18 Feb 2013

Kisah Hati Perempuan

Assalamualaikum,

Entry kali nie copy paste from this blog ;)

Kisah Hati Perempuan Pada Seseorang | Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.Kerana menanggis dia dalam senyap.Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir.

Kisah Hati Perempuan Pada Seseorang

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya.
Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.Dan jika kamu berpesan jangan menanggis lagi dan akan menjaganya.Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya.


Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu.

Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata. katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Kerana kamulah dunianya selamanya.

Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya.

Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu.

Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.Jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.Akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

saya harap awak akan jadi bakal imam saya !


P/S: saya sokong artikel ni 100% ;) 

18 Dec 2012

story molly

Assalamualaikum,


Lama tak update story kitakan. Sebenarnya banyak cerita saya nak cerita but not everything, bukan semua benda kita le share dgn manusia or siapa pun kan. Sometime benda tu kena simpan gak dlm hati. hehehe Okay actually sekarang nie saya da habis belajar Diploma Pengurusan Pelancongan, and keputusan exam pun da keluar. Alhamdulillah semua lulus walaupun apa yang saya harapkan tak dapat. hurmmm sedih Okay!

ambik mood nk convo walaupun convo lama lagi !  hew hew
Okay habis part nk story saya da habis belajar ! yeah Da habis study mesti la nak cari kerja kan. hurmm bukan main susah lagi nak cari kerja sekarang nie kan ! susah tau. 25 Dec 2012 hari saya tinggalkan rumah sewa wak badariah, hurmm sedih time nie. Tak dapat nak manja-manja dengan housemate especially zaty ;( walaupun kami byk gaduh, byk slah fhm, aku byk sakitkan hati dia tapi kami still BFF ! In Sha Allah hubungan kami berkekalan amin ! 

Habis part kenangan di sabak walaupun saya crt scr ringkas. hehehe Okay part cari kerja mmg mencabar saya, first interview di Wisma Central sebelah KLCC, bygkan yew saya pergi interview nie bawak duit ckp-ckp utk tambang LRT je, nak balik rumah dalam beg dompet tinggal RM 0.50 Sen jer. serius saya tak tipu. haha selamat akak saya bankin RM 10.00. fuhh dpt gak balik rumah kan. haha tapi keputusan nya saya tak dpt job tu. okay tak per bukan rezeki  saya ;) 

Second Interview dekat UTS marketing, ha time nie pengalaman saya interview scr berkumpulan. first time interview mcm tu.  selalu kan kita interview sorang-sorang tapi yang nie lain. but saya tak dpt job tu jugak ! okay tak per saya okay janji pengalaman intervie tu ada. hehe 

Third Interview dekat dgn KL Sentral, tapi yang ini saya tak pergi sbb bgn lmbt + tak tau company tu kat mane + transport tak ada and saya MALAS ! huhuhu okay tak per yang nie salah saya. . huhu

Forth interview dekat Pantai Dalam, okay interview yang nie sempoi sgt, da tanya nama and gaji semua then hari tu jugak saya kerja di situ ! Wah mcm tak percaya jer. . haha okay sebenarnya saya berkerja dlm tempoh percubaan lagi ;) kerja sebagai sales and marketing di Kembara Ilmu Travel and Tour but saya bekerja di bawah anak syarikat Kembara Ilmu iaitu Kembara Emas. Alhamdulillah saya bekerja jugak walaupun gaji sedikit ;'( hehe tapi tak per In Sha Allah gaji akan menaik mengikut usaha saya !

Sebenarnya saya da kerja dari 5 Dec 2012 baru sekarang ada masa nak story everything. Harap kerja nie memberikan saya manfaat and yang penting duit halal hasil dari titih peluh saya. amin 

Doa ketika mulakan kerja. Credit tu Mr. Google

Okay da habis part saya bercerita tentang kerja. and now saya rasa masa uk rehat and zzZZZZ. . hehehehe lain waktu saya bercerita lagi walaupun u all tak nk baa crt saya.  haha okay bye

focus berkeja okay kawan-kawan 
p/s: kerja biar ikhlas bukan nak makan gaji buta jer ! okay bye 




17 Nov 2012

emosi






p/s: gambar curi dari Google ;)
© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign