Assalamualaikum,
Saja nak kongsi cara jaga rambut tanpa
keluarkan duit. Biasa bagi seorang perempuan rambut adalah mahkota dan kena jaga
baik-baik. Tak kisah bagi perempuan bertudung atau tidak bertudung rambut tetap
kena jaga. Betul tak? Macam aku rambut aku ada masalah rambut gugur, faktor ada
banyak sebab mungkin hormon, stress atau apa apa la. Jadi, apa aku buat untuk kurangkan
rambut gugur sila baca di bawah.
Bahan hanyalah menggunakan BUNGA RAYA. Siapa tak tahu bunga raya nie meh aku sekolahkan dia. Bunga kebangsaan MALAYSIA kot mesti semua orang tahu kan. Bunga Raya nie banyak manfaat dia selain dapat membantu merawat masalah rambut, melebatkan dan menghitamkan rambut.
CARA
#1 : Petik beberapa keping daun bunga raya
dan juga bunga sekali kalau ada. Tapi tak nak petik bunga dia sekali pun tak
apa. Selalu aku amik dalam 10 keping daun je.
#2. Masukkan dalam bekas tak kisah mangkuk
atau besen lepas tu isi air dan satu dua ketul ais lepas tu ramas daun-daun
tadi. Kenapa tak perlu letak air banyak sebab bila kita ramas dia akan keluar lendir
dan ais pulak buat kepala akan rasa segar. Bila cuci rambut kena guna air sejuk
atau air suam. Kalau guna air panas rambut akan jadi cepat kering. Cara lain
korang boleh blend je daun daun tadi.
#3. Lepas tu amik air lendir daun tadi letak atas kepala sehingga kena kena kulit kepala ya. Aku selalu buat kat dalam air sebab taku nanti lelehan lendir jatuh kat lantai. Lendir bunga raya jangan simpan tau guna sampai habis.
#4. Lepas tu korang balut kepala korang
tak kisah guna tuala ke, shower cap atau apa apa je la yang boleh balut kepala
korang.
#5. Biar sampai kering atau korang rasa kepala
korang da mula gatal. Macam aku sampai dia kering baru khasiat tu meresap ke
kulit akar rambut.
#6. Cuci rambut sampai bersih. Nak lebih
berkesan amalkan seminggu 3 kali macam tu.
Mudahkan cara dia dan kos pun boleh
dikatakan zero cost. Selamat mencuba.