31 Jan 2015

Nak cantik Bagai Puteri? Rahsia Zaria Red by Zarra Sinar Puteri


Sebelum maria cerita apa itu Zaria Red by Zarra Sinar Puteri cuba tengok gambar diatas? Fuhh tak syak lagi PENAJA PLATINUM ABPBH 2014 adalah Zarra Sinar Puteri dengan tagline Semarak Cinta Zarra Sinar Puteri. Tahniah Datin Zamzarina maria ucapkan, semoga rezeki Datin bertambah dan sihat sentiasa. Amin 

Kalau korang perasaan maria selalu review produk bumiputera kan? Siapa lagi nak support produk bumiputera jikalau bukan kita sendiri, Jangan pandang rendah produk bumiputera tau sbb produk mereka setaraf dengan produk International like Zaria Red by Zarra Sinar Puteri. 


Datin Zamzarina Zambri adalah pengasas kepada produk Set penjagaan kulit Zarra Sinar Puteri yang berkualiti tinggi, selamat dan setanding dengan produk antarabangsa. Semua rangkaian produk Zarra Sinar Puteri mendapat kelulusan daripada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) dan juga HEALTH SCIENCE AUTHORITY SINGAPORE (HSA)

Setiap wanita pasti menginkan kulit cantik dan sihat kan, termasuk la maria. Siapa tak nak cantik oi, semua orang nak jadi cantik tapi nak menjadi cantik perlu la membuat pilihan produk yg tepat & paling pernting selamat. Zaria Red by Zarra Sinar Puteri adalah satu produk yang pastinya akan menjadi pilihan dikalangan wanita, dengan cara penjagaan mudah dan konsisten sahaja untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Okay meh maria cerita sikit cara penggunaan produk Zaria Red by Zarra Sinar Puteri


PEMBERSIH

Fungsi: Membersih, menyegar & mencerahkan kulit muka. Bagi mereka yang suka makeup boleh juga dijadikan sbg make up remover. Ha 2 dalam 1 gitu, tak perlu membazir beli makeup remover lagi kan. Jimat duit boleh shopping benda lain. 

Cara Guna: Goncang botol sebelum guna. Tuang gel pembersih pada hujung jari dan urut keseluruh muka dan leher dengan lembut. Bilas dengan air

PENYEGAR

Fungsi: Menyaman dan menyegarkan kulit. Memelihara dan membuatkan kulit lebih sihat.

Cara Guna: Lap muka dan seterusnya pakai Penyegar. Tidak perlu pakai kapas muka semasa menggunakan Penyegar kerana ia dalam botol jenis spray. Hanya sembur rata pada wajah dan ditepuk-­‐tepuk perlahan dengan hujung jari sehingga menyerap. Untuk kesan terbaik gunakan setiap hari sebagai rutin kecantikan.


KRIM SIANG



Fungsi: Mengelakkan kulit menjadi lebih kering, melindungi kulit dari sinaran UV dan dapat mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.

Cara Guna: Sapu rata krim ke seluruh kulit muka dan leher sebelum menggunakan mekap. Untuk kesan terbaik gunakan setiap hari pada waktu siang sebagai krim pelembap dan pelindung


KRIM MALAM

Fungsi: Membaiki kulit untuk lebih remaja, anjal dan elastin. Selain itu dapat memperbaharui kulit supaya sentiasa lembut atau lembap sepanjang malam.

Cara Guna: Sapu rata krim ke seluruh kulit muka dan leher sebelum menggunakan mekap. Untuk kesan terbaik gunakan setiap hari pada waktu siang sebagai krim pelembap dan pelindung




MASKER KOLAGEN

Fungsi: Mengembalikan keanjalan kulit wajah, menghaluskan, melembabkan, dan menjadikan kulit lebih berseri. Tiada lagi kedut dan garis halus mahupun wajah yang kusam. Sejenis masker berasaskan air dalam bentuk gel & di dalam paket kecilt boleh digunakan sebanyak 4 kali.

Cara Guna: Buka paket dan sapu rata masker ke seluruh wajah dan leher. Elakkan sapuan pada bahagian mata dan bibir. Pakai sebelum tidur dan biarkan pada wajah semalaman. Cuci masker pada wajah pada keesokannya selepas bangun daripada tidur lepas tu u all boleh rasa sendiri perbezaan kulit korang yew. 


BB KRIM KOLAGEN
Fungsi: Krim BB sebagai alas bedak/mekap. Memberi tona kulit yang sekata dan menjadikan wajah selembut kulit bayi dan kelihatan awet muda. Mempunyai satu warna shj untuk bb krim iaitu (beige colour) tetapi sesuai untuk semua krn ia akan berubah mengikut warna tona kulit pengguna selepas beberapa minit dipakai. Yang penting tidak berminyak and kita yg pakai ni pun rasa selesa for whole day.                                                                                                            
Cara Guna: Gunakan hujung jari dan letak sebanyak lima dot pada hidung, dagu, dua pipi dan dahi.Sapu rata BB KRIM KOLAGEN pada wajah dan leher selepas pakai Krim Siang. Rasai kelembapannya epanjang hari.Selepas solat hanya perlu tambah KRIM BB KOLAGEN sahaja untuk pelindungan berterusan sepanjang siang hari.  

Paling Maria suka tentang produk nie bau yang sgt sgt wangi. Bau yang buat kan korang rasa tenang gitu. U all should try tau. 

Kesemua produk Zarra Sinar Puteri boleh didapati di semua kedai-kedai, toko-toko jamu, kiosk-kiosk jamu di hypermarket dan supermarket, farmasi terpilih dan juga melalui online di www.zarra.my atau di FB Zarrabeautyline atau Instagram : @zarra.my 

Untuk keterangan lanjut:
Toll free : 1-300-22-7622
SMS/Whatsapp/Wechat : 0176-640 9089 /012-622 9970 / 019-344 7788 / 013-997 9970
Email : zarra.myinfo@gmail.com
Hashtag : #ZarraSinarPuteri

Set Zarra red | Collagen terbaik | Skincare terbaik | Skincare berkesan | Set skincare berkesan | Hilangkan jeragat | Hilangkan jerawat |  Kulit bersih tanpa cela

P/S: Bestnya kalau dpt pergi ABPBH 2014, hurmm berangan je la kau maria. . haha okay bye 

28 Jan 2015

Suamiku En Perfect 10!!



Cerita sabtu lepas baru hari nie nak update, biasa la sibuk dengan kerja lagi lagi nak settlekan semua kerja before maria pergi. Al-kisah tak ada rancangan pun nak pergi tengok wayang, plan kami nak pergi wedding Eyja & Maat je kat Puchong, then after wedding si Zatty ajak pergi tengok wyang kat IOI mall, disebabkan maria tak pernah jejak kaki so kami pun on je la. Actually ini kali pertama maria sampai puchong plus drive ke puchong & terima kasih pada waze yew bantu kami nie. Maria nie suka laki romantik so cerita nie mmg feveret maria. Dari 5 bintang maria bagi 4.5 bintang ok. Cerita mmg best Romantik, komedi, konflik semua ada. cukup perfect. Suamiku En Perfect 10 diadaptasi dari novel Suamiku En perfect 10! 


SINOPSIS

Suamiku Encik Perfect 10 mengisahkan pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial.

Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
 “Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula cinta Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan.

"Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – 
Zarief Danial
 “Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Azura Hanim, seorang model dan juga tunangan Zarief Danial selama tiga tahun menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Azura yang selama ini gemar mengelak dari berbicara tentang perkahwinan tiba-tiba sahaja meminta untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka. Zarief Danial akhirnya mengambil keputusan drastik dengan memutuskan pertunangannya bersama Azura demi cintanya terhadap Aleeya Azmeen.

Aleeya Azmeen menjadi keliru tetapi mengakui Zarief Danial mempunyai ciri-ciri lelaki ‘perfect 10’ yang diidaminya selama ini. Namun, Aleeya perlu memilih di antara tanggungjawabnya terhadap Syed Muzaffar ataupun cintanya pada Zarief Danial.

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?


P/s: Aku rasa dalam alam realiti x de pun laki sanggup jd pak sanggup. haha 

WW#05 : Subhanallah


24 Jan 2015

DAH TERTULIS REZEKI AWAK

Lama tak update blog, ada banyak benda jadi ada banyak benda nak story tp apakan daya masa belum izinkan. In Sha Allah nanti maria update hehehe. Hari ini ada terbaca satu cerit yg bagi maria agak menyentuh hati & maria rasa patut share. Harap Maklum post kali nie adlh copy paste yew sumber dari whatsapp group. 

Cerita petang semalam. Benar-benar terkesan di hati saya. 
Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol. 
Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk. 

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia. 
Saya cakap ..
"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free," 
"ambillah akak malas nak refund ke dalam.." Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..  Saya tanya dia, "eh apesal?"  Dia jawab dalam menahan sebak. Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap. "Dah tertulis rezeki awak," 
Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..
Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.  Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2. 
Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya tengah sebak.
Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.



P/s: Di atas bumi nie semua hak milik Allah termasuk titik peluh kita sendiri. Jadi jangan la kedekut utk bersedekah, sesungguhnya besar ganjarannya dan tidak akan pernah miskin orang yg selalu bersedekah. Okay guys See Ya :)

21 Jan 2015

WW#04 : Sakit


WW#03 : Yakin


14 Jan 2015

WW#02: ALLAH KNOW

10 Jan 2015

HELP !!!

Maria perlukan pertolongan dari yang pakar nie.Maria da puas duk tengok setting tapi buntu tak tahu nak buat macam mana. Pada yang pakar tolong maria plzzz. .

Nie ha, masalah skrg nie maria nak manage blog tapi tak boleh asyik keluar benda nie jer. geram betul. da puas duk tekan tekan tapi tak boleh. . Hurmm plz pada pakar sila tunjuk ajar kat kita :'( 

9 Jan 2015

My First Car

Alhamdulillah, rezeki yang tidak maria jangka dapat sebelum tahun 2015. Sebenarnya dari zaman study lagi maria teringin nak ada kereta sendiri. Yela lesen da ada tapi kereta tak ada bak kata arwah P. Ramlee rokok ada, mancis tak ada ha lebih kurang gitu la. Sampai lesen kita bertukar status L da tapi masih tak ada rezeki nak beli kereta, maklum la baru start kerja masa tu dan nak ikutkan sekarang nie maria da kerja selama 3 tahun mcm tu kot ke nak masuk 3 tahun da. hehe lupa da. Biasanya bila baru masuk kerja gaji pertama ko dpt offer RM 800.00 fuhh sikit siottt tapi tak pe la bermula dari bawah dulu kan. Ha dengan gaji RM 800.00 tu apa jer kita boleh dapat dengan zaman sekarang nie, semua barang makin naik harga & tunggu la bulan April lagi barang naik harga disebabkan GST! fuhh. okay maria da kelaut nie. ahakz 

Disebabkan maria ada parents yang sangat pemurah & maybe kesian kat maria setiap hari pergi balik kerja naik bas lepas tu kena tunggu bas lama-lama, padahal maria boleh jer tumpang akak maria pergi kerja & balik kerja. hehehe Maria nie jer malas nak bangun awal lepas tu balik tak tentu masa. Malas nak susah kan akak maria. Hidup jkena BERDIKARI ! itu prisip maria yang maria tanam dalam hati. 

Mak maria selalu tanya maria "Adik nak kereta apa nanti?" jawapan maria "Adik nak mini cooper" hahaha hamboi tak beragak ko ! impian punya tinggi kan hahahaha tak la sebenarnya aku nak kereta VIva jer but family maria tak bagi disebabkan hal hal tertentu. Okay la tak pe tak bagi kereta Viva, maria just follow je parents nak kereta apa. Yela mereka yang bagi duit deposit dan paling penting ko yg akan dapat. Bersyukur la Cik Maria oii.  Pilihan parents maria kereta PERSONA tapi second hand. second pun second la janji aku ada kereta tak payah nak berebut naik bas tak payah tunggu bas lagi tak payah nk berhimpit siap free perfeumm lagi ewwwwww

Alhamdulillah syukur sangat bila hajad dapat ditunaikan dengan bantuan parents maria. senyum sampai ke telinga. First time bawak kereta sendiri rasa dunia nie ana punya. Cewaaah ko punya pereasaan tu melampau sangat cik maria. hahaha 

Ha nie details kereta maria :-
No. pendaftaran : JKS #44*
Jenis Kenderaan : PROTON
Model : PERSONA
Tahun pembuatan : 2008
Enjin : 1597 
No. Enjin : S4PHNV1890
Warna:Silver


So far sepanjang maria guna kereta semua okay. In Sha Allah maria akan jaga harta nie sampai lunyai hehehe. 


Nampak no Plat JKS &44%

JKS shortform 
Adik Maria  : Jangan Kacau Saya 
Abang Ipar Maria : Jangan Kacau S*^L
Sepupu Maria : Johor *^%% &^%%$
Pak Cik Maria : Jahanam Kereta Saya 

Nampak tak banyak versi shortform JKS hahaha & maria more prefer Jangan Kacau Saya dan paling penting ada no feveret maria 44 hehehe

Okay la itu sahaja coretan saya kali nie. See ya guys :)  

7 Jan 2015

WW#01 : Miss U

Sesungguhnya aku ingin menjadi hambamu yang lebih baik. Aku percaya pada segala aturan mu ya Allah. Aminnn

6 Jan 2015

Food Review: Bites Cafe @ Lakefield, Sungai Besi

credit to Sis Suria

Satu penghargaan besar untuk aku review Bites Cafe @ Lakefiels, Sg. Besi. Thank you so much Mr Robin & Ms Stella to invite me on this session review. Bite Cafe bertemakan jenis Santai, dengan deko yang sgt comel di atas meja, dinding yang penuh dgn frame dan warna yang terang tapi tidak meyakitkan mata. When you first time came here you can feel a sense of coziness from its well thought-out interior design and decor and of course I well recommended this place to others. This place sangat sesuai untuk meluangkan masa bersama orang yg tersayang sambil menjamu selera dan harga tidak terlalu mahal boleh dikatakan setiap duit yang anda bayar tidak akan terasa rugi. 

concept open kitchen
chill with your friend here like at your home. 
Interior Design
Exterior Design 
Bites Cafe menawarkan makanan untuk sarapan pagi, Makan Tengah Hari, Minum Petang atau makan malam. Cara mereka menghidangkan dan menyediakan makanan tersebut akan buat korang rasa sayang nak makan dan rasa yg superbb

POTATO SALAD [ RM 9.90 ]
BREAKFAST PIZZA [ RM 14.90 ]
Served with Beef Bacon, Egg, Baby Spinach, Mushroom & Cheese
THE FRENCH [ RM 15.90 ]
French Toast With Chicken Ham, Melted Cheese, Maple Syrup & Topped With Sunny Side Up
THE ITALIAN [ RM 14.90 ]
Breakfast Frittata With Turkey Ham, Onions, Spinach, Cherry Tomato, Eggs
THE MEXICAN [ RM 12.90 ]
Breakfast Burritos with Tortillia, Chicken Sausage, Egg, Mushroom, Cheese 
GRILLED CHICKEN & WAFFLE SANDWICH [ RM 15.90 ]
Grilled Chicken, Sautéed Mushroom, Melted Cheese, Mushroom Sauce
NUTELLA PIZZA WITH STRAWBERRY AND BANANA [RM 10.90 ]
Crust pizza topped with nutella, strawberry and banana.
GRILLED SALMON FILLET ON CRISPY POTATO CAKE [ RM 32.90 ]
Served With Sautéed Asparagus & Homemade Sauce
EGG BENEDICT [ RM 17.90 ]
Served with Smoked Salmon, Sautedd Spinach, Hollandaise, Toast & Salad
CLUB SANDWICH WAFFLE [ RM 12.90 ]
Beef Bacon, Egg, Lettuce, Cheese, Tartare Sauce, Salad
BEEF BACON & SHRIMP PASTA [ RM 18.90 ]
AFFOGATO WITH PANDAN KAYA ICE CREAM [ RM 8.90 ]

DESSERT WAFFLE TOPPED WITH GULA MELAKA ICE CREAM [ RM11.90 ]


My Favourite :-
- Beef Bacon & Shrimp Pasta
- Grilled Salmon Fillet on Crsipy Potato Cake
- Waffle with Gula Melaka Ice Cream 

Location:-
Address: 72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur.
Contact no: 03-90554438

Business hours:
Mon-Thu: 9.00am – 10.00pm
Fri-Sat: 9.00am – 11.00pmSun: 9.00am – 10.00pm

p/s: Tak rugi try makan kat sini sambil dating dgn org tersayang gitu.  okay see ya guys 

Tak sabar nak baca komen dari blogger lain plak. Jom Terjah blog depa
Sis Suria - http://suriaamanda.blogspot.com/
Sis Noza & husband - http://belacangirlcheeseboy.com/
Bro Zulhelmi - http://www.zulhilmitempoyak.com/
Sis Syafiera - http://syafierabeauty.blogspot.com/

Tips Jodoh

Seronoknya tengok kawan kawan kita da kawen. Hurm bila pulak turn kita nak naik pelamin kan? Ops Jodoh itu rahsia Allah, lambat atau cepat pasti akan ketemu jua! Bersabariah wahai hati, Allah know what the best for you. Soalan cepumas yang orang akan tanya "Bila nak kawen?" than  cer jawab balik bila pula korang nk "KEMBALI"! haha confirm diorang terdiam seribu bahasa.

“Lagi-lagi bab jodoh. Dah tiada benda lain ke nak cerita?”

Bagi orang yang sudah berkahwin, bertunang atau sedang 'berbahagia' dengan pasangan, tidak perlu baca yew. Entry nie Khusus untuk mereka yang masih menunggu gitu. 

Pertama, suatu hakikat yang harus sentiasa kita faham dan sedar. Mahu menemukan jodoh yang terindah, bukan seindah-indah yang kita bayangkan. Bukan juga semudah-mudah untuk kita dapatkan. Jodoh terindah itu tersembunyi. Terhijab oleh sang mata kasar. Tetapi, ia ada dalam penilaian dan aturan Allah SWT.


Menunggu atau menjemput jodoh?

Selalunya ayat yang akan terkeluar dari mereka yg bujang bila nak kawen?

“Sudah lama cari , Tetapi tak ada siapa yang nak”
“Belum sampai jodoh lagi, ada jodoh kawen la”
“Kita tak Cantik/Handsome, sape nak dgn kita”

Nie adalah cnth cnth jwpn mereka kan & at the time you can feel how sad there are. Tapi cukup la bersedih. Percaya la dgn aturan ALLAH.

Sekarang cuba fahami maksud 'menunggu' dan 'menjemput'. Adakah sama maksudnya?

Contoh 1:-
Seorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi perempuan tu suka secara diam dan pendam jer perasaan dia tanpa meluahkan perasaan dia. Lepas tu perempuan tu duk berangan membina masjid, mempunyai anak yg comel, kata romantis dari laki tersebut & etc la. Nak pula baca novel-novel yang romatik alahai... lagi la kuat berangan kan. Dan akhirnya apa akan jadi  pelajaran dia merosot. Kerja tak tahu ke mana. Solat tidak khusyuk, ibadah dengan Allah kucar-kacir, hubungan dengan keluarga tidak mesra sebab apa? Sebab duk pikir lelaki yang dia suka tu. Kesudahannya, lelaki itu berkahwin dengan orang lain, tidak sedikit pandang kepada dirinya.

Apakah menunggu itu sama dengan menjemput?

Contoh 2. Seorang lelaki yang menyukai seorang wanita dalam diam. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa keistimewaan. Rupa paras juga cuma biasa-biasa. Tetapi dia  tidak ingin berputus asa berusaha. Lelaki tersebut bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Dengan keputusan yang cemerlang, dia mendapat kerja yang baik. Bersungguh pula dia bekerja mencari rezeki yang halal, di samping meningkatkan diri dengan ibadah. Meningkatkan amalan dan ilmu agama. Kerana dia sedar, dia akan menjadi pembimbing bagi isterinya kelak dan pencarian nafkah adalah menjadi tanggungjawab yang wajib baginya. Dia tidak menawarkan kata-kata cinta dan rayuan tetapi dengan segala persiapan diri dan iman akhirnya dia pergi menjemput jodohnya, melamar wanita tersebut dengan persetujuan yang terindah.

Nampak tak perbezaannya?

"Jatuh cinta itu tidak salah, tetapi bercinta dengan khayalan palsu itu yang parah.”

Bagaimana menjemput jodoh terindah?

Kita memang menanti, tetapi bukan menanti jodoh dengan cara berfantasi. Berpijaklah di alam realiti.

Pertama, bersyukurlah apabila Allah masih lagi tidak mendatangkan jodoh kita terlalu awal. Melihat kepada sahabat-sahabat yang ramai berkahwin muda, kahwin semasa belajar, apakah benar-benar mereka sudah siap berhadapan dengan badai ujian rumahtangga? Mungkin sekali pandang, macam romantik dan best jer tengok kawan-kawan yang nikah awal. Dapat study sama-sama. Pergi ke U sama-sama. Makan sama-sama, suap menyuap lagi di hadapan kita. Tak perlulah cemburu ya. Yang nampak macam 'best' di mata kita sebenarnya realitinya tidak begitu.

Kawan kawan aku majoritinya sudah ramai berkahwin. Satu demi satu mengungkapkan masalah dan ujian yang berlaku dalam rumahtangga mereka. Bukan mereka merungut, tidak pula mereka membuka aib pasangan, tetapi perkongsian ujian yang berlaku dalam rumahtangga mereka itu adalah realiti yang tidak dapat dinafikan. Baik masalah kewangan, masalah tidak sefahaman, masalah mertua, ipar duai, dan seribu macam lagi masalah yang memang realiti begitulah lumrah hidup berumahtangga. Mana nak sama hidup orang bujang?

Sebab itu, persoalan di sini adalah persiapan kita untuk menghadapi segala macam masalah yang akan timbul pada masa akan datang.

"Habis tu, nak tunggu bersedia, sampai bila-bila tidak bersedia."

Ya, benar. Kalau nak tunggu bersedia, sampai bila-bila tak kahwinlah jawabnya. Sebab itu, ada beza, menunggu semata-mata atau mempersiapkan diri dengan sebaiknya. Tetapi, tidaklah pula saya nafikan, betapa banyak kebaikan orang yang bernikah awal. Andai sudah ada yang berkenan, wali dan famili sudah setuju, maka itu lebih baik diawalkan dan disegerakan pernikahan. Maksud saya di sini, bagi orang yang masih belum bertemu jodohnya. Tidak ada yang merisik bertanya. Oleh itu, diri kitalah yang harus berusaha sedaya upaya untuk menjemput jodoh yang terindah.


Ruang dan peluang yang berharga

Sebenarnya, apabila jodoh datang lewat Allah sebenarnya sedang membuka ruang dan peluang untuk kita. Peluang apa? Peluang untuk kita semakin memperbaiki amal ibadah. Ruang untuk kita semakin mendekati DIA serapat-rapatnya.

Kerana di saat kita lagi sendiri dan keseorangan, bukankah ia adalah masa yang paling terbaik untuk kita bersendirian dengan Allah? Bukankah saat ini adalah masa yang paling berkualiti untuk hati kita terus berhubung dan berkomunikasi dengan Allah? Bukankah kita patut bersyukur, Allah tidak membuatkan kita hanyut dan lalai dengan cinta manusia yang tidak halal? Kerana itu, semakin mendekatlah kepada-Nya. Inilah ruang waktu yang paling berharga. Untuk kita merayu merintih dengan Kekasih Agung. Untuk kita beribadah dengan hati yang paling khusyuk.

Cuba bayangkan bila sudah ada pasangan dan anak-anak kelak. Mana nak uruskan makan pakai suami dan anak-anak, bekerja lagi. Akan sibuk berkejaran dengan banyaknya tugas dan tanggungjawab kepada keluarga. Jadi, hargailah masa yang ada ini dengan sepenuh ketaatan kepadaNya. Bukan terbazir masa dengan perkara yang lagha dan sia-sia.

"Gembirakanlah hatimu dengan mendekat kepadaNya, kerana boleh jadi jodoh yang datang terlambat itu merupakan jalan untuk menaikkan darjatmu di sisi Allah."


Perbaiki diri dan mutaba'ah amal
Impikan lelaki yang hatinya terikat dengan masjid? Duhai wanita, solatlah di awal waktu. Jaga sungguh-sungguh ibadah solat. Jangan diremehkan sembahyang 5 waktu dan solat-solat sunat.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah:45)


Ambillah masa untuk mentadabbur al-Quran. Ambillah waktu untuk menghayati hadis-hadis Nabi SAW. Kedua-dua ini adalah sandaran asas utama untuk kita membina sebuah keluarga yang teguh berpegang denganNya. Andai tajwid masih berterabur, pergilah belajar memperbetulkan bacaan. Andai tidak pernah membelek hadis Nabi SAW, pergilah ke majlis ilmu mendengar orang mengajar kitab. Kita bukan sekadar menunggu, tetapi menjemput jodoh dengan mempersiapkan diri untuk menjadi pasangan yang terindah buat jodoh kita kelak. Lelaki dan wanita persiapannya sama sahaja. Tidak ada istilah wanita yang harus lebih bersiap sedia berbanding lelaki. Kedua-duanya akan memegang amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Andai masih rasa kurang agama di dada, belajar dan carilah ilmu tersebut. Tingkatkan akhlak dan peribadi. Perlengkapkan diri dengan Fiqh Wanita, Fiqh Kekeluargaan dan pelbagai Fiqh lagi.  Andai kita tidak menyibukkan diri dengan pencarian ilmu, takutilah kita akan 'disesatkan' oleh serangan hawa nafsu. Bagi yang belajar agama pula, jangan sesekali merasakan diri sudah 'cukup' dengan ilmu agama yang ada di dada. Ilmu yang dipelajari itu sebenarnya hanya sebagai 'kunci' sahaja.

Andai ada kunci, tetapi tidak berusaha membuka peti, takkan terbuka juga peti tersebut. Seperti itulah juga orang yang belajar agama, selagi tidak diamalkan ilmu yang ada di dada, selagi itulah tidak akan mampu untuk dia kuat menongkah arus ujian yang lebih berganda dari orang yang tidak belajar agama.

Selain itu, teruslah berdoa tanpa jemu. Teruslah optimis berdoa tanpa merasa buruk sangka kepada Allah.

"Doa adalah senjata yang paling ampuh. 'Connection' yang paling kukuh.
Hubungan dengan manusia yang tidak pasti itu sangatlah rapuh, tetapi hubungan yang dibina dengan Allah itu akan semakin teguh."


Berjodoh dengan jodoh @ berjodoh dengan ajal?

Antara dua kenyataan itu, pasti akan kita terima salah satu antaranya. Samada di sepanjang penantian kita dalam menjemput jodoh akan berjodoh dengan jodoh, atau berjodoh dengan ajal. Siapa yang akan tahu bila waktu ajalnya tiba? Tiada siapa yang tahu. Andai sepanjang penantian ini kita ditakdirkan berjodoh dengan ajal terlebih dahulu, maka berbahagialah kerana kita telah mempersiapkan diri dengan sebaiknya.

Allah SWT Maha Adil, tidak akan sesekali menzalimi hambaNya yang beriman. Tidak akan sesekali Allah sia-siakan usaha sang hamba memperbaiki diri hanya kerana untuk melamar redhaNya semata.

Andai kata berjodoh dengan ajal terlebih dahulu, maka kita akan dapat juga jodohnya. Berjodoh dengan jodoh di syurga!

Untuk akhirul kalam, impikan jodoh terindah tak perlu melihat terlalu jauh. Lihat dalam-dalam pada diri kita sendiri. Cerminlah kembali akhlak dan peribadi kita dahulu sebelum sibuk-sibuk nak listkan ciri-ciri idaman bakal pasangan. Nilai jujur-jujur tahap keimanan kita pada Allah. Seperti mana diri kita semakin memperbaiki diri, seperti itu jugalah pasangan yang akan kita perolehi. 

Jodoh terindah itu seperti pelangi yang tersembunyi. Pelangi itu akan muncul, setelah kita bersabar menghadapi ribut petir dan hujan yang mencurah. Andai sudah berusaha sedaya upaya tetapi masih belum menemukan jodohnya, pujuklah hati dengan ayat ini. Bersabar dan bertawakallah, itu kepasrahan yang sangat Allah cintai.

"Kemudian, apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha), maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal." [ali Imran, 3:159].


Ibn Jauzi berkata: "Sebenarnya Allah sedang mengujimu, agar tampak sejauh mana kesabaranmu. Dia ingin melihat sejauh mana rasa rendahmu di hadapan Sang Khaliq dan Dia ingin menganugerahkan kebaikan sebesar-besarnya atas kesabaranmu."


Sekian, wallahua'lam.



p/s: Tips jodoh dapat dari blog jodoh. Sgt menarik utk share. Ya Allah sejuk hati baca penerangan jodoh nie. In Sha Allah akan perbaiki diri lebih baik lagi. In Sha Allah Aminnn
© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign