11 Jun 2014

4 Cara Kempiskan Perut!

Asalamualaikum.

Hye hye masih ingat tak aku ada share cara nak ratakan perut buncit? Tak ingat tak per le cari kat History aku yew.

Hari ini aku nak share 4 cara lagi nak kempiskan perut.

Korang mesti stress kan perut korang buncit mcm ibu mangandung even korang tak kahwen lagi. Arghhh stressss nak bergaya pun tak seronok okay.

Okay jom kita cuba 4 cara mudah ini pulak.  Mana tau berkesan.



    MINUM AIR PUTIH
Kita di sarankan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Amalan ini akan membantu dan menyenangkan penyingkiran toksik dalam badan. Malah ia juga bagus untuk sistem pencernaan dan perkumuhan badan.

    OLAHRAGA / BERSENAM

Lakukan segala aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan cuba lakukan senaman yang paling sesuai untuk mengempiskan perut seperti sit up. Senaman ini bukan sahaja dapat menurunkan berat badan malah ia juga akan membuatkan perut kamu semakin fit dan tidak mengelebeh.

    MAKANAN YANG SEIMBANG & SIHAT

Jenis makanan yang di makan juga sangat memainkan peranan dalam mengekalkan bentuk badan yang ideal. Perbanyakkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayurandan buah-buahan untuk melancarkan pencernaan.

    BANYAK KETAWA

Ya, memang benar. Ketawa adalah salah satu cara altenatif untuk kamu mengecilkan perut. Ini kerana, apabila kamu ketawa otot perut akan berkerja sehingga lemak yang ada di bahagian perut terbakar.


Cara no 4 tu kelakar okay, aku nie suka gelak tapi perut buncit jugak hurmm maybe sbb aku kuat makan kot. Hahaha Btw tips nie aku amik dapat dari majalah REMAJA edisi berapa aku tak ingat da.



p/s: Doakan aku kurus mcm Cik Epal yew.  Jelez kita dia kurus cantik siot. okay see ya 
Komen
0 Komen

No comments:

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign