat dia pulak. 


TIPS 3: Bayar Bill

Misal kata nama korang ada 3 or 4 akaun bil TNB, leceh kan nak bayar satu satu. Tapi guna app nie korang boleh bayar semua secara serentak. Klik je akaun dan jumlah bayaran lepas tu tekan Pay Bill. App myYNB akan keluarkan senarai bank apa korang nak bayar (TNB payment gateway). Mudah je korang. 

TIPS 4: Uruskan akaun

Nak tukar kata laluan atau nak kemaskini no telefon klik di bawah app paling hujung sekali klik more. Kat situ korang boleh kemaskini akaun korang, tak pun nak tambah no akaun lain boleh je tapi pastikan tahu no akaun TNB dan juga no kad pengenalan pemilik. 



Okay itu je tips dari aku. Nak info lebih lanjut boleh semak video or web myTNB 


Secara keseluruhan app myTNB mobile smart lebih bagus dari portal myTNB sebab app ini dapat detect terus akaun korang jadi tak perlu susah susah nak add account satu persatu.
App MyTNB memang memudahkan korang untuk bukan sahaja semak bil TNB online, malah untuk lakukan perkara-perkara lain juga. Korang tak perlu risau lagi bil TNB yang dihantar ke rumah ‘hilang’. Tak perlu risau lagi terlepas membuat bayaran bil elektrik. Tak perlu risau lagi bayaran bil tertunggak tinggi. Tak perlu risau lagi bekalan elektrik dipotong sebab tak bayar bil.

Jadi, jom install app MyTNB sekarang!


 #semakbil #myTNB #mobilemyTNB #semakbillTNB

10 May 2019

Review: Dermal Lip Balm

Assalamualaikum,

Hi guys, 
Hari ni nak kongsi tips untuk mereka di luar sana yang ada masalah bibir kering, mengelupas dan merekah macam aku. Produk dari Australia Jenama Dermal Lip Balm. Lip Balm ni sangat bagus dalam masa 1 hari masalah bibir korang akan selesai. Aku tak tipu sebab aku sendiri pakai poduk ni memang sangat bagus.


Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan bibir kita mengalami masalah contoh kurang minum air, selalu menjilat bibir, suka makan oren pun salah satu sebab dan sebagainya. Jadi aku boleh cadangkan korang pakai Lip Balm dari jenama Dermal ni.  Pakai waktu malam sebelum tidur dan bila bangun esok pagi bibir akan jadi lebih lembut dan tidak ada kesan merekah atau kering. Atau pakai bila korang rasa perlu. Serius hanya satu malam sahaja ya. Untuk Lip Balm Dermal ini lebih kepada jadikan bibir korang lembap dan yang penting tak kering. 


Lip Balm Dermal mengunakan formula BHA (beta hydroxy acid). BHA adalah exfoliant kimia, yang mempercepatkan proses menghilangkan kulit kering dengan cepat dan juga mengandungi bahan-bahan pelembab lain seperti mentega kakao dan lanolin. Mana nak dapatkan Lip Balm Dermal boleh beli dekat farmasi Watson or Guardian dan sekarang ada je jual kat Shoppe & Lazada. Harga murah dalam RM 12 – RM 15 macam tu.  Highly recommend ya. Macam aku jenis yang tak suka pakai makeup jadi nak serikan muka kena la pakai lipstick. Sebab itu aku kena pastikan bibir aku sentiasa lembap dan nampak sihat gitu.


Okay selamat mencuba

#tipsbibirsihat #lipbalmdermal #dermallipbalm #bibirkering #bibirmengelupas 



© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign