10 May 2015

10 Sebab Raysha Perfumes Jadi Pilihan

Assamualaikum,

Sebelum keluar rumah benda yang paling wajib korang pakai apa selain makeup? mesti minyak wangi betul tak ? yela tak kan la baju da lawa makeup da cantik tapi bau tak ada, errr jatuh market u all. Bukan setakat jatuh market confident level korang mesti down jugak. Oleh itu moh la pakat ramai ramai beli minyak wangi keluaran produk bumiputera & yang tentu halal. Produk apa ? mestila RAYSHA PERFUMES. Raysha adalahn wangian suci yang mempunyai aromaterapi dan aura tersendiri. Wangian Raysha mempunyai bau yang lembut dan tidak terlalu kuat hanya org terdekat shj yg dpt bau wangian kita pakai. Wangian Raysha diperbuat drpd bahan bahan semulajadi seperti bunga-bungan, buah-buahan dan herbal terpilih. Wangian Raysha diaspirasikan daripada jenama terkemuka antarabangsa yang dapat mengekalkan wangian sepanjang hari. Nak tahu rahsia wangian berpanjangan? Jawapan saya mestilah Wangian Raysha.


Ada 10 sebab kenapa u all kena pilih produk Raysha:- 

1. Halal & Suci
Wangian keluaran Raysha adalah halal, kalau sudah halal mestilah boleh pakai semasa solat. Memudahkan kerja kita untuk beribadah dimana jua gitu.

2. Beraromaterapi
Eh apa itu aromaterapi? maksudnya bila kita memakai wangian dari Raysha dapat membantu emosi kita dlm keadaan stabil. apabila kita stress or rasa marah wangian Raysha dapat meredakan perasaan kita. Ok yang ini maria akui mmg mujarab dekat maria.

3. Memberi Aura
Aura adalah medan energi yang mengandung energi sinar (energi elektromagnetik) atau biogetic ray bersifat multidimensional yang menyelubungi tubuh manusia (Bioplasmik). Aura membentuk karakter 'emosional'  yang boleh meransang memperbaiki @ menarik perhatian seseorang. Wangian Raysha dapat memberi satu aura positif pada si pemakai. 


4. Plihan wangian 
Ada 5 jenis wangian spray (15ml)  dan 12 jenis wangian roll on (5ml). Antara wangian Raisya seperti :- Addict 2 by Christion Dior, Amor Amor by Cacharel, Apple Blossom by The Body Shop, Be Delicious by DKNY, Bright Crystal by Versace, Fantasy by Britney Spears, Floral by Gucci, Live by Jennifer Lofez, Midnight Fantasy by Britney Spears, London by Burberry, Vanilla by The Body Shop & White Musk by The Body Shop. 
Untuk lelaki pula 3 jenis wangian spray (15ml) &  ada 8 jenis wangian  roll on (5ml) seperti:- 1Million by Paco Rabanne, Acqua di Gio by Giorgio Armani, Desire Blue by Dunhill, Desire Red by Dunhill, Energise by Hugo Boss,  Eternity by Calvin Klein, Extreme by Bvlagari & Polo Sport by Ralph Lauren.

5. Berkualiti Tinggi
Semua wangian yang dikeluarkan oleh Raysha mempunyai kualiti yg tinggi dimana wangian mereka adalah 100% Original tanpa sebarang bahan kimia yg memberhaya dan juga tanpa Alcohol.

6. Mesra Pengguna
Wangian Raysha mudah dibawa kemana shj kerana saiz nya yang kecil. Bak pepatah melayu kecil kecil cili padi maksudnya saiz shj kecil tapi haruman tahan lama.


7. Perfect Gift
Wangian Raysha boleh juga dijadikan sebagai hadiah atau barang hantaran pertunangan or perkhawinan kerana packaging yang cantik dan exclusive. Raysha mempunyai dua packaging di mana u all boleh pilih sama ada 15 ml or 1 box tp ada 3 wangian saiz 5 ml.

8. Harga Berpatutan
Walaupun wangian Raysha adalah 100% original tetapi harga tidak la mencecah ratusan ringgit malah u all boleh beli dgn harga yg sgt berbaloi dgn wang u all iaitu 15 ml RM 38.00 (PROMOSI RM 35.00) & RM 32.00 untuk 1 box 3 pilihan wangian.
Berbaloi bukan J
9. Jenis Wangian
Raysha bukan shj mengeluarkan produk wangian utk lelaki dan wanita mereka juga ada wangian kereta dan rumah dgn 5 bau pilihan. Lemonade, Swetberry, Red Grape, Morning Fresh & Sparkling Blossom. Wangian yg bersaiz 10ml ini dapat bertahan selama 45 hari wah lama kan.

10. Meningkatkan Keyakinan Diri
Badan yang wangi memang dapat meningkat keyakinan diri & korang mesti tidak akan terasa janggal berhadapan dgn orang lain. Jadi buat la pilihan tepat dgn memilih produk wangian Raysha.



p/s: Tips utk memakai wangian adalah sapu di nadi seperti, kawasan cuping telinga, leher & pergelangan tangan. Pasti wangian akan kekal lebih lama. Jangan lupa dapatkan produk Raysha.

Info lebih Lanjut

#rayshaperfumes #perfumemalaysia #kekalwangi #halal#bebasalcohol #hantaran #perfectgift #aromaterapi #aura #keyakinandiri 

28 Feb 2015

BINI CANTIK PUN KENA CERAI?

Assalamualaikum, 

Holla, copy paste entry yang maria terbaca di FB. Hanya sekadar perkongsian, even maria sendiri belum alami. Just fahami entry & amalakan okay. Ulang lagi sekali ini entry copy paste :) 

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!
Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja. Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!

Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana. Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri. Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.
Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.
Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga. Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak. Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:

“Apa guna berbini cantik,Bila makan tidak meneman,Apa guna isteri romantikJika selalu mengelak di ranjang”

Woha!

Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan.

13 Feb 2015

Blogger Gathering @Tanah Aina Cafe Part 3

Assalamualaikum.

Sambung Part 3 okay janji part last Maria cerita tentang Tanah Aina Cafe. Hamboi maria sakan ko taip sampai part 3 ko cerita tentang Tanah Aina yew maria. Apa yg menarik sgt tentang Tanah Aina nie? Ha yang menarik pertama MENU, kedua CAFÉ & LADIES FITNESS CENTRE & KETIGA RESORT.

Disebabkan maria seorang yang sukakan alam semulajadi maria sangat teruja bila Puan Sri akan buat satu trip utk blogger ke salah satu resort Tanah Aina. In Sha Allah kalau ada rezeki, Amin.


Puan Sri seorang yang sangat cintakan Alam & mempunyai satu komuniti yang dipanggil sebagai PEKA (Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia) dimana Puan Sri menyeru rakyat Malaysia untuk cintakan Alam untuk masa hadapan. U all tau tak Alam ada salah satu Tourism yg dipanggil sbg Eco-Tourism & juga tourism adlh salah satu sumber pendapatan penting untuk negara kita. Kalau maria tak silap sumber top 5 rasanya (Maafkan saya kalau salah) Nampak tak betapa kuatnya naluri alam Puan Sri. Okay respect.

Mission : To be the force in ensuring the protection and conservation of our natural environment.
Vision : For Malaysia to enjoy and sustain a clean and healthy natural environment for the present and future generations.
Motto : See Nature, See Life



Tanah Aina Resort mempuyai 5 cawangan resort & 1 restoran di negeri Pahang & Johor.
RESORT
1. Tanah Aina Farrah Soraya in Bentong, Pahang, Malaysia

2. Tanah Aina Farhana in Desaru, Johor, Malaysia

3. Tanah Aina Fareena in Lentang, Karak, Pahang, Malaysia

4. Tanah Aina Farouq in Raub, Pahang, Malaysia

5. Tanah Aina Fahad in Ulu Dong, Raub, Pahang, Malaysia

RESTORAN
Tanah Aina Azareena Seafood Steamboat di Bentong, Pahang

Harga yang dikenakan di setiap resort sangat berpatutan dan tidak terlalu mahal. Dekorasi setiap resort sangat cantik seakan-akan hotel 5 star. Tak percaya okay boleh tgk website mereka www.tanah-aina.com nak berbulan madu kat situ pun boleh bagi pasangan yang mencari kelainan & mempunyai sifat natural dalam diri mereka.




Nak info Lebih Lanjut Tentang Resort Tanah Aina & PEKA

INFO Tanah Aina Resort
Tel : +6012 214 1014 | +6016 205 1670
Fax : +603 7877 2594


INFO PEKA
PERTUBUHAN PELINDUNG KHAZANAH ALAM MALAYSIA
Tel: +603-55133803 | Fax: +603-55111669
Mobile: +6019-2422625 (Bazlinda) | +6012-6340888 (Fiza) | +019-2651006 (Yatie)

P/s: Nanti maria nak ajak bakal husband honeymoon sini. hahah okay bye see ya 
© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign