29 Jun 2020

Resipi: Masak Telur Hanya Guna Microwave


Assalamualaikum,

Hari nie saja nak share cara buat breakfast paling cepat paling pantas cuma amik masa bawah 5 minit. Untuk mereka yang diet atkins sangat sesuai. Nak masak kat office pun boleh tapi kena ada microwave la. Resepi nie boleh buat korang rasa kenyang sampai ke lunch tau.

Disebabkan maria pergi kerja naik train setiap hari tak dan la nak masak awl awl pagi, actually sempat je cuma bila da sampai ofis nnt lauk tu jadi sejuk. Jadi solution lain masak kat ofis. Alhamdulillah dapat office yang sediakan kemudahan utk pekerja masak.

Bahan yang diperlukan: -
*Telur 2 Biji
*Sayur Bayam Brazil *optional* nak letak sayur lain pun boleh prefer sayur hijau.
*Seasoning Lemon pepper *optional* nak letak lada hitam dan garam sikit pun da ok
*Olive Oil *optional*

Cara masak: -
1. Sapu olive oil dalam mangkuk
2. Pecahkan telur dalam mangkuk
3. Potong sayur bayam brazil kecil kecil. Korang nak tukar sayur lain pun boleh tomato cherry, brokoli, atau ikut apa korang suka.
4. Letak sikit perasa.
5. Gaulkan semua sebati.
6. Letak dalam microwave set 30 saat dulu lepas terbalikkan telur dalam mangkok biar semua masak. Set kan lagi 30 saat. Ok siap da, macam maria tak suka masak sangat maria suka telur tu hampir masak gitu. Nak sepenuh masak tambah lagi 30 saat. Da siaappp

Kejadian telur mcm kat bawah gambar nie. Owh lepas tu maria letak satu sudu kecil dressing roasted sesame.

Sedap tau resepi nie

Sebagai perasa

nak guna dressing lain pun boleh ikut citarasa sendiri ya.

Saja nak share apa khasiat Bayam Brazil untuk diri kita: -
1. Melawan kanser
2. Mengekalkan kesihatan mata
3. Sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang.
4. Bagi mereka yang ingin berdiet, Bayam Brazil dapat menurunkan berat badan.
5. Meningkatkan sistem imunisasi badan
6. Membantu sistem penghadaman
7. Mengelakkan daripada sembelit
8. Membantu melancarkan darah
9. Mencegah anemia
10. Mengatasi masalah gusi
11. Nutrisi yang baik untuk pembesaran
12. Mengekalkan stamina
13. Mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium.
14. Mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda.
15. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung

p/s: Jadi banyakkan la makan bayam brazil ya harga pun tak mahal mana. Maria beli kat Village Grocer 200gram dalam 3 ringgit lebih gitu.

#resepidietatkins #resepimudah #resepimicrowave #resepitelur #resepisihat #resepidiet

25 Jun 2020

PG Mall Birthday Sale!


Assalamualaikum,


Sekarang zaman semua di hujung jarikan. Kalau dulu nak cari barang kena keluar rumah, isi minyak, cari parking, cari barang lps tu beratur panjang lagi kat kaunter da bayar kena angkat plak semua barang ke kereta sampai rumah eh lagi sekali kena angkat barang. Banyak betul kerja! Nie belum lagi part bila da sampai rumah nk kemas barang yg kita beli, nak masak, nak uruskan rumah etc etc……. Ha senaraikan lagi benda kena buat. Kita yg baca nie pun letih je rasanya.

Sebab tu zaman sekarang ramai order online sbb mudah jimatkan tenaga dan masa. Lagi lagi musim Covid nie baik kita duduk rumah lagi selamat. Tak perlu hadap semua kat atas tu hanya tunggu abg abg hantar barang depan rumah. Best tak best? 



Siapa pernah dengar PG Mall? Mesti pernah dengar kan ok maria terangkan dulu apa tu PG Mall, PG Mall nie adalah laman web shopping top 3(Sumber Iprice Insight) dan satu satunya platform e-dagang milik orang Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2017 dan sudah menjadi pilihan serta berkembang di seluruh Asia Tenggara (SEA). Fuhh da setanding dengan e-commerce bertaraf antrabangasa!




Yang best PG Mall akan buat sale start dari 29th Jun hingga 05th July 2020 sempena menyambut Hari Jadi PG Mall dan sale bermula dgn harga serendah 0.99 sen!!!!

Bukan tu je PG Mall mengggunakan konsep ConsuMerchant, Eh apa tu ConsuMerchant nie?
ConsuMerchant adlh gabungan dari ayat Consumer (Pengguna) dan Merchant (Pedagang). Konsep nie konsep keuntungan bersama untuk kedua pihak atau bahasa mudah Win Win gitu. Ha ini yng buatkan PG Mall berbeza dari yg lain.



5 sebab kenapa korang kena shopping di PG Mall

1. Diskaun
Dapatkan diskaun sebanyak 10% dgn pembelian RM 50.00 atau 15% min pembelian RM 100.00

2. Penghantaran Pecuma
Untuk pembelian pertama kali hanya belanja min RM 30.00 sahaja dan bagi mereka yang pernah beli min pembelian RM 60.00. Da dapat diskaun dapat pula penghantaran percuma!

3. Harga serendah 0.99 sen
Yang ini paling best!  Murah oiii SUPER KILLER DEALS PG Mall!! Jangan lupa save a date!

4. Top Referral
Macam mana nak join, Senang je korang hanya perlu share no referral di mana mana laman web sosial korang mcm IG, FB, dan Whatsapp

*Hadiah Utama: PG Gold 1g
*Tempat Ke-2: Cash wallet bernilai RM 100.00
*Tempat Ke-3: Cash wallet bernilai RM 50.00

Mana nak dpt no referral boleh tgk gmbr kat bawah nie


Tekan atas ayat TOP then dia akan keluar mcm nie lepas tu korang boleh copy link tu tak nak copy letak gmbr QR code. Senang kan

5.  Sertai Live FB PG Mall
*PG Mall akan buat Live setiap hari untuk tawaran yg hebat jadi korang jgn lepaskan peluang
*Tonton dan jadi pemenang cabutan bertuah untuk menang emas 0.5gram bernilai RM 200.00

Menarik sangat korang jangan lupa shooping di www.pgmall.my dan juga lupa download di Play Store & App Store

Untuk maklumat lebih lanjut, layari info di bawah ini.
Instagram: PGMall.my (https://www.instagram.com/pgmall.my/)


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #PGMallBirthdaySale #PGMallBirthdayParty #PGMallCrazySale


19 Jun 2019

DIY SAMPUL RAYA


Assalamualaikum,

Sebab malas nak keluar cari sampul raya kita rajinkan diri DIY sampul raya. Senang je buat sampul raya tapi bergantung jugak kepada tahap kerajinan korang.


Bahan-bahan
*Gunting
*Gam Stick
*Pembalut Hadiah
*kertas keras (yg ini korang nk guna kotak atau malilakat)
*Contoh Sampul Raya

Langkah – langkah
#1: Selalu bila kita shopping online atau kat shopping complex pada musim perayaan mesti dapat sampul raya percuma kan. Korang amik satu lepas tu buka pelekat dia.

#2: lekap kat kertas keras, ikut bentuk sampul raya lepas tu gunting. Bila da ada pencetak senang sikit kerja korang nak ikut bentuk dia.


#3: Bentangkan pembalut hadiah, lekapkan contoh sampul then lukis ikut bentuk.

#4: Gunting ikut bentuk ya, lepas tu gam kan bahagian hujung or tempat yg diperlukan. Kenapa kena guna gam stick sebab kalau kita guna gam jenis cecair nnt dia jadi gelembung. So tak lawa.


#5: Ok da siap sampul raya raya. Aku buat dua jenis satu pendek satu panjang. Satu pembalut hadiah untuk sampul pendek boleh dapat 12 keping untuk sampul panjang pulak boleh dapat 6 sampul.


Ok korang selamat mencuba. Maaf tak letak banyak gambar sebab terlupa nak amik gambar.

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign