Assalamualaikum,
Hi guys,
Hari
ni nak kongsi tips untuk mereka di luar sana yang ada masalah bibir kering,
mengelupas dan merekah macam aku. Produk dari Australia Jenama Dermal Lip Balm.
Lip Balm ni sangat bagus dalam masa 1 hari masalah bibir korang akan selesai. Aku
tak tipu sebab aku sendiri pakai poduk ni memang sangat bagus.
Sebenarnya
ada banyak faktor yang menyebabkan bibir kita mengalami masalah contoh kurang
minum air, selalu menjilat bibir, suka makan oren pun salah satu sebab dan
sebagainya. Jadi aku boleh cadangkan korang pakai Lip Balm dari jenama Dermal
ni. Pakai waktu malam sebelum tidur dan
bila bangun esok pagi bibir akan jadi lebih lembut dan tidak ada kesan merekah atau
kering. Atau pakai bila korang rasa perlu. Serius hanya satu malam sahaja ya. Untuk
Lip Balm Dermal ini lebih kepada jadikan bibir korang lembap dan yang penting
tak kering.
Lip Balm Dermal mengunakan formula BHA (beta hydroxy acid).
BHA adalah exfoliant kimia, yang mempercepatkan proses menghilangkan kulit
kering dengan cepat dan juga mengandungi bahan-bahan pelembab lain seperti
mentega kakao dan lanolin. Mana nak dapatkan Lip Balm Dermal boleh beli dekat farmasi Watson
or Guardian dan sekarang ada je jual kat Shoppe & Lazada. Harga murah dalam
RM 12 – RM 15 macam tu. Highly recommend
ya. Macam aku jenis yang tak suka pakai makeup jadi nak serikan muka kena la
pakai lipstick. Sebab itu aku kena pastikan bibir aku sentiasa lembap dan nampak
sihat gitu.
Okay selamat
mencuba
#tipsbibirsihat #lipbalmdermal #dermallipbalm #bibirkering #bibirmengelupas