31 Aug 2014

Superhero Versi Heroin Hijabister

Asslamualaikum,

Perna tak korang bayangkan SUPERHERO lelaki tukar kepada SUPERHEROIN plus BERJHIJAB? perna tak? Jujur aku tak pernah la, Respect imaginasi gadis dari kanada umur 17 tahun sampai boleh cipta versi hijab. Check Out.

Darkstar & Captain America

Thor & Loki

Hawkeye & Black Widow

Iron Man & The Hulk 

P/S: sumber dari abang nara (http://amazingnara.com/) maaf abg nara maria pinjam suber yew :)

26 Aug 2014

Cara Kenal Produk Legacy Secret

Assalamualaikum, 

Hye hye kita baru review new produk dari Secret Legacy Trading B'Vite tadi. Sebab aku sayang korang aku update cara-cara nak kenal produk Secret Legacy nie ori or ciplak plak. Biasa la bila satu produk da dapat nama mula la ada pihak tak bertanggungjawab nak ciplak. If kesan sama tak apa jugak nie letak bahan yg boleh rosakkan kita. Haish jadi pengguna sila la berhati-hati yew! AMARAN keras nie. 


Ada 3 cara nak kenal produk Legacy nie ori kena tidak:-

1. Pengesahan Melalui Visual 
Setiap botol Produk Secret Legacy ada satu sticker bila korang serongkan 15 darjah akan mucul perkataan LS yg bermaksud Secret Legacy. 




2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Sticker LS cetakan dia timbul & korang boleh rasa gunakan jari korang.

3. Pengesahan Melalui QR code
Bawah sticker LS ada QR code, QR code nie korang boleh imbas, If betul betul ori bila korang imbas akan ada info keluar.

Peringatan!!
♦ 1 QR code hanya boleh di imbas 5 kali shj 
♦ Kalau imbas lebih dari 5 kali, anda akan diberikan no telefon syarikat Secret Legacy untuk pengesahan produk 
♦ Pastikan korang beli yang original, takut ada kesan sampingan lain. 

Tak faham dengan penjelasan yg aku bagi. korang boleh refer pada youtube di bawah.  Sekian, Terima Kasih. 



P/s: Nak cantik boleh tak ada masalah yg penting ORI okay. see ya :)

REVIEW PRODUCT B'VITE

Assalamualaikum,

Alhamdulillah keadaan diri aku semakin baik & da boleh terima segala dugaan yg menimpa diri aku. Fuhh terima kasih pada MU KEKASIH abadi :) segalanya telah kau aturkan & daku percaya pasti ada hikmah. Amin

Sebelum amalkan B'Vite
Okay da habis now I story molly new product dari Legacy Secret Trading, Sebelum nie aku da pena review 2 produk Legacy first Harum Malam kedua Secret LacxingTestimoni Secret Laxing & sekarang aku nak review produk  baru diorang B’VITE. Eh apa plak B’Vite ?? Ha tunggu jap lagi aku cerita yew. Sebenarnya produk nie semua local punya dan jangan tak tau Legacy nie ada produk dari atas kepala sampai hujung kaki. Nanti next entry aku cerita.


Balik cerita pasal B’Vite plak, Eh apa fungsi produk nie, harga berapa plak, cara makan macam mana. Wooo relaks I cerita one by one, terus baca yew. 

B’Vite nie guna formulasi ramuan yang menekankan herba herba semulajadi, lebih 10 jenis herba yang ada dalam satu botol. Antaranya adalah: Pure Marine Collagen, Pomegranate, Goji Berry, Acerolla Cherry, Aloe Vera, Soursop Leaf,  Bilberry, Psyllium Husk, Argan Stem Cell, Apple Stem Cell, Grape Stem Cell, Alp Rose Stem Cell, Comfrey Root Stem Cell, Tomato

 


 APA FUNGSI B’VITE ?
Mencantikkan dan Melicinkan Kulit wajah
Memutihkan dan memudarkan parut
Menegangkan kulit
Mengurangkan jerawat dan Menghilangkan noda bekas jerawat
Menyamarkan bintik pigmentasi (bintik hitam, tanda bekas luka)
Menyingkirkan toksin / racun dalam tubuh
Melembut dan Menghaluskan kulit

Membuat kulit kelihatan lebih segar dan sihat


CARA GUNA B’VITE?
♥ 2 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan
♥ Digalakkan untuk mengambil 2 kali sehari.
♥ Boleh diminum terus atau dicampur dengan air.
♥ Pastikan banyak minum air kosong untuk meningkatkan keberkesanannya.



HARGA B’VITE?
Harga mampu milik yew u all :-
♦ RM 33.00 (WM)
♦ RM 39.00 (EM)
♦ BRD 18.00 (BRUNEI)
♦ SGD 18.00 (SINGAPORE)

Eh berminat ke? Nak order ? okay sila la rerajin teken link di bawah yew. Ops jangan tertipu produk palsu okay. Sat g kita update cara nak kenal ori dgn palsu yew. 



P/s : nanti kalau berkesan kat aku, aku wat testimoni yew :) Selamat mencuba guys. See ya 

22 Aug 2014

Alhamdulillah!

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah hari nie genap da 23 tahun err da tu aku nie =..=''
Bila usia da meningkat nanti mesti akan timbul soalan mcm nie "Eh, bila nak kahwin?" "Da ada yg berpunya ke?"  "Bila lagi nak rasa makan nasi minyak kau" & bla bla bla
Secara jujur yew, rimas la wei nak jawab, siapa yang tak nak kawen semua orang nk kawen tapi kalau da jodoh belum sampai lagi apa aku nak buat, tak kan la nak main kawen jer dgn org yg kita tak kenal kan. grrr sila faham saya rimas dgn soalan tu yew. Maaf kalau ada sape sape yg terasa. Jodoh Ajal Maut kan tangan Allah, tiba masa nanti ada la jemputan untuk U all yew. Okay tutup cerita. 

Nothing special during my bezday tap aku bersyukur ada kawan kawan yg sentiasa ingat kat aku nie. Flying kiss untuk awak muah muah, hehe btw on the first time google wish bezday kita, I was like arghh sweetnya google nie, haha



kawan kawan office plak celebrate bezday aku kat office, beli kek beli pizza, okay today jimat duit belanja kita. hahaha Group wasep un sama masing masing copy paste wish bezday org first wish, hehehe comel jer diorang nie.

she my bestie zaty

kita mintak hadiah dia belikan kita kek secret recipe, bukan beli satu slice tapi belikan 2 slice. haha amik kau. syg ko dayah 

acctually esok hari jadi si sengal saya nie jugak jadi kami celebrate sekali ;p 

tq to all fb friend wish kita 

okay la nanti aku sambung update lagi. kerja duk memangil kita da. hehe see ya u all.

20 Aug 2014

Realize !

Assalamualaikum, 

Nothing to say, let's the picture talk.









No matter how I live, someone will be disappointed, So just live your truth and be sure I aren't the one who is disappointed in the end. Now I realize that I must let you go & face all my problem without U any more! I know  I can! I believe with my self :)

19 Aug 2014

Cara Tegur Kesalahan Orang ???

Assalamualaikum,

Lama da tak update blog nie rasa rindu pulak, maklum la Middle East season da start so tak ada masa nak update. Okay back to story, hurmm pena tak korang rasa serba salah nak tegur kesalahan orang? Mesti pena kan nak tegur takut ckp kita bajet bagus tak tegur kita plak rasa serba salah haish sememangnya tak mudah menjaga hati orang nie. Walaupun individu itu melakukan kesalahan kita tidak seharusnya memalukannya apatah lagi melukai perasaannya. Ada cara yang lebih sesuai untuk menegur kesalahannya selain dari terus membebel dan menegur. Kalau tidak, kamu sendiri harus di tegur dan sama seperti individu yang melakukan kesalahan. Okay apa kata kita try tips kat bawah nie.

1.      Tegur Secara Lembut
Nak tegur boleh tapi jgn la kasar sgt, apa kata tegur secara lembut je. Cara tegur bukan guna ayat kesat kesat tau sampai buat orang benci, kecik hati, terhina dgn teguran kita. Salah tu dan itu bukan cara Orang Islam menegur. Ingat tu tegur secara lembut

2.      Di Tempat yg Tersorok
Okay apa korang rasa kena tegur depan org ramai x kisah la depan family ke kawan ke dak office ke mesti korang rasa malu kan mesti korang rasa maruah korang tercalar betul tak? Ha mcm tu jugak la perasaan orang yg kita nak tegur tu. Apa kata korang tegur dia time korang berdua jer ada tak pun bawak dia pergi tempat orang yang tak boleh dengar perbualan korang tu. Ada privasi gitu, ha dgn carat u mesti org yg korang tegur tu rasa selesa. Ingat apa kita buat kat orang satu hari nanti mesti korang kena balik. Hidup nie adil tau.

3.      Double Meaning
Nak tegur orang nie kan sometime kena guna ayat berlapik lapik tau. Contoh la org tu cepat sensitive then korang nak tegur cara dia berpakaian tak kan la korang nak ckp mcm nir “Bedah, kau pakai baju seksi mcm nie tak takut masuk neraka ker?” hamboi mulut hang suka suka kata gitu kan. Mau korang bergaduh nnt. Hahaha cuba korang guna ayat nie plak “Bedah, kaan lagi elok kalau ko pakai pakaian labuh sikit, yela zaman skrg nie kan zaman mata – mata gatal, takut mengundang bahaya kat ko plak” ha kalau korang dgr ayat tu korang rasa apa? Ayat tu peril ke? Tak kan. Nampak macam kita amik berat pasal dia kan. Tapi ingat lain orang lain cara.

4.      Jangan Guna Perkataan Kasar
Ha yang nie jgn sekali kali guna yew. Bukan memalukan org tu je tapi jatuhkan maruah awak sekali tau. Euwww mcm orang tak berpelajaran je guna ayat ayat kasar nie tak sopan langsung. Malaysia kan penuh dengan budi bahasa jadi Amalkan okay.

5.      Jangan Terlalu Jujur
JUJUR tu perlu tapi kalau jujur kita tu buat orang jadi malu, terhina baik jangan jujur sgt. Baik korang guna tips no 4 tu. Fikir dulu sebelum bercakap.

6.      Bagi Contoh
Bila korang tegur tu mesti ada contoh utk buat dia lebih faham apa yg korang nak sampaikan tu. Kalau ceritat tu reakaan un tak apa janji orang tu faham apa maksud korang.

7.      Dengar Dua Pihak Dahulu & Jangan Buat Konklusi
Kalau korang jadi orang tengah korang kena dgr dua dua pihak & jagn berpihak pada sape sape yew, tu penting. Cer korang denagar dua dua pihak dulu then cari penyelesaian yg adil. Ha yg tu baru betul jadi pendegar yg baik dan adil.

Nampak senang nak tegur orang tapi tak la semudah tu. Yang pasti memang susah jaga hati semua orang. Well lumrah hidup dia atas muka bumi pinjaman dari Allah kan.

P/s: Kerja da start panggil kita tu, chaw dulu. See ya  :)
© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign