9 Jun 2015

Fesyen Baju Kurung Moden Terkini

Assalamualaikum. .

Salam sya’aban korang, sikit hari lagi nak masuk bulan Ramadhan then bulan Syawal. Wah cepat benor masa berjalan sekarang nie. Pejam pejam celik da nak bulan puasa. Alhamdulillah masih diberi kesempatan.

Cakap pasal Bulan Ramadhan benda pertama terlintas di fikiran u all mesti baju raya kan. Then korang akan fikir tema warna, design apa, berapa helai baju & etc la. Zaman dulu2x pilihan utama kaum wanita mesti baju kurung kan. Tahu kenapa Baju Kurung jadi pilihan utama?

Baju Kurung adalah pakaian kebangsaan Negara kita dimana Baju Kurung boleh dipakai dimana jua. Tak kisah la majlis rasmi atau tidak Baju Kurung tetap menjai pilihan. Baju Kurung terbahagi kepada dua, ada bahagian atas dan bahagian bawah lepas tu ada lipatan kain dan potongan di leher.

Seiring dengan edaran masa dunia fesyen Baju Kurung semakin mendapat sentuhan di kalangan pereka fesyen dan lebih dikenali sebagai Baju Kurung Moden Kita pun boleh lihat ada banyak fesyen baju kurung moden terkini yang unik dan bergaya serta moden yang digayakan wanita zaman sekarang kan.



Zaman dulu Baju kurung mempunyai potongan yg longgar serta baju bahagian atas labuh di paras lutut atau betul-betul di paras lutut. Bahagian bawah pulak akan berlipat tepi.






Ini Baju Kurung moden atau lebih kenali sebagai fesyen Baju Kurung Peplum dimana bahagian atas agak lebih singkat dan mempunyai jahitan tengah.


Baju Kurung Moden Lace dimana bahagian lengan dan bawah dihiaskan lace. Cantik kan & sesuai digayakan kemana shj.



Yang terkini Baju Kurung Mini atau dikenali sbg Mini Kurung. Bahagaian atas agak pendek seprti peplum tetapi tidak mempunyai jahitan di bhgn tengah.


Baju Kurung moden korang boleh gayakan dengan aksesori tambahan seperti tali pinggang atau reben di belakang baju. Contoh seperti gmbr di atas.



Walaupun Baju Kurung  semakin mendapat sentuhan tetapi masih mengekalkan ciri2x asas yg utama iaitu terbahagi kepada bahagian kain dan baju. Semakin bayak pilihan semakin bergaya la para wanita di luar sana. Da dapat idea design apa u all nak untuk Syawal kali nie? hopefully dapat membantu korang. Apa pun pilihan korang pastikan anda selesa baru rasa yakin. . okay see ya :)


Komen
1 Komen

1 comment:

Ct Noraishah said...

baju2 tu cantik2 belaka

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign