28 Feb 2015

BINI CANTIK PUN KENA CERAI?

Assalamualaikum, 

Holla, copy paste entry yang maria terbaca di FB. Hanya sekadar perkongsian, even maria sendiri belum alami. Just fahami entry & amalakan okay. Ulang lagi sekali ini entry copy paste :) 

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!
Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja. Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!

Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana. Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri. Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.
Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.
Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga. Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak. Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:

“Apa guna berbini cantik,Bila makan tidak meneman,Apa guna isteri romantikJika selalu mengelak di ranjang”

Woha!

Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan.

13 Feb 2015

Blogger Gathering @Tanah Aina Cafe Part 3

Assalamualaikum.

Sambung Part 3 okay janji part last Maria cerita tentang Tanah Aina Cafe. Hamboi maria sakan ko taip sampai part 3 ko cerita tentang Tanah Aina yew maria. Apa yg menarik sgt tentang Tanah Aina nie? Ha yang menarik pertama MENU, kedua CAFÉ & LADIES FITNESS CENTRE & KETIGA RESORT.

Disebabkan maria seorang yang sukakan alam semulajadi maria sangat teruja bila Puan Sri akan buat satu trip utk blogger ke salah satu resort Tanah Aina. In Sha Allah kalau ada rezeki, Amin.


Puan Sri seorang yang sangat cintakan Alam & mempunyai satu komuniti yang dipanggil sebagai PEKA (Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia) dimana Puan Sri menyeru rakyat Malaysia untuk cintakan Alam untuk masa hadapan. U all tau tak Alam ada salah satu Tourism yg dipanggil sbg Eco-Tourism & juga tourism adlh salah satu sumber pendapatan penting untuk negara kita. Kalau maria tak silap sumber top 5 rasanya (Maafkan saya kalau salah) Nampak tak betapa kuatnya naluri alam Puan Sri. Okay respect.

Mission : To be the force in ensuring the protection and conservation of our natural environment.
Vision : For Malaysia to enjoy and sustain a clean and healthy natural environment for the present and future generations.
Motto : See Nature, See Life



Tanah Aina Resort mempuyai 5 cawangan resort & 1 restoran di negeri Pahang & Johor.
RESORT
1. Tanah Aina Farrah Soraya in Bentong, Pahang, Malaysia

2. Tanah Aina Farhana in Desaru, Johor, Malaysia

3. Tanah Aina Fareena in Lentang, Karak, Pahang, Malaysia

4. Tanah Aina Farouq in Raub, Pahang, Malaysia

5. Tanah Aina Fahad in Ulu Dong, Raub, Pahang, Malaysia

RESTORAN
Tanah Aina Azareena Seafood Steamboat di Bentong, Pahang

Harga yang dikenakan di setiap resort sangat berpatutan dan tidak terlalu mahal. Dekorasi setiap resort sangat cantik seakan-akan hotel 5 star. Tak percaya okay boleh tgk website mereka www.tanah-aina.com nak berbulan madu kat situ pun boleh bagi pasangan yang mencari kelainan & mempunyai sifat natural dalam diri mereka.




Nak info Lebih Lanjut Tentang Resort Tanah Aina & PEKA

INFO Tanah Aina Resort
Tel : +6012 214 1014 | +6016 205 1670
Fax : +603 7877 2594


INFO PEKA
PERTUBUHAN PELINDUNG KHAZANAH ALAM MALAYSIA
Tel: +603-55133803 | Fax: +603-55111669
Mobile: +6019-2422625 (Bazlinda) | +6012-6340888 (Fiza) | +019-2651006 (Yatie)

P/s: Nanti maria nak ajak bakal husband honeymoon sini. hahah okay bye see ya 

12 Feb 2015

Blogger Gathering @Tanah Aina Cafe Part 2

Assalamualaikum, 

Semalam Maria ada post menu Tanah Aina Cafe dan hari ini kita story pulak tentang Tanah Aina Cafe. Sebenarnya Tanah Aina Cafe baru buka pada bulan lepas iaitu January 2015 dan juga HQ kepada semua Resort Tanah Aina? EH ada resort? okay yang itu tggu part 3 nanti ok. Kita cerita tentang Cafe dulu. Tanah Aina Cafe terletak di Batu 3 Shah Alam berdekatan kawasan perumahan Taman Mesra Shah Alam. Pengurus Tanah Aina ialah Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil tetapi diuruskan oleh ank Beliau Cik Farhana. 

Apa yang Best Tanah Aina Cafe nie? 

1. Pencipta Alam 
Kenapa maria cakap pencipta Alam? Sebab Puan Sri seorang yang sangat cintakan Alam sehiggakan Wisma Aina bukan la bangunan baru tetapi bangunan lama dan diubah suai oleh Puan Sri. Beliau mengatakan "Kenapa perlu beli bangunan baru jikalau boleh merosakkan alam" err lebih kurang ayat macam tu. Sebab Maria da ingat ingat lupa. Maafkan saya Puan Sri jika saya salah. 

2. Kesihatan 
Tanah Aina Cafe bukan hanya setakat Cafe, Di Tingkat 2 terdapat satu kelas Fitness yg dianjurkan oleh Puan Sri. Pada para gadis yang minat beryoga & zumba boleh la pergi berfitness di Tanah Aina Cafe. Lepas Fitness lepak kat cafe pulak. Tapi jangan risau la as my previous entry makanan minuman semua sihat sihat belaka. Kira korang tak akan rugi habiskan peluh leps tu makan pulak kan. 


3. Decoration
Bila lihat dari luar sahaja kita da tau mcm mana rupanya cafe nie. Bangunan berwarna coklat light kelihatan gah & exclusive. Jejak je kaki di Tanah Aina Cafe korang akan rasa tenang sebab dekorasi lebih kepada alam semulajadi plus susun atur cafe yg kemas plus ada suntikan klasik & moden. Lebih Kurang tak lapuk dek zaman tak hilang dek kemajuan (ayat aku nie betul ke tidak) 

4. Makanan 
Macam semalam punya entry. Makanan Semua no MSG totally NATURAL ! perna rasa tak masakan tanpa rasa garam? tak pernah lagi ? okay boleh datang sini cuba makanan sini. Confirm jatuh cinta, percaya lah. Nak tengok Menu boleh tekan SINI







WISMA TANAH AINA
No. 1, Jalan Mesra 1, Taman Mesra Batu 3, 
Shah Alam, Selangor
+603 5524 3258 

FB | IG | WEB

Okay next entry maria cerita tentang Resort Mereka plak. Btw terima kasih Hai Blogger & Halim & Islam for all picture. See Ya
P/s: Sorry Islam kita kredit kat wife awak je la yew. hehehe sbb tak atau blog islam apa. . okay bye 

11 Feb 2015

Blogger Gathering 2015 @ Tanah Aina Cafe Part 1

Assalamualaikum. .

Siapa pernah pergi Gathering Blogger? mesti ada yang pernah pergikan. Macam maria ini first time maria pergi Gathering yg di sertai seramai 20 orang blogger. Alhamdulillah so far semua blogger Malaysia peramah orangnya walaupun da jadi senior blogger tetap humble okay. Baru-baru nie Kelab Komuniti Hai Blogger telah anjurkan satu Gathering di Tanah Aina Cafe @ Wisma Tanah Aina Shah Alam. Tapi hari nie maria bukan nak cerita details yew, maria nak share menu dulu. Eh kenapa menu dulu? Sebab segala makanan yg berada di Tanah Aina Cafe no MSG (cnth: garam or ajinamoto) itu semua diharamkan di dapur Tanah Aina Cafe. Hamboi maria siap haram lagi tu. melampau ko maria. Kenapa MSG diharamkan sebab makan mereka semua mementingkan KESIHATAN! okay Check it Out Guys


















Tada, meriah tak meriah gathering kali nie. Makanan semua superb healthy korang kena cuba penget durian Tanah Aina Cafe, terbaik maria ckp. Mereka siap bertambah tambah lagi tau. Harga? jangan risau semua berbaloi dgn apa yang korang makan. Walaupun Tanah Aina Cafe baru open this month tapi sambutan agak menggalakkan & owner sangat humble. Nanti maria cerita lagi tentang Tanah Aina Cafe. Sila cuci mata dulu & bagi mereka nak info lebih lanjut sila tekan info di bawah. see ya guys :)

WISMA TANAH AINA
No. 1, Jalan Mesra 1, Taman Mesra Batu 3, 
Shah Alam, Selangor
+603 5524 3258 

FB | IG | WEB

P/s: terima kasih en Halim & Hai Blogger  sudi jemput maria utk Gathering kali nie & terima kasih korang sudi share gambar kat Maria. Maklum la kita guna camera fon tak lawa mcm kamera u all. Syg korang lebih la :)

7 Feb 2015

Hanya Kerana GST!!!

Waaaaa rasa nak pecah tangki mata air nie ! semua gara-gara GST!!! Disebabkan 1 kesalahan segalanya jadi kucar kacir, sampai hati GST buat aku macam nie! waaaaa T_T 

Tahu tak maria da key-in almost 88 hotel kat system, suddenly bos tell me that what we are doing right now is wrong !!! Dammmm gugur jantung aku tau . . A lot of work a lot of headache a lot of energy I spend to key-in all hotel. Is not easy bosss. Arghhhh !!! Not only ETS Backoffice, Hotel Pro, Package & Transfer tour all must revise all must doing back! THIS IS CRAZY DUDE!!!!!!! okey not in my mood bye


p/s: Tenangkan hati sat, later maria cerita! keep Positive Maria. See Ya

4 Feb 2015

Boat Noodle @Jaya One

Yaay satu wish list maria sudah settle. Terima Kasih Bff sudi bawak kawan ko nie makan kat Boat Noodle. Eh dayah macam tau tau je ker maria teringin nak makan kat situ kan, hehehe. 

Boat Noodle Ada 4 cawangan pertama Publika Damansara,  kedua Jaya One PJ, ketiga  Empire Damansara & keemapt Ikon Connaught.  Cawangan Boat Noodle yg maria pergi nie dekat Jaya One Petaling Jaya. Maria rasa Jaya One nie bangunan baru sbb byk construction kat situ, lokasi agak strategik jugak la. Boat Noodle terletak kat P2 betul betul kat parking, so senang nak cari. 

Boat Noodle berasal dari Bangkok dimana makanan Resepi semua resepi dari sana. Chopp sebelum tu Boat Noodle adalah HALAL sbb mereka hanya serve daging & ayam shj. Sila menjamu selera dengan hati yg tenang yew. Kitaorg order Ayutthaya beef 3 mangkuk utk setiap org. Actually soup boat noodle ada dua jenis pertama Pathumthani soup cair mcm soup biasa & kedua Ayutthaya Soup berkrim sbb mereka ada letak santan sikit. Masa maria datang Pathumtahani soup tak available. 

Dayah kata Thai Ice Tea dia sedap but maria more Thai Ice Coffee. Sebab maria x suka air teh ais not my taste. Boat noodle isi dia sikit je dlm 2 suap mcm tu da habis tp rasa dia mmg urmppphh sedap siap tmbh lagi satu mangkuk ok, kali nie maria try chicken pulak. 

Bagi pendapat maria la beef noodle rasa dia mcm bakso indonesia & chiken noodle plak rasa lebih kepada soto. . tak tau la kalau tekak maria nie tekak org jawa tp apa pun mmg debaek soup dia. So no wonder la kenapa ramai org makan smpai bermangkuk mangkuk. Aku mkn 4 mangkuk pun da blurpppp. Hahaha Side order dayah order chicken wing, rasa mcm biasa je kecik sgt & agak masin. Tak puas makan biasalah org selera besar mcm maria nie mmg x ckp la satu mangkuk kan. Hehehe


The Best is Boat Noodle service cepat, presentation makanan kemas, staff sopan (ramah) & paling penting harga berpatutan. Dari 5 Bintang maria bagi 4 Bintang, Keep it up Boat Noodle. Nak lebih info sila like fb page mereka BOAT NOODLE






P/s: tq dayah & adam blanja maria. Semoga murah rezeki korang. Love u ya xoxo . see ya 

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign