Assalamualaikum,
Lama tak mengupdatekan diri kan . . bersawang da blog nie. . huhu
Hari nie ada mood nak update blog so kita update
jer la yew. .
Entry copy paste from
FB tentang tarikh lahir. .
To me yeah tarikh tu mmg kena dgn aku ;)
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam &
konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan
yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang
yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius
terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia
sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi
hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan
dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin
lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya
yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang
suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling
benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar
dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru
dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering
mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus
terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri
yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba
mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan
yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal
utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah
untuk di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah
seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali
tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang
mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang
tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat
dinginbkepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab
timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala
bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang
optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun
begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya
dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi
sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah
kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah
dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan
dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang
dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak
pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus
terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai
sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi
masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan
kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada
teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari
teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan
suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.
Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir
tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang
tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 &
21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi
dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan
orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah
dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia
mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat
baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat
suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada
dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering
membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan
sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat
kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.
Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 &
26
Jangan mengharapkan sifat rom antis
dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang
serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu
bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci
pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara.
Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang
mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh
kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan.
Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana
perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian.
Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan
kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan
sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara .
tq en google ;) |
P/S : jgn percaya benda nie sgt sekadar suka suka jer ;) okay bye