10 May 2014

Note To Self

Assalamualaikum,

Morning and today saya kerja yew yup betul kerja hari sabtu mmg x syiok. selamat 4 jam jer. . hehehe

Just baca quote kat bawah nie & sama-sama la kita amalkan. Note to myself also :)




P/S: Dear Maria, please keep positive :)  love U self b4 U love somebody else. okay bye nk sambung buat kerja.

9 May 2014

The Liebster Award #1 - NuriesyaNadia

Assalamualaikum,


Salam Jumaat u alls,

Semalam dapat tag from Cik Nuriesya Nadia. Dia suruh kita jwab 11 soalan di bawah. Nak tak nak kena curi masa kerja jap nak jawab semua soalan daripada Cik Nuriesya. Btw salam perkenalan daripadaa saya Cik Nuriesya, Cik Nuriesya boleh panggil saya Maria. (formal habis) hahaha.

Soalan- soalan cepumas utk dijawab oleh saya:-

1.      Apa ciri blogger yg buat korang rajin nak blogwalking?
Ehem, kita tak kisah kita baca semua blog orang, then kita akan comment tak pun kita stalker blog dia sampai bosan. Hehehe

2.      Selalu korang blogwalking pada waktu bila?
X tentu. Ada masa blogwalking la. Tapi I will make sure baca semua new update blog kat dashboard kita.

3.      Pernah tak stalker ex boyfriend ?
Tipu la kalau x pena. Lepas stalker mula la hujan turun so x nk stalker da. Sakit woo T_T

4.      Masih berhubung lagi tak dgn ex boyfriend?
Hurmmmmm, ada jugak as friend but tak selalu kalau dia da ada awek. Nanti org ckp kita Perampas. Tak mau la den. . hahaha

5.      Ada tak benda yg korang rahsiakan?
Mesti la ada. Tak smua benda kita boleh share dgn org. simpan smpai mati. . hehehe

6.      Kalau diberi pilihan jadi binatang?
Saya pilih jadi kucing. Sbb saya nak jadi bintang kesukaan Nabi Muhammad J

7.      Kalu diberi pilihan bercinta dgn artis luar Negara, Sape jadi pilihan?
Brad Pitt, suami yang sgt caring, memahami n plg penting setia. Tapi x nk la jadi madu. Hahahaha

8.      Masa kecik2x dulu korang suka main apa?
Hurm tanah, hehehe lepas tu berimaginasi tanah tu rumah kita besar luas ada semua benda, swimming pool, gym, court hahahahaa

9.      Benda yang paling nakal korang pernah buat masa sekolah dulu?
Kita pengawas la so x nakal.  Hahaha jap ingat balik, rasanya enta tak ingat hehehe

10.  3 benda yg korang tak boleh hidup kalau x de?
Tiang Agama, Al quraan n Family.

11.  3 pendapat korang mengenai aku?
Kita baru kenal tapi I rasa u seorang yg happy go luck, positive n ramah.

Okay da jawab semua soalan kamu Cik Nuriesya, hehehe best pulak main benda alah nie. Sape sape tag la kita lagi x pun korang try jwb soalan nie n bg tau kita so kita akan baca okay J

P/S : nak berkawan biar berjuta million berkasih biarlah satu jer J

8 May 2014

Suami Idaman

Assalamualaikum,

Setiap perempuan mesti mahukan pasangan hidup yg penyabar, romantik, setia, penuh kasih sayang dan paling penting boleh bimbing kita ke syurga kan. Aku juga berharap aku dapat suami macam tu. In Sha Allah sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa akan terjadi dan DIA tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Amin. .


Hari nie tak banyak kerja jadi saje jalan jalan kat blog orang lain then terbaca satu blog share tentang cara Khalifah Umar Al- Khattab Menahan Bebelan Isterinya (klik sini) so teringin nak copy paste untuk tatapan para lelaki. Dalam hati mengharapkan para bakal suami or suami orang contoh sifat Beliau.


Memang tidak dinafikan, wanita lebih banyak bercakap berbanding orang lelaki. Jadi tidak hairanlah jika suami terpaksa menadah telinga mendengar bebelan isteri adakalanya sampai setiap hari. Biarpun leteran itu benda yang sama, ia tetap menjadi satu perkara yang rutin. Namun tahukah anda bahawa Khalifah Umar Al-Khattab juga mempunyai cerita yang tersendiri. Biarpun kita tahu dirinya amat ditakuti kerana sifatnya yang garang, namun apabila dengan isteri, ia sangat menghormati isterinya.

Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.

Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.

Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab. Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?”

Lalu si suami tadi menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku.”

Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.”

Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.


Wallahualam.

no word can describe how much me love u :)
P/S : Bagi aku hidup berumah tangga kena saling memahami, percaya antara satu sama lain saling membantu dan paling penting kawal emosi ketika marah. In Sha Allah akan kekal sampai ajal jemput :) 
© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign