28 Apr 2014

Rahsia Solat

Assalamualaikum,

Selamat Pagi dunia, curi masa kerja jap update blog kita nie ha. Hari ini I nak share tentang kebaikan SOLAT. Yup I iz manusia yg tak pernah sempurna, kdg kdg byk lubang gak la aku tinggal. Tengah berusaha menjadi hamba yg sempurna di mataNYA. In Sha Allah ;)

Okay moh baca rahsia SOLAT, hope dpt jadikan semangat utk kita semua. Amin

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu seperti saya: 

  • Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  • Berdiri Betul: Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.  
  • Takbir-ratul Ihram: Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  • Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  • Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  • I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
  • Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  • Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
  • Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  • Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
  • Selawat Nabi: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  • Salam: Memelihara kita di dalam kubur.
  • Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.   Itulah sebab mengapa mereka mencipta  cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan !"  Dari Abdullah bin 'Amr R. A. Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat" Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain''   ALLAH HUAKHBAR. ALLAH HUAKHBAR. ALLAH HUAKHBAR :)

HIKMAH SOLAT :- 

Ketika Ambik Wudhu : jangan terus keringkan muka, biarkan kering sendiri. Lepas tu ambil sejadah, solat, berzikir, dan berdo'a. Petua utk wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, Berwudhu 5 kali sehari untuk kesan terbaik.

Anda selalu STRESS? Okay nie ubat dia, banyakkan la solat. Ketika kita solat kita dpt gerakkan seluruh badan dan berkonsultasilah pada Allah SWT dengan bzikir dan do'a·

Nak muka nmpk awet muda, sentiasalah tersenyum, bukan hanya di bibir tapi juga di hati. Amalkan doa ketika melihat cermin “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya   Allah sebagaimana engkau telah  memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).

Ingin mempunyai bibir yang cantik? bisikkanlah kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. In Sha Allah berkesan ;)

Nak badan yang cantik dan langsing amalkan diet yang  teratur dan dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS selang satu hari. Makanlah makanan halal, banyakkan sayuran, buah-buahan, dan air masak secukupnya,

Nak dapatkan ramai kenalan or iratkan silaturrahim? Sentiasalah memberi salam dan senyum dengan orang lain. Dengan cara itu kita akan banyak kawan dan terasa disayangi.

one day. In Sha Allah



PS: Sangat mudah sebenarnyakan. In Sha Allah saya akan amalkan. Anda pula bagaimana? 
Komen
4 Komen

4 comments:

Hunny Kitty said...

blogwalking from grup produk review n follow u

YattAkasah said...

haii :) jejalan dari gr0up produk review n follow sini

a said...

in shaa Allah.. sama2 kita amalkan :)

Husna Yusof said...

alhamdulillah,, info yang bermanfaat dear,, salam singgah sini n follow :)

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign