Assalamualaikum,
Salam sabtu dari kita, kita kerja hari nie n kita okay
(maybe) haha tak seronok la kerja hari sabtu nie tak best. huhu btw just to
inform kita kerja jurusan pelancongan if U all nak p Langkawi, Bandung or mane mane je la boleh cari kita,
In Sha Allah kita tolong u all, tolong sbg kawan. Kita suka tgk org happy dgn
service kita. . mcm mane service kita meh pm meh. haha just kidding
Hari nie cuaca mendung kan sejuk je, Alhamdulillah hujan rahmat
dari Allah. Kita nak share tips melancong : Cara selamat bawa duit. Ha bagi org
yang kaki melancong mereka mesti tau cara untuk simpan duit dgn selamat kan , bagi mereka yang
jarang melancong maybe boleh ikut tips nie :)
Letak
di beberapa tempat
Bagi mengurangkan risiko, simpang wang,
kad kredit, kad debit atau cek di tempat yang berlainan di dalam beg ataupun
dalam poket baju. Ia adalah langkah berjaga-jaga supaya apabila salah satu
tempat penyimpanan itu bermasalah kerana dicuri atau sebagainya, anda masih
punya wang untuk dibelanjakan sepanjang bercuti. Namun, jangan pula anda
lupa di mana wang anda itu disimpan. Jika tidak, percutian anda pasti tidak
akan menyeronokkan.
Buat tempat menyimpan sendiri
Selain menyimpan wang dan kad kredit di
dalam beg tangan atau dompet, anda boleh memikirkan cara lain atau benda lain
untuk menyimpannya. Salah satu yang dirasakan penulis lebih selamat ialah
dengan menggunakan ‘Money Belt’. Ia yang berbentuk seperti tali pinggang
dengan ruang penyimpan yang luas memberi keselesaan kepada anda. Selain
‘Money Belt’, anda juga boleh menggunakan poket bertali yang diikat di pinggang
atau ‘neck wallet’ yang digantung di leher dan boleh disembunyikan di dalam
baju. Meletakkan wang di poket kecil beg juga membantu tetapi jangan
sampai anda terlupa pula.
Tukar wang awal
Jika ke luar negara, tukarlah wang yang
akan digunakan untuk berbelanja terlebih dulu dengan mata wang yang digunakan
atau di negara yang dituju. Wang dolar umumnya boleh diterima di mana-mana
negara. Jadi, anda boleh menukarkannya terus. Dengan menukar wang awal, ia
dapat memudahkan anda untuk menyimpan wang yang akan dibawa ketika melancong.
Kad kredit atau debit
Bagi alat pembayaran seperti kad kredit
atau kad debit, sebaiknya anda membawa kad yang mempunyai jalinan antarabangsa
dengan bank di destinasi yang dituju supaya mudah untuk digunakan di mana-mana.
Sebelum berangkat, pastikan lokasi yang dituju itu memiliki kemudahan teknologi
dan jaringan kewangan yang membolehkan anda menggunakan kad yang dibawa. Untuk
lebih menjimatkan, bawalah satu daripada beberapa kad yang anda ada selain
mengehadkan penggunaannya.
Kelebihan buat wanita
Ketika berkunjung ke destinasi yang
mendapat jolokan sebagai ‘syurga membeli-belah’ seperti Paris, London, Bandung
dan banyak lagi, golongan wanita sememangnya sudah memperuntukkan sejumlah
wang yang banyak untuk melakukan aktiviti yang cukup digemari itu. Oleh itu,
khusus untuk wanita, anda boleh membuat poket kecil yang boleh diselitkan di
bahagian baju dalam (bra money pocket). Poket ajaib itu boleh dipindahkan
ketika anda menggantikan baju dalam.
Tu jer kot tips yang kita boleh bagi,
tips nie kita dapat dari http://www.hmetro.com.my/
nak lagi tips boleh baca kat metro online okay.
with may customer time kat tangkuban parahu |
In Sha Allah ada rezeki tahun dpn pergi sini lagi :) |
P/S : sediakan payung sebelum hujan, kita tidak tau apa
akan berlaku jadi cegah dahulu sebelum terjadi :)