4 Feb 2015

Boat Noodle @Jaya One

Yaay satu wish list maria sudah settle. Terima Kasih Bff sudi bawak kawan ko nie makan kat Boat Noodle. Eh dayah macam tau tau je ker maria teringin nak makan kat situ kan, hehehe. 

Boat Noodle Ada 4 cawangan pertama Publika Damansara,  kedua Jaya One PJ, ketiga  Empire Damansara & keemapt Ikon Connaught.  Cawangan Boat Noodle yg maria pergi nie dekat Jaya One Petaling Jaya. Maria rasa Jaya One nie bangunan baru sbb byk construction kat situ, lokasi agak strategik jugak la. Boat Noodle terletak kat P2 betul betul kat parking, so senang nak cari. 

Boat Noodle berasal dari Bangkok dimana makanan Resepi semua resepi dari sana. Chopp sebelum tu Boat Noodle adalah HALAL sbb mereka hanya serve daging & ayam shj. Sila menjamu selera dengan hati yg tenang yew. Kitaorg order Ayutthaya beef 3 mangkuk utk setiap org. Actually soup boat noodle ada dua jenis pertama Pathumthani soup cair mcm soup biasa & kedua Ayutthaya Soup berkrim sbb mereka ada letak santan sikit. Masa maria datang Pathumtahani soup tak available. 

Dayah kata Thai Ice Tea dia sedap but maria more Thai Ice Coffee. Sebab maria x suka air teh ais not my taste. Boat noodle isi dia sikit je dlm 2 suap mcm tu da habis tp rasa dia mmg urmppphh sedap siap tmbh lagi satu mangkuk ok, kali nie maria try chicken pulak. 

Bagi pendapat maria la beef noodle rasa dia mcm bakso indonesia & chiken noodle plak rasa lebih kepada soto. . tak tau la kalau tekak maria nie tekak org jawa tp apa pun mmg debaek soup dia. So no wonder la kenapa ramai org makan smpai bermangkuk mangkuk. Aku mkn 4 mangkuk pun da blurpppp. Hahaha Side order dayah order chicken wing, rasa mcm biasa je kecik sgt & agak masin. Tak puas makan biasalah org selera besar mcm maria nie mmg x ckp la satu mangkuk kan. Hehehe


The Best is Boat Noodle service cepat, presentation makanan kemas, staff sopan (ramah) & paling penting harga berpatutan. Dari 5 Bintang maria bagi 4 Bintang, Keep it up Boat Noodle. Nak lebih info sila like fb page mereka BOAT NOODLE






P/s: tq dayah & adam blanja maria. Semoga murah rezeki korang. Love u ya xoxo . see ya 

Komen
4 Komen

4 comments:

Dayang Deno said...

wahhh besttt.. selalu dengar pasla ni tapi tak pernah cuba

Unknown said...

LAPARLAAA :D

Unknown said...

telan air liur je nengok. nampak menyelerakan. kreatif idea mereka

Amelia said...

nak tanya macam x sesuai pula. tapi saya ada dengar yang boat noodle tu haram. ke certain tempat je eh? jadi ragu2 lak nak p makan. sorry

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign