Cerita sabtu lepas
baru hari nie nak update, biasa la sibuk dengan kerja lagi lagi nak settlekan
semua kerja before maria pergi. Al-kisah tak ada rancangan pun nak pergi tengok
wayang, plan kami nak pergi wedding Eyja & Maat je kat Puchong, then after
wedding si Zatty ajak pergi tengok wyang kat IOI mall, disebabkan maria tak
pernah jejak kaki so kami pun on je la. Actually ini kali pertama maria sampai
puchong plus drive ke puchong & terima kasih pada waze yew bantu kami nie.
Maria nie suka laki romantik so cerita nie mmg feveret maria. Dari 5 bintang
maria bagi 4.5 bintang ok. Cerita mmg best Romantik, komedi, konflik semua ada.
cukup perfect. Suamiku En Perfect 10 diadaptasi dari novel Suamiku En perfect
10!
SINOPSIS
Suamiku
Encik Perfect 10 mengisahkan pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan
dari Heathrow, London
ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen
dan Zarief Danial.
Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru.
“Abang, orang
kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh
bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya
Azmeen
“Peduli apa
Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang
tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief
Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya,
"Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi
dia milik orang,” – Aleeya
Azmeen
Azura
Hanim, seorang model dan juga tunangan Zarief Danial selama tiga tahun menjadi
penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Azura yang selama
ini gemar mengelak dari berbicara tentang perkahwinan tiba-tiba sahaja meminta
untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka. Zarief Danial akhirnya
mengambil keputusan drastik dengan memutuskan pertunangannya bersama Azura demi
cintanya terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru tetapi mengakui Zarief Danial mempunyai ciri-ciri lelaki ‘perfect 10’ yang diidaminya selama ini. Namun, Aleeya perlu memilih di antara tanggungjawabnya terhadap Syed Muzaffar ataupun cintanya pada Zarief Danial.
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen?
Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta
dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?
P/s: Aku rasa dalam alam realiti x de pun laki sanggup jd pak sanggup. haha