Assalamualaikum,
Holla, copy paste entry yang maria terbaca di FB. Hanya sekadar perkongsian, even maria sendiri belum alami. Just fahami entry & amalakan okay. Ulang lagi sekali ini entry copy paste :)
Dengar
sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!
Terdapat
dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh
oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.
Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!
Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan
lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!
Bab
makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana,
rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja. Tapi bila suami mahu makan,
isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas
rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera
makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!
Lalu
makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami
korang dengan pelbagai perkara durjana. Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara
ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan
yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!
Aku
dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, setelah aku selidik, hmmm,
terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan
seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian
bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang
selalu di teman isteri. Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak,
anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika
tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda
akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.
Layan
suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang
diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara
berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan,
jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!
Korang
bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan
bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum
memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri
sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk
uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami
mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing
syaitan!
Apa
lagi nak di kata?
Aku
ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh
tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini
beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan
hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku
tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera,
beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini,
tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.
Dengar
tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.
Ini
adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu
makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang
ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain,
dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang
diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah
tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan
jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.
Baik,
itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.
Menolak
ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami
tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air
naik kepala dan meleleh ke telinga. Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap
menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat
akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika
suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak. Argh, tak perlu aku
cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya
kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.
Nasihat
aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di
atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi
jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau
boleh lafazkan dengan kata-kata:
“Bang,
semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha
bersetubuh!”
InsyAllah,
isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum
mahu bercerai.
Cukup
sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,
Sebagai
penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:
“Apa
guna berbini cantik,Bila makan tidak meneman,Apa guna isteri romantikJika
selalu mengelak di ranjang”
Woha!
Ps:
InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan
fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini
aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan.