Sebab malas nak keluar cari sampul raya
kita rajinkan diri DIY sampul raya. Senang je buat sampul raya tapi bergantung jugak
kepada tahap kerajinan korang.
Bahan-bahan
*Gunting
*Gam Stick
*Pembalut Hadiah
*kertas keras (yg ini korang nk guna kotak
atau malilakat)
*Contoh Sampul Raya
Langkah – langkah
#1: Selalu bila kita shopping online atau
kat shopping complex pada musim perayaan mesti dapat sampul raya percuma kan. Korang
amik satu lepas tu buka pelekat dia.
#2: lekap kat kertas keras, ikut bentuk
sampul raya lepas tu gunting. Bila da ada pencetak senang sikit kerja korang
nak ikut bentuk dia.
#3: Bentangkan pembalut hadiah, lekapkan
contoh sampul then lukis ikut bentuk.
#4: Gunting ikut bentuk ya, lepas tu gam kan
bahagian hujung or tempat yg diperlukan. Kenapa kena guna gam stick sebab kalau
kita guna gam jenis cecair nnt dia jadi gelembung. So tak lawa.
#5: Ok da siap sampul raya raya. Aku buat
dua jenis satu pendek satu panjang. Satu pembalut hadiah untuk sampul pendek
boleh dapat 12 keping untuk sampul panjang pulak boleh dapat 6 sampul.
Ok korang selamat mencuba. Maaf tak letak
banyak gambar sebab terlupa nak amik gambar.
Saja nak kongsi cara jaga rambut tanpa
keluarkan duit. Biasa bagi seorang perempuan rambut adalah mahkota dan kena jaga
baik-baik. Tak kisah bagi perempuan bertudung atau tidak bertudung rambut tetap
kena jaga. Betul tak? Macam aku rambut aku ada masalah rambut gugur, faktor ada
banyak sebab mungkin hormon, stress atau apa apa la. Jadi, apa aku buat untuk kurangkan
rambut gugur sila baca di bawah.
Bahan hanyalah menggunakan BUNGA RAYA. Siapa
tak tahu bunga raya nie meh aku sekolahkan dia. Bunga kebangsaan MALAYSIA kot
mesti semua orang tahu kan. Bunga Raya nie banyak manfaat dia selain dapat
membantu merawat masalah rambut, melebatkan dan menghitamkan rambut.
CARA
#1 : Petik beberapa keping daun bunga raya
dan juga bunga sekali kalau ada. Tapi tak nak petik bunga dia sekali pun tak
apa. Selalu aku amik dalam 10 keping daun je.
#2. Masukkan dalam bekas tak kisah mangkuk
atau besen lepas tu isi air dan satu dua ketul ais lepas tu ramas daun-daun
tadi. Kenapa tak perlu letak air banyak sebab bila kita ramas dia akan keluar lendir
dan ais pulak buat kepala akan rasa segar. Bila cuci rambut kena guna air sejuk
atau air suam. Kalau guna air panas rambut akan jadi cepat kering. Cara lain
korang boleh blend je daun daun tadi.
Sepatutnya ais tu aku letak lepas da siap
ramas. Beku tangan aku masa ramas. Sejukkkk
#3. Lepas tu amik air lendir daun tadi
letak atas kepala sehingga kena kena kulit kepala ya. Aku selalu buat kat dalam
air sebab taku nanti lelehan lendir jatuh kat lantai. Lendir bunga raya jangan
simpan tau guna sampai habis.
#4. Lepas tu korang balut kepala korang
tak kisah guna tuala ke, shower cap atau apa apa je la yang boleh balut kepala
korang.
#5. Biar sampai kering atau korang rasa kepala
korang da mula gatal. Macam aku sampai dia kering baru khasiat tu meresap ke
kulit akar rambut.
#6. Cuci rambut sampai bersih. Nak lebih
berkesan amalkan seminggu 3 kali macam tu.
Mudahkan cara dia dan kos pun boleh
dikatakan zero cost. Selamat mencuba.
Hi korang aku rasa mesti ada yang sudah
tahu cara semak bil TNB menggunakan portal myTNB kan. Tapi hari ini aku nak kongsi
app TNB yg lebih memudahkan hidup korang. Tak perlu guna PC or Laptop hanya
menggunakan telefon pintar korang sahaja.
Kalau tak silap dari tahun lepas aplikasi myTNB
mobile Apps sudah dilancarkan dan ramai yang tidak pasti cara penggunaan dia
macam mana. Korang hanya perlu download di Google Play Store atau Apple App
Store, kemudian cari myTNB dan install mudah sahaja kan.
Langkah 1 – Setelah
myTNB app selesai install boleh klik pada logo myTNB.
Langkah 2 – Pada
ruang Register for myTNB app Account, klik pada Register
Langkah 3 –
Masukkan semua maklumat yang diminta seperti nama, nombor MyKad, alamat emel, password
dan no telefon. No telefon penting ya dan pastikan no yang digunakan aktif. Seterusnya
Klik pada Register
Langkah 4 – Satu sms
akan dihantar ke no telefon yang didaftarkan tadidan isikan no pin di ruang
disediakan. Sebab itu korang perlu masukkan no telefon yang aktif.
Langkah
5 - Sekarang, akaun korang sudah disahkan. Jika
nama korang ada di TNB secara automatic akan keluar di dashboard no akaun TNB. Itu
pentingnya korang letak maklumat yang betul. Seterusnya klik confirm di bahagian
bawah app.
Langkah 6 – Selepas
korang klik confirm app akan terus ke dashboard dan tunjukkan korang punya bil.
Ok itu je langkah – langkah yang korang perlu buat. Mudah
je guna app myTNB kan. Bawah ini tip cara guna pulak.
TIPS 1: Cara Papar bil bulanan
Korang bolek klik terus di akaun tersebut
dan akan paparkan berapa bill untuk setiap bulan. kalau nak maklumat lebih
lanjut tentang bil korang boleh klik pada bulan tersebut dan app akan paparkan lebih
lanjut macam bil TNB selalu hantar setiap bulan kat rumah tu.
TIPS 2: History Bayaran
Contoh la kan korang bagi duit kat sesiapa
untuk bayarkan bil TNB tapi korag nak pastikan bila orang tu bayar, so korang
klik je kat payment sebelah Bills tu. Ha dari situ boleh tengok bila dia bayar,
bayar guna apa bank ke, TNB office ke atau apa apa je la app akan paparkan. Mudah
kan kerja korang tak perlu tanya orang tu lagi. Karang tanya takut dia anggap kita
tak percaya kat dia pulak.
TIPS 3: Bayar Bill
Misal kata nama korang ada 3 or 4 akaun
bil TNB, leceh kan nak bayar satu satu. Tapi guna app nie korang boleh bayar
semua secara serentak. Klik je akaun dan jumlah bayaran lepas tu tekan Pay
Bill. App myYNB akan keluarkan senarai bank apa korang nak bayar (TNB payment
gateway). Mudah je korang.
TIPS 4: Uruskan akaun
Nak tukar kata laluan atau nak kemaskini no
telefon klik di bawah app paling hujung sekali klik more. Kat situ korang boleh
kemaskini akaun korang, tak pun nak tambah no akaun lain boleh je tapi pastikan
tahu no akaun TNB dan juga no kad pengenalan pemilik.
Okay itu je tips dari aku. Nak info lebih lanjut boleh
semak video or web myTNB
Secara keseluruhan app myTNB mobile smart lebih bagus
dari portal myTNB sebab app ini dapat detect terus akaun korang jadi tak perlu susah
susah nak add account satu persatu.
App MyTNB memang memudahkan korang untuk bukan sahaja semak bil TNB
online, malah untuk lakukan perkara-perkara lain juga. Korang tak perlu risau
lagi bil TNB yang dihantar ke rumah ‘hilang’. Tak perlu risau lagi terlepas
membuat bayaran bil elektrik. Tak perlu risau lagi bayaran bil tertunggak
tinggi. Tak perlu risau lagi bekalan elektrik dipotong sebab tak bayar bil.
Hari
ni nak kongsi tips untuk mereka di luar sana yang ada masalah bibir kering,
mengelupas dan merekah macam aku. Produk dari Australia Jenama Dermal Lip Balm.
Lip Balm ni sangat bagus dalam masa 1 hari masalah bibir korang akan selesai. Aku
tak tipu sebab aku sendiri pakai poduk ni memang sangat bagus.
Sebenarnya
ada banyak faktor yang menyebabkan bibir kita mengalami masalah contoh kurang
minum air, selalu menjilat bibir, suka makan oren pun salah satu sebab dan
sebagainya. Jadi aku boleh cadangkan korang pakai Lip Balm dari jenama Dermal
ni. Pakai waktu malam sebelum tidur dan
bila bangun esok pagi bibir akan jadi lebih lembut dan tidak ada kesan merekah atau
kering. Atau pakai bila korang rasa perlu. Serius hanya satu malam sahaja ya. Untuk
Lip Balm Dermal ini lebih kepada jadikan bibir korang lembap dan yang penting
tak kering.
Lip Balm Dermal mengunakan formula BHA (beta hydroxy acid).
BHA adalah exfoliant kimia, yang mempercepatkan proses menghilangkan kulit
kering dengan cepat dan juga mengandungi bahan-bahan pelembab lain seperti
mentega kakao dan lanolin. Mana nak dapatkan Lip Balm Dermal boleh beli dekat farmasi Watson
or Guardian dan sekarang ada je jual kat Shoppe & Lazada. Harga murah dalam
RM 12 – RM 15 macam tu. Highly recommend
ya. Macam aku jenis yang tak suka pakai makeup jadi nak serikan muka kena la
pakai lipstick. Sebab itu aku kena pastikan bibir aku sentiasa lembap dan nampak
sihat gitu.