23 Jun 2014

Orang Tidur Siang Pemalas??????

Asssalamualaikum,

Bola?? Hurmmm cakap pasal bola je mesti kita kaitkan dengan lelaki kan? Lagi lagi sekarang nie tgh ada perlawanan FIFA 2014. Btw aku sokong BRAZIL! Selamanya Brazil yooo. Hehehe okaf lari topik hehehe maafkan saya yew. Mcm biasa la aku nie kalau da start menaip mmg suka mengarut. Okay stop Maria, smbg topik balik.

Apa kaitan Bola dgn Tidur?
Tidur Bola, makan bola, mandi bola apa pun bola. Start Piala Dunia 2014 maksud bermula tempoh bersengkang mata utk kaki-kaki bola kan. Korang mesti terbaca tentang kematian sorang lelaki di Suzhou, China ? tau sebab apa dia meninggal? Punca kematian sebab kurang tidur lepas berjaga beberapa mlm utk tgk Bola.  Yang paling teruk meninggal depan TV? Can you imagine that? Betapa hebat kuasa bola nie. Hahaha  

Menurur Perunding & Pakar Bedah Telinga, Hidung & tekak (ENT), Dr. Raymond Tan Suan, fungsi tidur adlh untuk merehatkan badan & minda beberapa jam pada waktu malam ketika Sistem saraf tidak aktif, mata ditutup & otot postur berehat. Perasan tak kalau kita tak cukup tidur mesti memori kita terganggu kan, lepas tu mood kita tak menentu dah tu emosi tak tentu pasal (akula tu) hehe

Okay sebenarnya semua nie kita boleh atasi dengan tidur seketika pada waktu siang. Ha tau mesti korang cakap orang tidur siang tu org yang malas tak pun ada org ckp tak elok untuk kesihatan. Betul tak ? ala abaikan jer. Sebenarnya ramai yg tak tau tidur seketika dapat segarkan badan semula dan minda kita yg dipanggil sbg POWER NAP. If I not mistake tidur siang nie da lama diamalkan oleh masyarakat di Negara-negara barat & Umat Islam sejak dulu dulu.

INFO
Dari perspektif Islam, tidur pada waktu siang turut diiktiraf sbg salah satu amalan yg baik. Imam Al-Ghazali pernah menyatakan bahawa “hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana dpt membantu ibadat malam hari seperti sahur membantu puasa pada siang hari”. Tidur sekejap pada waktu siang tujuan untuk segarkan semula bukan saja jasman, malah rohani seseorng utk beramal ibadat & melaksanakan rutin harian. (SUMBER PANCAINDERA)

Tempoh untuk tidur seketika NAP
*10 – 20 minit:
Tempoh terbaik utk berikan tenaga & segarkan badan yg disebabkan letih & mengantuk.

*30 minit:
Tidur yg tempoh lama boleh sebabkan inersia tidur, sedikit rasa pening untuk 30 minit pertama selepas bangun.

*60 minit:
Tempoh masa yang paling baik utk tingkat memori fakta, wajah dan nama.

*90 minit:
Kitaran hidup yg lengkap. Dapat membantu memperbaiki emosi, memori & kreativiti.


Masa yang paling sesuai utk tidur seketika ialah pukul 1 hingga 4 petang. Islam tidak galakkan Umatnya tidur selepas pukul 4 petang. Take note guys

Tempat paling sesuai utk tidur seketika? Ikut kurang la janji korang selesa & paling penting tidur nyenyak adlh yg terbaik.

34% org dewasa di Amerika Syarikat tidur seketika pada siang hari.

37% VS 30% mereka yg melakukan senaman 24 jam lebih kerap tidur seketika berbanding mereka yangtidak bersenam.

Mengurangkan masa tidur. Sebenarnya mereka yg selalu bermimpi sewaktu tidur seketika mengalami masalah kurang tidur. Tidur seketika tidak Bantu atasi masalah Insomnia & gangguan tidur.

Buang Masa? Ini Rahsia tidur seketika! Tenaga yg diperolehi drpd tidur seketika sebenarya rahsia kepada awet muda. Jadi amal-amalkan la yew.
  
Semua info nie aku baca dari Surat khabar.

Tenangnya mka bayi nie :) 



p/s: terlebih rajin plak taip pnjg pnjg. Hehe J
Komen
0 Komen

No comments:

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign