4 Dec 2014

New Menu Launching Pak John Steamboat & BBQ

Yohuuu, senangnya dalam hati dapat makan free lagi. hahaha makan makan dan makan jer kerja ko cik maria, bila nak kurus pun tak tau. Hew Hew orang ckp rezeki jangan di tolak bala jangan di cari gitu.

Btw ucapan terima kasih sebakul untuk halim sudi invite Maria untuk rasa menu baru dari Pak John bukan dpt makan je siap dapat 2 voucher Pak John lagi, wahhh best best. Terima Kasih yew ^_^

Okay guys sebelum nie maria pena post Pak John kan tapi kali nie lain punya. Menu special sempena sambutan hari natal or Christmas bermula dari 15 Disember. Tapi menu terbaru terhad sempena hari Christmas sahaja okay, jadi jangan lepaskan peluang terhad nie & harga hanya RM46++  sahaja okay, Murah kan? jangan risau apa yang korang bayar tu memang berbaloi dgn apa yang korang dapat punya, Jadi sila la ajak org tersayang makan kat sini okay. 

MENU SPECIAL BUFFET CHRISTMAS

Baked Potato with Mince Beef | Kentang bakar  bersama daging cincang dan cream

Garden Herb Potato Salad | Salad kentang dicampur dengan herba

New Zealand Rib Eye With Black Pepper Sauce | Daging rusuk goreng campur sos lada hitam, cili benggala, bunga kobis dan cendawan

Christmas Island | Nasi Pulut dengan sos berkrim dan seafood

Bountiful Hearty Rice | Nasi goreng campur pelbagai sayuran dan ayam

Grilled Slice Chicken With Creamy Spaghetti | Spaghetti campur kuah berkrim bersama Dada ayam panggang

Ramen Vongole Ole | Ramen dicampur dengan makanan laut

Seafood Bread Loaf | Roti Baguette Campur makanan laut disaluti keju

Grill Sutchi Fillet | Fillet ikan Sutchi tanpa tulang cecah brown sos

Black Tangerine Chicken | Ayam goreng rangup yg diperam sos nenas dan sedikit lemon

CHRISTMAS BBQ & STEAMBOAT SPECIAL
Sup istimewa sempena Hari Krismas Creamy Butter Broth

 Sweet Soya Chicken, Lemongrass Chicken, Coffee Beef, Tangerine Beef, Black Pepper Beef, Sweet Soya Beef, Coffee Chicken, Tangerine Chicken, Black Pepper Chicken, Ginger Chicken, and Spicy Fish Fillet.

Ha nampak gigih mereka kan. Maca-macam gaya ada.

diorang sibuk masak aku berselfie dgn Chef David, Sporting wooo.

Masing-masing muka kenyang, Padahal depan tu byk lagi makanan. hehe

Err kenapa mereka comel comel belaka. Okay dpt kawan baru say helo to kak Asyik & Fana

Berdiri ikut ketinggian, Blogger femes Mek Onie, My sister & abag Ipar

Pada mereka yang nak reserve tempat boleh hubungi mereka ok.

Jangan lepaskan peluang korang untuk cuba makan disini, very high recommended. The best Steamboat kat Kuala Lumpur & PJ. Maria cakap berdasarkan apa yang maria rasa bukan review semata-mata. The best menu Christmas Black Tangerine Chicken terbaik wooo. Dan sekali lagi jangan lupa makan di Pak John Steamboat & BBQ kat eCurve level G. Selamat Mencuba u all. 

Special thank to Halim Brothers :)






Komen
0 Komen

No comments:

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign