Seronoknya tengok kawan kawan kita da kawen. Hurm bila pulak turn kita nak naik pelamin kan? Ops Jodoh itu rahsia Allah, lambat atau cepat pasti akan ketemu jua! Bersabariah wahai hati, Allah know what the best for you. Soalan cepumas yang orang akan tanya "Bila nak kawen?" than cer jawab balik bila pula korang nk "KEMBALI"! haha confirm diorang terdiam seribu bahasa.
“Lagi-lagi bab jodoh. Dah tiada benda
lain ke nak cerita?”
Bagi orang yang sudah berkahwin, bertunang atau sedang 'berbahagia'
dengan pasangan, tidak perlu baca yew. Entry nie Khusus untuk mereka yang masih
menunggu gitu.
Pertama, suatu hakikat yang harus sentiasa kita faham dan sedar. Mahu
menemukan jodoh yang terindah, bukan seindah-indah yang kita bayangkan. Bukan
juga semudah-mudah untuk kita dapatkan. Jodoh terindah itu tersembunyi.
Terhijab oleh sang mata kasar. Tetapi, ia ada dalam penilaian dan aturan Allah
SWT.
Menunggu atau menjemput jodoh?
Selalunya ayat yang akan terkeluar dari mereka yg bujang bila nak kawen?
“Sudah lama cari , Tetapi tak ada siapa yang nak”
“Belum sampai jodoh lagi, ada jodoh kawen la”
“Kita tak Cantik/Handsome, sape nak
dgn kita”
Nie adalah cnth cnth jwpn mereka kan & at the time you can feel how sad
there are. Tapi cukup la bersedih. Percaya la dgn aturan ALLAH.
Sekarang cuba
fahami maksud 'menunggu' dan 'menjemput'. Adakah
sama maksudnya?
Contoh 1:-
Seorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi perempuan tu suka secara
diam dan pendam jer perasaan dia tanpa meluahkan perasaan dia. Lepas tu
perempuan tu duk berangan membina masjid, mempunyai anak yg comel, kata
romantis dari laki tersebut & etc la. Nak pula baca novel-novel yang romatik alahai... lagi la kuat berangan kan . Dan akhirnya apa
akan jadi pelajaran dia merosot. Kerja tak tahu ke mana. Solat
tidak khusyuk, ibadah dengan Allah kucar-kacir, hubungan dengan keluarga tidak
mesra sebab apa? Sebab duk pikir lelaki yang dia suka tu. Kesudahannya, lelaki
itu berkahwin dengan orang lain, tidak sedikit pandang kepada dirinya.
Apakah menunggu itu sama dengan menjemput?
Contoh 2. Seorang lelaki yang menyukai seorang wanita dalam diam. Dia
sedar, dirinya tidak punya apa-apa keistimewaan. Rupa paras juga cuma
biasa-biasa. Tetapi dia tidak ingin berputus asa berusaha. Lelaki
tersebut bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Dengan keputusan yang cemerlang, dia
mendapat kerja yang baik. Bersungguh pula dia bekerja mencari rezeki yang
halal, di samping meningkatkan diri dengan ibadah. Meningkatkan amalan dan ilmu
agama. Kerana dia sedar, dia akan menjadi pembimbing bagi isterinya kelak dan
pencarian nafkah adalah menjadi tanggungjawab yang wajib baginya. Dia
tidak menawarkan kata-kata cinta dan rayuan tetapi dengan segala persiapan diri
dan iman akhirnya dia pergi menjemput jodohnya, melamar wanita tersebut dengan
persetujuan yang terindah.
Nampak tak perbezaannya?
"Jatuh cinta itu tidak salah, tetapi bercinta dengan
khayalan palsu itu yang parah.”
Bagaimana
menjemput jodoh terindah?
Kita memang menanti, tetapi bukan menanti jodoh dengan cara berfantasi.
Berpijaklah di alam realiti.
Pertama, bersyukurlah apabila Allah masih lagi tidak mendatangkan jodoh
kita terlalu awal. Melihat kepada sahabat-sahabat yang ramai berkahwin muda,
kahwin semasa belajar, apakah benar-benar mereka sudah siap berhadapan dengan
badai ujian rumahtangga? Mungkin sekali pandang, macam romantik dan best jer
tengok kawan-kawan yang nikah awal. Dapat study sama-sama. Pergi ke U
sama-sama. Makan sama-sama, suap menyuap lagi di hadapan kita. Tak perlulah
cemburu ya. Yang nampak macam 'best' di mata kita sebenarnya realitinya tidak
begitu.
Kawan kawan aku majoritinya sudah ramai berkahwin. Satu demi satu
mengungkapkan masalah dan ujian yang berlaku dalam rumahtangga mereka. Bukan
mereka merungut, tidak pula mereka membuka aib pasangan, tetapi perkongsian
ujian yang berlaku dalam rumahtangga mereka itu adalah realiti yang tidak dapat
dinafikan. Baik masalah kewangan, masalah tidak sefahaman, masalah mertua, ipar
duai, dan seribu macam lagi masalah yang memang realiti begitulah lumrah hidup
berumahtangga. Mana nak sama hidup orang bujang?
Sebab itu, persoalan di sini adalah persiapan kita untuk menghadapi
segala macam masalah yang akan timbul pada masa akan datang.
"Habis tu, nak tunggu bersedia,
sampai bila-bila tidak bersedia."
Ya, benar. Kalau nak tunggu bersedia, sampai bila-bila tak kahwinlah
jawabnya. Sebab itu, ada beza, menunggu semata-mata atau
mempersiapkan diri dengan sebaiknya. Tetapi, tidaklah pula saya nafikan, betapa banyak kebaikan orang yang
bernikah awal. Andai sudah ada yang berkenan, wali dan famili sudah setuju,
maka itu lebih baik diawalkan dan disegerakan pernikahan. Maksud saya di sini,
bagi orang yang masih belum bertemu jodohnya. Tidak ada yang merisik bertanya.
Oleh itu, diri kitalah yang harus berusaha sedaya upaya untuk menjemput jodoh
yang terindah.
Ruang dan peluang yang
berharga
Sebenarnya, apabila jodoh datang lewat Allah sebenarnya sedang membuka
ruang dan peluang untuk kita. Peluang apa? Peluang untuk kita semakin memperbaiki amal ibadah. Ruang
untuk kita semakin mendekati DIA serapat-rapatnya.
Kerana di saat kita lagi sendiri dan keseorangan, bukankah ia adalah masa
yang paling terbaik untuk kita bersendirian dengan Allah? Bukankah saat ini
adalah masa yang paling berkualiti untuk hati kita terus berhubung dan
berkomunikasi dengan Allah? Bukankah kita patut bersyukur, Allah tidak
membuatkan kita hanyut dan lalai dengan cinta manusia yang tidak halal? Kerana itu, semakin mendekatlah kepada-Nya. Inilah ruang waktu yang
paling berharga. Untuk kita merayu merintih dengan Kekasih Agung. Untuk kita
beribadah dengan hati yang paling khusyuk.
"Gembirakanlah hatimu dengan mendekat kepadaNya,
kerana boleh jadi jodoh yang datang terlambat itu merupakan jalan untuk
menaikkan darjatmu di sisi Allah."
Perbaiki diri dan mutaba'ah
amal
Impikan lelaki yang hatinya terikat dengan masjid? Duhai wanita, solatlah
di awal waktu. Jaga sungguh-sungguh ibadah solat. Jangan diremehkan sembahyang
5 waktu dan solat-solat sunat.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Jadikanlah sabar dan
solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,
kecuali orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah:45)
Ambillah masa untuk mentadabbur al-Quran. Ambillah waktu untuk menghayati
hadis-hadis Nabi SAW. Kedua-dua ini adalah sandaran asas utama untuk kita
membina sebuah keluarga yang teguh berpegang denganNya. Andai tajwid masih
berterabur, pergilah belajar memperbetulkan bacaan. Andai tidak pernah membelek
hadis Nabi SAW, pergilah ke majlis ilmu mendengar orang mengajar kitab. Kita
bukan sekadar menunggu, tetapi menjemput jodoh dengan mempersiapkan diri untuk
menjadi pasangan yang terindah buat jodoh kita kelak. Lelaki dan wanita
persiapannya sama sahaja. Tidak ada istilah wanita yang harus lebih bersiap
sedia berbanding lelaki. Kedua-duanya akan memegang amanah dan tanggungjawab
masing-masing.
Andai masih rasa kurang agama di dada, belajar dan carilah ilmu tersebut.
Tingkatkan akhlak dan peribadi. Perlengkapkan diri dengan Fiqh Wanita, Fiqh
Kekeluargaan dan pelbagai Fiqh lagi. Andai kita tidak menyibukkan diri
dengan pencarian ilmu, takutilah kita akan 'disesatkan' oleh serangan hawa
nafsu. Bagi yang belajar agama pula, jangan sesekali merasakan diri sudah
'cukup' dengan ilmu agama yang ada di dada. Ilmu yang dipelajari itu sebenarnya
hanya sebagai 'kunci' sahaja.
Andai ada kunci, tetapi tidak berusaha membuka peti, takkan terbuka juga
peti tersebut. Seperti itulah juga orang yang belajar agama, selagi tidak
diamalkan ilmu yang ada di dada, selagi itulah tidak akan mampu untuk dia kuat
menongkah arus ujian yang lebih berganda dari orang yang tidak belajar agama.
Selain itu, teruslah berdoa tanpa jemu. Teruslah optimis berdoa tanpa
merasa buruk sangka kepada Allah.
"Doa adalah senjata yang paling ampuh. 'Connection'
yang paling kukuh.
Hubungan dengan manusia yang tidak pasti itu sangatlah
rapuh, tetapi hubungan yang dibina dengan Allah itu akan semakin teguh."
Berjodoh dengan jodoh @
berjodoh dengan ajal?
Antara dua kenyataan itu, pasti akan kita terima salah satu antaranya.
Samada di sepanjang penantian kita dalam menjemput jodoh akan berjodoh dengan
jodoh, atau berjodoh dengan ajal. Siapa yang akan tahu bila waktu ajalnya tiba? Tiada siapa yang tahu.
Andai sepanjang penantian ini kita ditakdirkan berjodoh dengan ajal terlebih
dahulu, maka berbahagialah kerana kita telah mempersiapkan diri dengan
sebaiknya.
Allah SWT Maha Adil, tidak akan sesekali menzalimi hambaNya yang beriman.
Tidak akan sesekali Allah sia-siakan usaha sang hamba memperbaiki diri hanya
kerana untuk melamar redhaNya semata.
Andai kata berjodoh dengan ajal terlebih dahulu, maka kita
akan dapat juga jodohnya. Berjodoh dengan jodoh di syurga!
Untuk akhirul kalam, impikan jodoh terindah tak perlu melihat terlalu
jauh. Lihat dalam-dalam pada diri kita sendiri. Cerminlah kembali akhlak dan
peribadi kita dahulu sebelum sibuk-sibuk nak listkan ciri-ciri idaman bakal
pasangan. Nilai jujur-jujur tahap keimanan kita pada Allah. Seperti mana
diri kita semakin memperbaiki diri, seperti itu jugalah pasangan yang akan kita
perolehi.
Jodoh terindah itu seperti pelangi yang tersembunyi. Pelangi itu akan
muncul, setelah kita bersabar menghadapi ribut petir dan hujan yang mencurah. Andai sudah berusaha sedaya upaya tetapi masih belum menemukan jodohnya,
pujuklah hati dengan ayat ini. Bersabar dan bertawakallah, itu kepasrahan yang
sangat Allah cintai.
"Kemudian,
apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha),
maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang
yang bertawakkal." [ali Imran, 3:159].
Ibn Jauzi berkata: "Sebenarnya Allah sedang mengujimu, agar tampak
sejauh mana kesabaranmu. Dia ingin melihat sejauh mana rasa rendahmu di hadapan
Sang Khaliq dan Dia ingin menganugerahkan kebaikan sebesar-besarnya atas
kesabaranmu."
Sekian, wallahua'lam.
p/s: Tips jodoh dapat dari blog jodoh. Sgt menarik utk share. Ya Allah
sejuk hati baca penerangan jodoh nie. In Sha Allah akan perbaiki diri lebih
baik lagi. In Sha Allah Aminnn