23 Oct 2015

Jom Jaga Aurat

Assalamualaikum. 

Jom jaga aurat, maria pun belum perfect lagi masih terdedah sana sini lagi tapi In Sha Allah berubah sikit sikit. Tidak dinafikan memang susah nak berubah, bila niat da baik pasti ada cabaran. Bersabar la Allah sayang sebab itu dia bagi kita cabaran. Macam mana nak berubah? mungkin boleh ikut step dia bawah. btw credit tu http://lamanprincess.blogspot.my/







Harap dapat bantu korang. Percaya la nescaya korang akan rasa lebih tenang In Sha Allah. ok see ya xoxo

19 Oct 2015

Café MAKAN Culture @ Aeon Wangsa Maju

Assalamualaikum.

Lama tak mengupdate blog maklum la tgh sibuk sekarang ni. Ok just make short & simple entry for those this time ok. Bagi mencari yang tengah cari port lepak or chill dgn org tersayang maybe boleh try check in this place.


Café yang berkonsepkan santai & relax baru sahaja beroperasi di Aeon Wangsa Maju. Café Makan Culture adalah anak syarikat Sakura Kristal Cafe & Restaurant. Menyediakan hidangan Asian fusion dengan harga bawah RM 15.90 setiap hidangan. Paling penting harga adalah net Tiada GST tiada SERVICE CHARGE senang cerita tiada caj tersembunyi.


Free drink & boleh refill selagi korang mampu. Berkonsepkan Self Service dimana staff café akan bagi Menu, lepas korang pilih & order di kaunter eh jangan lupa bayar terus tau. Nak jadikan cerita masa maria datang staff tak maklumkan cara order so maria agak blur gak and suddenly rasa macam rusa masuk kampung plak masa tu. Hahaha maybe next time staff kena inform customer gak cara order lps bg menu kan. even ada tulis SELF SEVICE di kaunter tp tak semua customer rajin cuci mata. Hehehe


Maria order Peranakan Seafood Curry with Nasi Bonbon sedap beb. Kuah pekat isi banyak portion pulak tak besar tak kecik sedang2x je. Nasi Bonbon a.k.a nasi pelangi comel kan nasi dia. Hehe rasa macam pulut sikit tapi bila cecah dgn curry terangkat gak la.  Kalau korang suka makan pedas korang boleh tambah sambal yang diorng sediakan berhadapan kaunter. Ingat yew SELF SERVICE jangan plak korang panggil staff suruh amik untuk korang plak nnt. Exercise sikit hehehe


Adik maria pilih Butter Milk Pasta with chicken not bad rasa dia tapi maria kurang sikit butter nie. Lain orang lain cita rasa jgn salah fhm plak yee. Hidangan sampingan kitaorang pilih Bangkok Wigs. Kepak ayam digoreng rangup with daun pandan dan dihidangkan bersama sos Thailand. Fuh makan waktu panas cecah sos pedas sedap woooo. Last sekali maria order air Pina Coco-la air kelapa blender then campur pudina sikit kot sbb rasa dia x de la kelapa sgt tp rasa fresh & mint je. Overall maria bagi 4star dari 5.



Location :  Lot G-05 Aeon Big Wangsa Maju, 6 Jalan 8/27A, section 5, wangsa maju 53300 Kuala Lumpur.
Manager : Ms Adeline Lee
Contact No : +012 371 3601 or 03-4106 5897

Okay jumpa next time :)

#StyleCafe #AsianFusion #CafeWangsaMaju #AeonWangsaMaju #MakanCulture #FoodReview #Food #CafeKualaLumpur 

10 Sept 2015

TIPS DAPUR

Assalamualaikum,

Lama tak update blog. Hari nie saja nak share TIPS cara menghilangkan bau & kotoran di mesin pengisar. Bagi suri rumah pasti rungsing nak hilangkan bau or kotoran kat mesin pengisar selepas gunakan. Mudah je untuk menghilangkan bau or kotoran di mesin pengisar.




Hanya letak sabun (tak kisah sabun pape janji sabun) saya cadangkan sabun pencuci pinggan ke dalam mesin pengisar lepas tu letak air sikit. Korang blend air sabun dalam 05 saat macam tu or ikut suka korang la. Then bilas, lepas bilas korang akan nmpk mesin pengisar korang lebih bersih & bau pun hilang.





Itu je tips dia. Mudahkan J  okay jumpa next entry 

#TipsDapur #HilangkanBau #Penjagaan #MesinPengisar 
© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign