Assalamualaikum. .
Salam sya’aban korang,
sikit hari lagi nak masuk bulan Ramadhan then bulan Syawal. Wah cepat benor
masa berjalan sekarang nie. Pejam pejam celik da nak bulan puasa. Alhamdulillah
masih diberi kesempatan.
Cakap pasal Bulan Ramadhan benda
pertama terlintas di fikiran u all mesti baju raya kan. Then korang akan fikir
tema warna, design apa, berapa helai baju & etc la. Zaman dulu2x pilihan
utama kaum wanita mesti baju kurung kan. Tahu kenapa Baju Kurung jadi pilihan
utama?
Baju Kurung adalah pakaian
kebangsaan Negara kita dimana Baju Kurung boleh dipakai dimana jua. Tak kisah
la majlis rasmi atau tidak Baju Kurung tetap menjai pilihan. Baju Kurung
terbahagi kepada dua, ada bahagian atas dan bahagian bawah lepas tu ada lipatan
kain dan potongan di leher.
Seiring dengan edaran masa
dunia fesyen Baju Kurung semakin mendapat sentuhan
di kalangan pereka fesyen dan lebih dikenali sebagai Baju Kurung Moden Kita pun boleh lihat ada
banyak fesyen baju kurung moden
terkini yang unik dan bergaya
serta moden yang digayakan wanita zaman sekarang kan.
Zaman dulu Baju kurung
mempunyai potongan yg longgar serta baju bahagian atas labuh di paras lutut
atau betul-betul di paras lutut. Bahagian bawah pulak akan berlipat tepi.
Ini Baju Kurung moden atau
lebih kenali sebagai fesyen Baju Kurung Peplum dimana bahagian atas agak lebih
singkat dan mempunyai jahitan tengah.
Baju Kurung Moden Lace
dimana bahagian lengan dan bawah dihiaskan lace. Cantik kan & sesuai
digayakan kemana shj.
Yang terkini Baju Kurung
Mini atau dikenali sbg Mini Kurung. Bahagaian atas agak pendek seprti peplum
tetapi tidak mempunyai jahitan di bhgn tengah.
Baju Kurung moden korang boleh gayakan dengan
aksesori tambahan seperti tali pinggang atau reben di belakang baju. Contoh
seperti gmbr di atas.
Walaupun Baju Kurung semakin
mendapat sentuhan tetapi masih mengekalkan ciri2x asas yg utama iaitu terbahagi
kepada bahagian kain dan baju. Semakin bayak pilihan semakin bergaya la para
wanita di luar sana. Da dapat idea design apa u all nak untuk Syawal kali nie? hopefully dapat membantu korang. Apa pun pilihan korang pastikan anda selesa baru rasa
yakin. . okay see ya :)