Setiap perempuan mesti mahukan pasangan hidup yg penyabar, romantik, setia, penuh kasih sayang dan paling penting boleh bimbing kita ke syurga kan. Aku juga berharap aku dapat suami macam tu. In Sha Allah sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa akan terjadi dan DIA tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Amin. .
Hari nie tak banyak kerja jadi saje jalan jalan kat blog orang lain then terbaca satu blog share tentang cara Khalifah Umar Al- Khattab Menahan Bebelan Isterinya (klik sini) so teringin nak copy paste untuk tatapan para lelaki. Dalam hati mengharapkan para bakal suami or suami orang contoh sifat Beliau.
Memang tidak
dinafikan, wanita lebih banyak bercakap berbanding orang lelaki. Jadi tidak
hairanlah jika suami terpaksa menadah telinga mendengar bebelan isteri
adakalanya sampai setiap hari. Biarpun leteran itu benda yang sama, ia tetap
menjadi satu perkara yang rutin. Namun tahukah anda bahawa Khalifah Umar
Al-Khattab juga mempunyai cerita yang tersendiri. Biarpun kita tahu dirinya
amat ditakuti kerana sifatnya yang garang, namun apabila dengan isteri, ia
sangat menghormati isterinya.
Dikisahkan, pada
zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu
bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel
terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang,
atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak dapat
menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika,
lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri
ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.
Pada suatu hari,
si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si
suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat
untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi
masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan
isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.
Setibanya dia dia
rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah
Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran
suara Khalifah Umar menjawab. Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai
tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa
dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar
untuk mengadu hal rumah tangganya.Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang,
tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang
kemari?”
Lalu si suami tadi
menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel,
tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan
saja hasratku.”
Mendengar jawapan
dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya
aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh
pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan
anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya
keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.”
Begitulah hebatnya
peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang
sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi
kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau
sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.
Wallahualam.
no word can describe how much me love u :) |
P/S : Bagi aku hidup berumah tangga kena saling memahami, percaya antara satu sama lain saling membantu dan paling penting kawal emosi ketika marah. In Sha Allah akan kekal sampai ajal jemput :)