19 Jun 2019

DIY SAMPUL RAYA


Assalamualaikum,

Sebab malas nak keluar cari sampul raya kita rajinkan diri DIY sampul raya. Senang je buat sampul raya tapi bergantung jugak kepada tahap kerajinan korang.


Bahan-bahan
*Gunting
*Gam Stick
*Pembalut Hadiah
*kertas keras (yg ini korang nk guna kotak atau malilakat)
*Contoh Sampul Raya

Langkah – langkah
#1: Selalu bila kita shopping online atau kat shopping complex pada musim perayaan mesti dapat sampul raya percuma kan. Korang amik satu lepas tu buka pelekat dia.

#2: lekap kat kertas keras, ikut bentuk sampul raya lepas tu gunting. Bila da ada pencetak senang sikit kerja korang nak ikut bentuk dia.


#3: Bentangkan pembalut hadiah, lekapkan contoh sampul then lukis ikut bentuk.

#4: Gunting ikut bentuk ya, lepas tu gam kan bahagian hujung or tempat yg diperlukan. Kenapa kena guna gam stick sebab kalau kita guna gam jenis cecair nnt dia jadi gelembung. So tak lawa.


#5: Ok da siap sampul raya raya. Aku buat dua jenis satu pendek satu panjang. Satu pembalut hadiah untuk sampul pendek boleh dapat 12 keping untuk sampul panjang pulak boleh dapat 6 sampul.


Ok korang selamat mencuba. Maaf tak letak banyak gambar sebab terlupa nak amik gambar.

14 Jun 2019

DIY: CARA HITAMKAN RAMBUT SECARA SEMULAJADI


Assalamualaikum,

Saja nak kongsi cara jaga rambut tanpa keluarkan duit. Biasa bagi seorang perempuan rambut adalah mahkota dan kena jaga baik-baik. Tak kisah bagi perempuan bertudung atau tidak bertudung rambut tetap kena jaga. Betul tak? Macam aku rambut aku ada masalah rambut gugur, faktor ada banyak sebab mungkin hormon, stress atau apa apa la. Jadi, apa aku buat untuk kurangkan rambut gugur sila baca di bawah.



Bahan hanyalah menggunakan BUNGA RAYA. Siapa tak tahu bunga raya nie meh aku sekolahkan dia. Bunga kebangsaan MALAYSIA kot mesti semua orang tahu kan. Bunga Raya nie banyak manfaat dia selain dapat membantu merawat masalah rambut, melebatkan dan menghitamkan rambut.



CARA
#1 : Petik beberapa keping daun bunga raya dan juga bunga sekali kalau ada. Tapi tak nak petik bunga dia sekali pun tak apa. Selalu aku amik dalam 10 keping daun je.



#2. Masukkan dalam bekas tak kisah mangkuk atau besen lepas tu isi air dan satu dua ketul ais lepas tu ramas daun-daun tadi. Kenapa tak perlu letak air banyak sebab bila kita ramas dia akan keluar lendir dan ais pulak buat kepala akan rasa segar. Bila cuci rambut kena guna air sejuk atau air suam. Kalau guna air panas rambut akan jadi cepat kering. Cara lain korang boleh blend je daun daun tadi.

Sepatutnya ais tu aku letak lepas da siap ramas. Beku tangan aku masa ramas. Sejukkkk


#3. Lepas tu amik air lendir daun tadi letak atas kepala sehingga kena kena kulit kepala ya. Aku selalu buat kat dalam air sebab taku nanti lelehan lendir jatuh kat lantai. Lendir bunga raya jangan simpan tau guna sampai habis.



#4. Lepas tu korang balut kepala korang tak kisah guna tuala ke, shower cap atau apa apa je la yang boleh balut kepala korang.

#5. Biar sampai kering atau korang rasa kepala korang da mula gatal. Macam aku sampai dia kering baru khasiat tu meresap ke kulit akar rambut.

#6. Cuci rambut sampai bersih. Nak lebih berkesan amalkan seminggu 3 kali macam tu.


Mudahkan cara dia dan kos pun boleh dikatakan zero cost. Selamat mencuba.


© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign