12 Feb 2015

Blogger Gathering @Tanah Aina Cafe Part 2

Assalamualaikum, 

Semalam Maria ada post menu Tanah Aina Cafe dan hari ini kita story pulak tentang Tanah Aina Cafe. Sebenarnya Tanah Aina Cafe baru buka pada bulan lepas iaitu January 2015 dan juga HQ kepada semua Resort Tanah Aina? EH ada resort? okay yang itu tggu part 3 nanti ok. Kita cerita tentang Cafe dulu. Tanah Aina Cafe terletak di Batu 3 Shah Alam berdekatan kawasan perumahan Taman Mesra Shah Alam. Pengurus Tanah Aina ialah Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil tetapi diuruskan oleh ank Beliau Cik Farhana. 

Apa yang Best Tanah Aina Cafe nie? 

1. Pencipta Alam 
Kenapa maria cakap pencipta Alam? Sebab Puan Sri seorang yang sangat cintakan Alam sehiggakan Wisma Aina bukan la bangunan baru tetapi bangunan lama dan diubah suai oleh Puan Sri. Beliau mengatakan "Kenapa perlu beli bangunan baru jikalau boleh merosakkan alam" err lebih kurang ayat macam tu. Sebab Maria da ingat ingat lupa. Maafkan saya Puan Sri jika saya salah. 

2. Kesihatan 
Tanah Aina Cafe bukan hanya setakat Cafe, Di Tingkat 2 terdapat satu kelas Fitness yg dianjurkan oleh Puan Sri. Pada para gadis yang minat beryoga & zumba boleh la pergi berfitness di Tanah Aina Cafe. Lepas Fitness lepak kat cafe pulak. Tapi jangan risau la as my previous entry makanan minuman semua sihat sihat belaka. Kira korang tak akan rugi habiskan peluh leps tu makan pulak kan. 


3. Decoration
Bila lihat dari luar sahaja kita da tau mcm mana rupanya cafe nie. Bangunan berwarna coklat light kelihatan gah & exclusive. Jejak je kaki di Tanah Aina Cafe korang akan rasa tenang sebab dekorasi lebih kepada alam semulajadi plus susun atur cafe yg kemas plus ada suntikan klasik & moden. Lebih Kurang tak lapuk dek zaman tak hilang dek kemajuan (ayat aku nie betul ke tidak) 

4. Makanan 
Macam semalam punya entry. Makanan Semua no MSG totally NATURAL ! perna rasa tak masakan tanpa rasa garam? tak pernah lagi ? okay boleh datang sini cuba makanan sini. Confirm jatuh cinta, percaya lah. Nak tengok Menu boleh tekan SINI







WISMA TANAH AINA
No. 1, Jalan Mesra 1, Taman Mesra Batu 3, 
Shah Alam, Selangor
+603 5524 3258 

FB | IG | WEB

Okay next entry maria cerita tentang Resort Mereka plak. Btw terima kasih Hai Blogger & Halim & Islam for all picture. See Ya
P/s: Sorry Islam kita kredit kat wife awak je la yew. hehehe sbb tak atau blog islam apa. . okay bye 
Komen
6 Komen

6 comments:

Amy J said...

wah, ada blogger gathering? xtahu pun. sobs T___T

best juga tempat ni ye. saya teringin nak berzumba. hehehehe... and x pernah lak merasa makanan natural. menarik juga. tapi xley tekan SINI tu pun :\

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

wah.sempoi dan simple

Suria Lekatlekitgurl said...

bagus untuk kesihatan badan & kesihatan mata jugak ni makan kat tempat cantik

Farrah MF said...

suka tengok deco dan nuansanya :)

zaza zehra said...

syoknya...lawa gak tmpt dia..tringin gak nak join2.. hehe

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Baru bukak rupenye.
Nampak mewah....
Bagus tu no MSG.

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign