24 Jun 2014

Karya Sayu | Kerana dia seorang Isteri

Assalamualaikum, 

terjumpa satu blog nie, Ya Allah segala cerita kat dalam blog tu buat aku terkesima. Susunan ayat jalan cerita sgt menyentuh hati sampai tanpa aku sedar air mata aku mengalir. jemput jemput la baca blog nie http://karyawanbisu.blogspot.com/ 

Entry nie aku copy paste dari blog beliau selamat membaca :) 

Subuh itu, sebelum bangkit dari pembaringan, aku merasa dahi dan leher isteriku yang demam. Masih panas. Dengan keadaan dia yang tak lalu makan dan ‘datang bulan’, dirinya lesu, lemah dan tak bertenaga. Aku capai cool fever malam tadi di dahinya lalu aku gantikan dengan yang baru. ‘’Semoga cepat sembuh ya Sayang’’ bisikku di telinganya.

Selesai bersiap untuk ke masjid, aku memberitahunya perlahan agar lenanya tidak terganggu. ‘’Abang nak ke masjid kejap. Sayang berehatlahlah dulu’’. Belum sempat aku melangkah pergi, mulutnya bergetar menutur sesuatu ‘’Hati-hati jalan ya Abang.. Balik nanti, kejutkan Sayang.. Sayang nak siapkan baju dan sarapan Abang..’’ tuturnya lemah sambil mata masih terpejam. Aku senyum bercampur sayu. Mengenangkan dia masih mengambil berat perihal diriku biarpun dia sedang sakit.

Pukul 7.30 pagi. Aku bersiap untuk ke tempat kerja. Tiba-tiba, dalam keadaan kelam kabut dia datang mencariku. ‘’Abang..! Baju Abang dah gosok ke? Abang dah sarapan belum?’’. Bimbang, risau dan resah melanda dirinya. Aku yang dah siap berstokin berdiri. Berjalan menghampiri dirinya. Aku sentuh kembali ubun-ubun dahinya memeriksa suhu. Alhamdulillah, dah kurang dah panasnya. Aku maniskan muka sebaik mungkin agar dapat menenangkan dirinya. ‘’ Abang dah gosok dah baju Abang tadi. Sarapan pun dah. Untuk Sayang pun, Abang dah sediakan sekali. Nanti, jangan lupa sarapan dulu. Lepas tu makan ubat k ’’.

Dia terharu. Dicapainya tanganku memohon maaf kerana tidak sempat ‘berbakti’ kepadaku pada pagi itu. ‘’Abang tak sampai hati nak kejutkan Sayang ketika tidur tadi. Kepenatan jelas terukir Abang tengok pada wajah Sayang. Apa salahnya, sekali-sekala Abang buat sendiri kerja untuk diri Abang dan buatkan sedikit ‘hadiah’ untuk Sayang.. ? Semoga cepat sembuh ya dear’’. Seolah-olah tuturku itu masuk ke matanya lalu berkaca dan dia berkata ‘’Terima kasih Abang. Sayang sayang Abang’’.

Admin : Isteri bukanlah seorang hamba. Bukan juga sebuah mesin buatan manusia. Adakalanya, dia penat bila menguruskan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Apatah lagi yang sudah mempunyai cahaya mata. Penatnya kan bertambah berkali-kali ganda. Oleh itu, sebagai suami, bantulah apa yang termampu. Sedikit bantuan dari kita umpama 1001 keringanan kepadanya. Dia akan merasa amat dihargai, disayangi dan dikasihi. Dengan itu, insyaAllah akan lahirlah sebuah keluarga bahagia yang akan kita pimpin tangan mereka menuju ke syurga dan hidup di sana buat selama-lamanya. Amin.



p/s: sebenarnya blog nie ada byk pengajaran ada byk nasihat dia bagi. Banyak karya aku suka sebenarnya tak dapat nak aku gambarkan. 

Dashboard oh Dashboard

Assalamualaikum, 

Aku tengah pelik nie, betul aku pelik sangat. Da kenapa dgn dashboard blogger yew? tak boleh tekan view more, then dia akan kuar satu je entry itu pun yg baru punya. Bila tekan view more tak kuar, nak blogwalking pun susah. hurmmmm sape pena kena mcm nie? ada jalan penyelesaian tak? haish. Hari nie da masuk tiga hari kot. Asal nak BW kena duk refresh. haish pelik bin ajaib pulak rasanya. Selalu sgt dashboard aku nie majuk la penat tau nak pujuk. hahaha 



p/s: sape-sape tau cara nak selesaikan let me know okay. Btw jemput jemput la singgah  FB page & IG shop kita :)

23 Jun 2014

Orang Tidur Siang Pemalas??????

Asssalamualaikum,

Bola?? Hurmmm cakap pasal bola je mesti kita kaitkan dengan lelaki kan? Lagi lagi sekarang nie tgh ada perlawanan FIFA 2014. Btw aku sokong BRAZIL! Selamanya Brazil yooo. Hehehe okaf lari topik hehehe maafkan saya yew. Mcm biasa la aku nie kalau da start menaip mmg suka mengarut. Okay stop Maria, smbg topik balik.

Apa kaitan Bola dgn Tidur?
Tidur Bola, makan bola, mandi bola apa pun bola. Start Piala Dunia 2014 maksud bermula tempoh bersengkang mata utk kaki-kaki bola kan. Korang mesti terbaca tentang kematian sorang lelaki di Suzhou, China ? tau sebab apa dia meninggal? Punca kematian sebab kurang tidur lepas berjaga beberapa mlm utk tgk Bola.  Yang paling teruk meninggal depan TV? Can you imagine that? Betapa hebat kuasa bola nie. Hahaha  

Menurur Perunding & Pakar Bedah Telinga, Hidung & tekak (ENT), Dr. Raymond Tan Suan, fungsi tidur adlh untuk merehatkan badan & minda beberapa jam pada waktu malam ketika Sistem saraf tidak aktif, mata ditutup & otot postur berehat. Perasan tak kalau kita tak cukup tidur mesti memori kita terganggu kan, lepas tu mood kita tak menentu dah tu emosi tak tentu pasal (akula tu) hehe

Okay sebenarnya semua nie kita boleh atasi dengan tidur seketika pada waktu siang. Ha tau mesti korang cakap orang tidur siang tu org yang malas tak pun ada org ckp tak elok untuk kesihatan. Betul tak ? ala abaikan jer. Sebenarnya ramai yg tak tau tidur seketika dapat segarkan badan semula dan minda kita yg dipanggil sbg POWER NAP. If I not mistake tidur siang nie da lama diamalkan oleh masyarakat di Negara-negara barat & Umat Islam sejak dulu dulu.

INFO
Dari perspektif Islam, tidur pada waktu siang turut diiktiraf sbg salah satu amalan yg baik. Imam Al-Ghazali pernah menyatakan bahawa “hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana dpt membantu ibadat malam hari seperti sahur membantu puasa pada siang hari”. Tidur sekejap pada waktu siang tujuan untuk segarkan semula bukan saja jasman, malah rohani seseorng utk beramal ibadat & melaksanakan rutin harian. (SUMBER PANCAINDERA)

Tempoh untuk tidur seketika NAP
*10 – 20 minit:
Tempoh terbaik utk berikan tenaga & segarkan badan yg disebabkan letih & mengantuk.

*30 minit:
Tidur yg tempoh lama boleh sebabkan inersia tidur, sedikit rasa pening untuk 30 minit pertama selepas bangun.

*60 minit:
Tempoh masa yang paling baik utk tingkat memori fakta, wajah dan nama.

*90 minit:
Kitaran hidup yg lengkap. Dapat membantu memperbaiki emosi, memori & kreativiti.


Masa yang paling sesuai utk tidur seketika ialah pukul 1 hingga 4 petang. Islam tidak galakkan Umatnya tidur selepas pukul 4 petang. Take note guys

Tempat paling sesuai utk tidur seketika? Ikut kurang la janji korang selesa & paling penting tidur nyenyak adlh yg terbaik.

34% org dewasa di Amerika Syarikat tidur seketika pada siang hari.

37% VS 30% mereka yg melakukan senaman 24 jam lebih kerap tidur seketika berbanding mereka yangtidak bersenam.

Mengurangkan masa tidur. Sebenarnya mereka yg selalu bermimpi sewaktu tidur seketika mengalami masalah kurang tidur. Tidur seketika tidak Bantu atasi masalah Insomnia & gangguan tidur.

Buang Masa? Ini Rahsia tidur seketika! Tenaga yg diperolehi drpd tidur seketika sebenarya rahsia kepada awet muda. Jadi amal-amalkan la yew.
  
Semua info nie aku baca dari Surat khabar.

Tenangnya mka bayi nie :) 



p/s: terlebih rajin plak taip pnjg pnjg. Hehe J

20 Jun 2014

Apa jadi ?

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku pun tak tau apa jadi sekarang nie aku tak tau nak cakap apa aku tak tau nak cerita mcm mane & aku tak tau mcm mane nak start. Haish apa jadi yew ? Aku pun tertanya-tanya bukan korang jer ? Apa nak buat yew? Betul ke keputusan aku nie ? Betul ke apa aku pilih? Hurmmm tak apa la hanya mampu berserah & tawakal je la Maria. Semua yang terjadi pasti ada hikmah In Sha Allah ;)


Posted via Blogaway

18 Jun 2014

Selamat Hari Jadi

Assalamualaikum, 

Hari ini hari istimewa untuk akak aku. Eh siapa akak aku ala blogger yang berlesung batu tu la, tak kenal jugak ker? okay tekan sini Ha dia la MUSUH, KAWAN, ABANG & KAKAK  paling rapat dengan aku. Will kitaorg ada 3 orang jer adik beradik & saya anak tgh. ops lari topik plak hehe maafkan saya.

Sebenarnya aku nak wish SELAMAT HARI JADI KE 24 SITI HASANAH BINTI HASUN. Yeah akak da makin tua, da nak jadi isteri orang da pun. Aku doakan akak semoga semua berjalan dgn lancar macam akak plan. Bukan tak tau sikap akak aku nie kalau dia plan majlis sikap dia lebih kurang mcm Irine, Akak akan list semua benda dia nak, cari bahan siap print siap tulis kat buku lagi tau, katanya senang plan awal & aku plak sikap bertentangan dengan akak aku. Hahaha

Maaf la yew aku nie tak kreatif & tak sedetail akak aku. Bab paling aku suka dekat akak aku nie sebab dia pandai Masak, Fesyen, Cantik, Slim, pandai Jimat Duit & banyak lagi sebnarnya. Semua sikap dia nie tak ada kat aku, sikap aku dgn akak aku mmg berbeza sebab tu kitaorg saling melengkapi. Hahaha ayat poyo nak mampus.


Okay la kak Ana Selamat Hari Jadi & I hate u so much hadiah aku bagi malam nanti ;p






p/s: lupa nak bagi tau, jarak aku dengan aku setahun jer :)

Giveaway Cash RM150 MrJocko

Assalamualaikum, 


Rasa macam da lama jer aku tak join giveaway kan. okay today mmod terlebih rajin so aku nak join Mr Jocko punya giveaway. Hadiah boleh tahan lumayan jugak deh. nak join meh klik banner bawah nie. 







Syarat dia gampak (Mudah) aja deh . 

1. Buat entry pendek bertajuk Giveaway Cash RM150 MrJocko
2 .Follow Blog : MrJocko.com
4. Follow Instagram : @MrJocko
5. Follow Twitter : @MrJocko
6. Follow G+ : +Rosmadi Shakri


P/S: U all nanti aku nak update latest handbag High Quality tau, Stay Tune. see ya 

17 Jun 2014

6 Sebab Mata Merah Sebab Memakai Kanta Lekap!

 Assalamualaikum,

Nampak tak entry kat atas tu ? yup aku nie salah sorang minah yang suka pakai lens time kuar ala maklum la kita nie mata empat. Hehe tak lawa kuar pakai cermin mata. Haha

Then bila aku pakai lens nanti akak aku selalu tegir nape mata ko merah wei? Tak pun kawan aku yang tegur.  Alahai, okay la ada byk sebab nape mata boleh merah bila pakai lens. Korang kena jaga mata gak jgn selalu pakai lens tak elok sbnrnya.


1 : KANTA TERBALIK
Sometime korang tak tau korang pakai lens tu betul ke tak kan. Masa korang pakai lens then mata korang tak selesa means is kanta korang pakai terbalik nak tau kanta tu betul ke tak  cuba perhatikan betul-betul kanta korang berbentuk separa bulat dan lebar seperti mangkuk atau melengkung tinggi. Jika ia separuh bulat dan lebar itu tandanya ia dalam keadaan sempurna, jika sebaliknya bermakna korang memakai kanta dengan posisi yang salah atau terbalik.




2 : TANGAN TIDAK BERSIH
Benda ni penting even habuk sekecik kuman ada kat jari U all then U all pakai lens boleh sebab kan mata korang merah yew. So sblm pakai pastikan jari korang betul betul bersih.Penting tu !!!



3 : AIR RENDAMAN DI JANGKITI BAKTERIA
Nie lagi satu bekas rendaman lens korang tu at least tukar semingu 4 or 5 kali okay. Jangan pandang remeh benda nie make sure beli air lens yg sesuai dengan lens korang jangan sekali-kali guna air paip or mineral water. Jangan okay jangan.



4 : KANTA TERLALU KERING
Bila kanta korang terlalu kering then korang pakai kanta kat mata benda tu pun boleh sebabkna mata korang merah tau. Sebab kanta tu akan jadi kasar n keras bila kena kat mata korang boleh sebabkan tercalar atau luka. Bahaya kan? So baik korang buang je kanta tu. Hehe



5 : SUDAH EXPIRED
Mcm aku jenis selagi mata tak sakit selagi tu la aku pakai lens tu. Hehe tapi kalau korang beli lens murah tolong yew cek expired lens korang bila. Jangan pakai jer seian kat mata korang.



6 :  MATA KERING
Mata bila duduk lama sgt kat aircond mesti jadi kering kan. Jadi sblmkorang pakai lens make sure titskan air more or pelembap mata dulu baru korang pakai lens yew. Sebenarnya pakai moisturizer nie elok tau jadi amalkan.


Okay la tu jer kota kau le share. Next tips next entry okay girl.Ops lupa say tq tu Mr Google bagi kita pinjam gambar. 

P/S: Aku suka pakai lens warna natural baru nampak lawa, tapi lain org lain cara kan. Okay see ya J


16 Jun 2014

Makan Roti Tapi boleh Kekal Cantik

Assalamualaikum,

Hah hari ini aku nak share pasal roti pulak walaupun aku tak la cantik sangat tapi aku tary jugak nak jadi cantik. Hahaha actually cantik luar je pun tak guna jugak kan. Ops hehehe

Mesti U all tak percaya kan? Yup memang betu;hanya sekeping roti boleh kekalkan kesihatan serta cantik secara semulajadi gitu. Tapi kaa ada syarat dia tau. Korang kena la pandai gabungkan dgn buah-buahan n sayur..

Okay aku bagi 6 tips.

1)    ROTI + COKLAT + KEKACANG + PISANG
Campuran ini dapat menghasilkan dan menaikkan hormon gembira. Malah ia juga dapat mengekalkan keseimbangan kandungan gula dalam badan. Oleh itu, gabungan ini dapat mengurangkan rasa tertekan dan menghilangkan perasaan sedih yang timbul.

2)    ROTI + KEJU + STRAWBERI
Gabungan ke dua elemen ini mampu membuatkan diri kamu terasa tenang serta membuatkan diri lebih relax. Jika kamu mengambil gabungan ini sebelum tidur, ia akan lebih memudahkan kamu untuk tidur dengan nyenyak dan dapatkan tidur yang berkualiti.

3)    ROTI + SOFT CHEESE + BLACKBERRIES
Kalsium yang ada pada cheese membantu mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit. Malah, blackberries juga mengandungi vitamin C yang mampu melawan kedutan di wajah. Jadi, gabungan ini sangat sesuai untuk individu yang sangat menjaga kecantikan kulit wajah.

4)    ROTI + AVOCADO + LADA HITAM + GARAM + SOS CILI
Ingin miliki perut yang ramping ? Gadungan 4 elemen ini mampu membakar lemak terkumpul di bahagian perut serta menaikkan metabolisma dalam badan.

5)    ROTI + SALMON + TIMUN
Omega-3 yang ada dalam isi ikan salmon mampu memperbaiki sel-sel dalam badan. Malah ia juga menambah tenaga serta menaikkan semangat kamu.

6)    ROTI + MIX VEGETABLE
Gabungan ini sangat berkhasiat, malah ia juga mengandungi vitamin. Untuk efek yang lebih, tambahkan sedikit lada hitam dalam sayuran tersebut untuk menaikkan metabolisma serta membakar lemak yang tepu.

Sedapnya lahai & feveret aku Roti + Keju + Strawberry wah sedapnya . 



P/S aku dapat info semua dari majalah REMAJA, tak salah kan share tips :) selamat mencuba n see ya 

14 Jun 2014

Side Income

Assalamualaikum,

Hye hye aku nak habaq nie, aku da start cari side income skrg nie. Korang tau la kan kos hidup skrg nie semua makin tinggi, kalau gaji pun naik tak pe la gak kan  (T_T)

Nak tak nak kena la berdikari kena pandai cari duit utk hidup but but duit bukan segalanya okay. Take Note u all. Bila da start taip nie mula la aku nak lari topic, maaf yew aku nie mmg kaki kuat merapu, mengarut, n bebel benda yg tak penting. Hahaha

Back to topic. Aku ada jual Handbag GRED AAA, Cermin Mata Gred A & Gred AAA & aku ada gak nak jual produk slimming but yang nie kita hold dulu sebab aku nak try dulu produk tu elok ke tidak, kalau berkesan baru aku jual kat u all. Hehehe


Nanti aku update handbag apa aku jual kay. Do support me u all. In Sha Allah cari rezeki yg halal & paling penting jujur dalam niaga nie & masih banyak benda kena belajar pasal bisnes bukan setakat jual je. Nanti ada masa aku share tips berniaga sebab aku tak habis lagi buat research. Hehe okay see ya

13 Jun 2014

Mawarku

Assalamualaikum.

Salam jumaat u all. Maaf tak dapat buat blogwalking sbb sibuk dengan kerja sekarang nie. Lagipun da masuk Peak Season utk market Middle East then bos aku decide kitaorg kena masuk pukul 10.00 pagi balik 07.00 malam. Warghhh balik lambat, reason why aku malas nak balik lambat sebab susah nak dapat bas kena tunggu lama n sorang sorang. Erghh bosan okay.

Eh lari tajuk plak, nampak tak post entry kita tu, yup MAWARKU. Aku pun tak tau nape minggu ni aku suka sangat dgr lagu Mawarku. Okay la enjoy your day u all.


Lirik Mawarku – 2 By 2 feat Siti Nurhaliza

Kau mawarku juwita kalbu
Gadis yang ku rindu
Kau remaja mencuri hatiku
Merayu jiwaku

Kau teruna rangkai nyawa
Lagu hati beta
Mestikah pergi jauh kembara
Ku terbayang jua

Chorus
Bila engkau hilang di mata
Tidur nyenyak ku tak bisa
Ku terkenang wajahmu dinda
Hancur kerna kau juwita/teruna

Mawar putih suci murni
Pujaan jauhari
Senyumanmu yang menawan hati
Gadisku pertiwi

Kau mawarku juwita kalbu
Gadis yang ku rindu
Kau remaja mencuri hatiku
Merayu jiwaku

Kau teruna rangkai nyawa
Lagu hati beta
Mestikah pergi jauh kembara
Ku terbayang jua

Ulang Chorus

Mawar putih suci murni
Pujaan jauhari
Senyumanmu yang menawan hati

Gadisku pertiwi


p/s: Semua lagu Dato Siti Nurhaliza best best kan, layan je la :) 

11 Jun 2014

4 Cara Kempiskan Perut!

Asalamualaikum.

Hye hye masih ingat tak aku ada share cara nak ratakan perut buncit? Tak ingat tak per le cari kat History aku yew.

Hari ini aku nak share 4 cara lagi nak kempiskan perut.

Korang mesti stress kan perut korang buncit mcm ibu mangandung even korang tak kahwen lagi. Arghhh stressss nak bergaya pun tak seronok okay.

Okay jom kita cuba 4 cara mudah ini pulak.  Mana tau berkesan.



    MINUM AIR PUTIH
Kita di sarankan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Amalan ini akan membantu dan menyenangkan penyingkiran toksik dalam badan. Malah ia juga bagus untuk sistem pencernaan dan perkumuhan badan.

    OLAHRAGA / BERSENAM

Lakukan segala aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan cuba lakukan senaman yang paling sesuai untuk mengempiskan perut seperti sit up. Senaman ini bukan sahaja dapat menurunkan berat badan malah ia juga akan membuatkan perut kamu semakin fit dan tidak mengelebeh.

    MAKANAN YANG SEIMBANG & SIHAT

Jenis makanan yang di makan juga sangat memainkan peranan dalam mengekalkan bentuk badan yang ideal. Perbanyakkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayurandan buah-buahan untuk melancarkan pencernaan.

    BANYAK KETAWA

Ya, memang benar. Ketawa adalah salah satu cara altenatif untuk kamu mengecilkan perut. Ini kerana, apabila kamu ketawa otot perut akan berkerja sehingga lemak yang ada di bahagian perut terbakar.


Cara no 4 tu kelakar okay, aku nie suka gelak tapi perut buncit jugak hurmm maybe sbb aku kuat makan kot. Hahaha Btw tips nie aku amik dapat dari majalah REMAJA edisi berapa aku tak ingat da.



p/s: Doakan aku kurus mcm Cik Epal yew.  Jelez kita dia kurus cantik siot. okay see ya 

10 Jun 2014

Tips Ratakan Perut.

Assalamualaikum. 

Today saje nak share tips cara nak kempiskan perut buncit sebab aku pun nak try kempiskan perut aku. kaki da kecik bhgn lengan dan perut jer susah nak buang lemak. hurmm maybe aku lebih suka exercise kaki kot. okay lets try kalau ada kesan share share dgn aku yew. Sharing is caring right. 

next mission 


Tips nie simple dan mudah jer, korang ambil satu atau dua keping asam keping dan rendam dalam secawan air panas. Biarkan beberapa jam sehingga asam keping ini kembang dan air bertukar menjadi suam. Minum setiap pagi dan malam. Kesannya perut anda akan mulai kempis tapi make sure amalkan pemakanan sihat okay dan at least exercise la sikit sikit macam jalan 100 langkah everyday. Sambil shopping exercise pun boleh what. hehehe senang kan so moh la kita try yew minum air asam keping. 

trimas cik google 


Selamat mencuba :)

P/S: tgh cuba dptkan berat yg ideal walaupun BMI aku da normal. hehe BTW jgn lupa amalkan Secret Laxing tau. see ya

9 Jun 2014

Kongsi Pendapat.

Assalamualaikum,

Selamat pagi bloggers. Aku tau hari nie banyak ofis cuti kan tapi apakan daya aku kerja hari nie. uwaaaa bos nak cuti jugak. Imma jelez okay tgk korang cuti, hurmmm tak pe think positive. hehehe 

Actually aku nak tanya pendapat korang tentang satu video tentang seorang laki n muslimah. So nak tanya la apa pendapat korang or apa korang akan buat kalau dalam keadaan situasi tersebut ? tengok video nie smapai habis then kongsi pendapat dgn aku okay. well masing masing ada pendapat sendiri kan. Kita open-minded je okay. 



 Da tgk ? so pendapat korang mcm mane?

Bagi aku yew?

Tak sepatutnya seorang muslimah buka tudung dia sebab aurat tetap aurat. walau dlm keadaan darurat mcm mane pun tetap tak boleh but depends pada situasi. untuk situasi nie dia boleh jer mintak kat laki tu buka baju sbb tu bukan aurat pada lelaki tak pun muslimah tu boleh buka niqab (penutup muka) bukan keseluruhan tudung. betul tak? aku nie pasal agama mmg  naif sikit but at least nie pendapat aku, so jgn Bash aku yew. please be open minded guys.

Pendapat korang plak? meh share dgn aku.

p/s: aku bukan seorang muslimah yg baik tapi at least aku cuba berubah untuk menjadi orang yg lebih baik. In Sha Allah :)


5 Jun 2014

Testimoni Secret Laxing

Assalamualaikum,

Fuhh byk benda jadi minggu lepas, tak pe la later aku share yew itu pun kalau ada masa untuk update la tak janji. huhu. Eh ingat tak kita ada wat review produk Secret Laxing? ingat tak ingat tak? tak ingat tak apa tekan SINI. Okay kesimpulannya yes aku jatuh cinta dgn produk nie. Sebab apa ? cer baca sampai habis mesti korang nak try jugak but lain org lain effect yew. Jangan cakap kita tipu plak. hahaha.


Dulu aku nie makan memang tak ingat dunia, semua benda aku makan sampai la berat aku cecah 65 kg? Percaya tak ? Percaya la sebab semua cakap aku da gemuk, macam mak orang la, pakai baju semua ketat. STRESS okay serius Stress. sape yang pena alami mesti faham mcm mane perasaan kita time tu.

nah bukti kalau u all tak percaya kat kita. hahaha gemuk kan 

Kebetulan akak kita yg slim menyelim tu suruh kita try produk Secret Laxing, dia hasut kita suruh try produk nie sbb dia nak kita nmpk cantik jugak then boleh tukar - tukar baju, jimat shopping katanya. hahaha tapi memang betul pun. Nak tau apa Fungsi n kebaikan Secret Laxing baca la previous entry kita hari tu. huhuhu dan kesan dia perghh debaik wa cakap wei. 

BUKTI !

Ha nmpk tak dari 65 kg turun ke 54 kg beza berapa? banyak kan ? yes tanpa diet tanpa exercise kita dapat hasil yang sangat memuaskan okay. Alhamdulillah. N now aku kena kecik bahagian lengan n perut plak. Caiyok Caiyok Caiyok ;p


no edit. kurus tak kita ? hahaha

Macam mane nak order. Boleh order kat kita jugak no hal la. tapi kalau nak order kat Owner dia pun boleh. tekan link kat bawah nie. 


Okay kita nak sambung kerja later kita update ag okay. 

p/s: Da kurus kena jaga pemakanan n sometimes u all kena keluar kan peluh juga jangan bergantung dekat produk semata-mata okay. Baru Sihat, Cantik n menawan gitu. Lepas tu le cari pakwe Hensem opsssss, hahaha kidding. see ya 


© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign