28 Feb 2015

BINI CANTIK PUN KENA CERAI?

Assalamualaikum, 

Holla, copy paste entry yang maria terbaca di FB. Hanya sekadar perkongsian, even maria sendiri belum alami. Just fahami entry & amalakan okay. Ulang lagi sekali ini entry copy paste :) 

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!
Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja. Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!

Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana. Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri. Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.
Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.
Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga. Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak. Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:

“Apa guna berbini cantik,Bila makan tidak meneman,Apa guna isteri romantikJika selalu mengelak di ranjang”

Woha!

Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan.
Komen
6 Komen

6 comments:

cikmudahimawary said...

macam mana nil nak komen ni sebab belum kahwin ni hahahaha

suria lekatlekit said...

tu antara sebab tapi banyak sebab lain adalah lelaki tu sendiri sebenarnya.. Meletakkan kesalahan pada perempuan memang perkara biasa bila berlaku penceraian sebab lelaki ni kadang2 bila dia dah ada orang lain.. semua benda jadi alasan.. maybe ada masa bini x teman makan mungkin atas sebab2 tertentu tapi bukan setiap kali.. memandangan dia dah ada orang lain di jadikan tu alasan.. memang ada bini tolak untuk bersama dengan alasan tertentu masa sayang semua dia accept tapi bila hati dah berubah semua tu jadi alasan untuk dia blah.. saya pernah tengok sendiri kejadian macam ni.. di sebabkan dia ada perempuan lain.. kat mahkamah macam2 dia bagi alasan.. bini masak tak sedap la.. bini pemalas la.. padahal bini tu bekerja.. saya rasa masakan dia.. memang sedap.. pemalas.. tak nampak kat mana pemalas.. rumah bersih, bini dia pun sentiasa kemas.. kat rumah pun sentiasa bersolek.. sebab dia gilakan perempuan lain.. macam2 dia buat alasan

Mrs. A said...

Ini kisah dari pihak lelaki. Tapi bila kita dengar kisah dari pihak perempuan pula mungkin sebaliknya. Bersangka baik ajelah mungkin jodohnya setakat itu sahaja.

Lagi satu Mrs. A tak faham berdasarkan persekitaran Mrs. A sekarang ni kenapa ada isteri yang sanggup scandal. Haish... tak takut bala ke apa?

ZULHILMI TEMPOYAK said...

rumah bertangga. banyak yang kena belajar. mungkin sebab tu kena ke kursus berumah tangga.

YattAkasah said...

betul dua perkara ni. hal bersama tu yatt tak tahulahkan belum kawen. tapi bab makan teman tu memg nmpk hsilnya dpan mata.

Iola said...

betul tu...kena jaga and pandai ambil hati kan..tapi apa apa pun, jodoh ajal di tangan Tuhan :)

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign