Assalamualaikum,
Hi korang aku rasa mesti ada yang sudah
tahu cara semak bil TNB menggunakan portal myTNB kan. Tapi hari ini aku nak kongsi
app TNB yg lebih memudahkan hidup korang. Tak perlu guna PC or Laptop hanya
menggunakan telefon pintar korang sahaja.
Kalau tak silap dari tahun lepas aplikasi myTNB
mobile Apps sudah dilancarkan dan ramai yang tidak pasti cara penggunaan dia
macam mana. Korang hanya perlu download di Google Play Store atau Apple App
Store, kemudian cari myTNB dan install mudah sahaja kan.
Langkah 1 – Setelah
myTNB app selesai install boleh klik pada logo myTNB.
Langkah 2 – Pada
ruang Register for myTNB app Account, klik pada Register
Langkah 3 –
Masukkan semua maklumat yang diminta seperti nama, nombor MyKad, alamat emel, password
dan no telefon. No telefon penting ya dan pastikan no yang digunakan aktif. Seterusnya
Klik pada Register
Langkah 4 – Satu sms
akan dihantar ke no telefon yang didaftarkan tadidan isikan no pin di ruang
disediakan. Sebab itu korang perlu masukkan no telefon yang aktif.
Langkah
5 - Sekarang, akaun korang sudah disahkan. Jika
nama korang ada di TNB secara automatic akan keluar di dashboard no akaun TNB. Itu
pentingnya korang letak maklumat yang betul. Seterusnya klik confirm di bahagian
bawah app.
Langkah 6 – Selepas
korang klik confirm app akan terus ke dashboard dan tunjukkan korang punya bil.
Ok itu je langkah – langkah yang korang perlu buat. Mudah
je guna app myTNB kan. Bawah ini tip cara guna pulak.
TIPS 1: Cara Papar bil bulanan
Korang bolek klik terus di akaun tersebut
dan akan paparkan berapa bill untuk setiap bulan. kalau nak maklumat lebih
lanjut tentang bil korang boleh klik pada bulan tersebut dan app akan paparkan lebih
lanjut macam bil TNB selalu hantar setiap bulan kat rumah tu.
TIPS 2: History Bayaran
Contoh la kan korang bagi duit kat sesiapa
untuk bayarkan bil TNB tapi korag nak pastikan bila orang tu bayar, so korang
klik je kat payment sebelah Bills tu. Ha dari situ boleh tengok bila dia bayar,
bayar guna apa bank ke, TNB office ke atau apa apa je la app akan paparkan. Mudah
kan kerja korang tak perlu tanya orang tu lagi. Karang tanya takut dia anggap kita
tak percaya kat dia pulak.
TIPS 3: Bayar Bill
Misal kata nama korang ada 3 or 4 akaun
bil TNB, leceh kan nak bayar satu satu. Tapi guna app nie korang boleh bayar
semua secara serentak. Klik je akaun dan jumlah bayaran lepas tu tekan Pay
Bill. App myYNB akan keluarkan senarai bank apa korang nak bayar (TNB payment
gateway). Mudah je korang.
TIPS 4: Uruskan akaun
Nak tukar kata laluan atau nak kemaskini no
telefon klik di bawah app paling hujung sekali klik more. Kat situ korang boleh
kemaskini akaun korang, tak pun nak tambah no akaun lain boleh je tapi pastikan
tahu no akaun TNB dan juga no kad pengenalan pemilik.
Okay itu je tips dari aku. Nak info lebih lanjut boleh
semak video or web myTNB
Secara keseluruhan app myTNB mobile smart lebih bagus
dari portal myTNB sebab app ini dapat detect terus akaun korang jadi tak perlu susah
susah nak add account satu persatu.
App MyTNB memang memudahkan korang untuk bukan sahaja semak bil TNB
online, malah untuk lakukan perkara-perkara lain juga. Korang tak perlu risau
lagi bil TNB yang dihantar ke rumah ‘hilang’. Tak perlu risau lagi terlepas
membuat bayaran bil elektrik. Tak perlu risau lagi bayaran bil tertunggak
tinggi. Tak perlu risau lagi bekalan elektrik dipotong sebab tak bayar bil.
Jadi, jom install app MyTNB sekarang!
#semakbil #myTNB #mobilemyTNB #semakbillTNB