Assalamualaikum.
Lama tak mengupdate blog maklum la tgh
sibuk sekarang ni. Ok just make short & simple entry for those this time
ok. Bagi mencari yang tengah cari port lepak or chill dgn org tersayang maybe
boleh try check in this place.
Café yang berkonsepkan santai &
relax baru sahaja beroperasi di Aeon Wangsa Maju. Café Makan Culture adalah anak
syarikat Sakura Kristal Cafe & Restaurant. Menyediakan hidangan Asian
fusion dengan harga bawah RM 15.90 setiap hidangan. Paling penting harga adalah
net Tiada GST tiada SERVICE CHARGE senang cerita tiada caj tersembunyi.
Free drink & boleh refill selagi
korang mampu. Berkonsepkan Self Service dimana staff café akan bagi Menu, lepas
korang pilih & order di kaunter eh jangan lupa bayar terus tau. Nak jadikan
cerita masa maria datang staff tak maklumkan cara order so maria agak blur gak
and suddenly rasa macam rusa masuk kampung plak masa tu. Hahaha maybe next time
staff kena inform customer gak cara order lps bg menu kan. even ada tulis SELF
SEVICE di kaunter tp tak semua customer rajin cuci mata. Hehehe
Maria order Peranakan Seafood Curry
with Nasi Bonbon sedap beb. Kuah pekat isi banyak portion pulak tak besar tak
kecik sedang2x je. Nasi Bonbon a.k.a nasi pelangi comel kan nasi dia. Hehe rasa
macam pulut sikit tapi bila cecah dgn curry terangkat gak la. Kalau korang suka makan pedas korang boleh
tambah sambal yang diorng sediakan berhadapan kaunter. Ingat yew SELF SERVICE
jangan plak korang panggil staff suruh amik untuk korang plak nnt. Exercise sikit
hehehe
Adik maria pilih Butter Milk Pasta
with chicken not bad rasa dia tapi maria kurang sikit butter nie. Lain orang
lain cita rasa jgn salah fhm plak yee. Hidangan sampingan kitaorang pilih
Bangkok Wigs. Kepak ayam digoreng rangup with daun pandan dan dihidangkan
bersama sos Thailand. Fuh makan waktu panas cecah sos pedas sedap woooo. Last sekali
maria order air Pina Coco-la air kelapa blender then campur pudina sikit kot
sbb rasa dia x de la kelapa sgt tp rasa fresh & mint je. Overall maria bagi
4star dari 5.
Location : Lot
G-05 Aeon Big Wangsa Maju, 6 Jalan 8/27A, section 5, wangsa maju 53300 Kuala
Lumpur.
Facebook : www.facebook.com/MakanCultureCafe/
Instagram : https://instagram.com/makanculture/
Manager : Ms Adeline Lee
Contact No : +012 371 3601
or 03-4106 5897
Okay jumpa next time :)
#StyleCafe #AsianFusion
#CafeWangsaMaju #AeonWangsaMaju #MakanCulture #FoodReview #Food #CafeKualaLumpur