24 Apr 2013

Kenapa Perlu Kerja ?

Assalamualaikum,

Lama tak update blog, bila da kerja nk update blog pun tak sempat. Fuhhhh

Ada banyak sebab kenapa kita kena kerjakan. Korang pun mesti tahu sebab apa akan. Tak perlu aku bagi tau pun korang mesti tau jugak. Mcm aku sebab apa aku kena kerja meh baca bawah nie meh.

Pertama :-
JASA. Maria nak balas semua jasa mak ayah maria, dari maria lahir sampaila umur maria mencecah 21 tahun 9 bulan da banyak duit diorang keluarkan untuk maria, belum campur lagi perangai jahil maria, belum campur penat lelah mereka cari rezeki untuk maria and etc. Kalau nak senaraikan mmg banyak jasa MAK AYAH maria kan. Hurmm u all pun mesti la sama gak kan mcm maria. Huhu. Sekarang bila da kerja at least every month kita bg mak ayah kita duit, even tak banyak bagi tapi da mampu wat mak ayah kita tersenyum bangga. Berjaya mana kita dalam hidup kena ingat parents kita la yang jadikan kita Berjaya.
Sampai hujung nyawa aku sayang mereka !

Kedua :-
HUTANG. Bayar segala hutang mostly important KPT & PTPTN. Almost RM 11,000.00 kena bayar balik. Pergh byk gila aku pinjam. Ish ish ish agak-agak bila aku le habis bayar hutang nie yew ==’
Pape pun da pinjam sila bayar semula yew kawan-kawan. Ini kan tanggungjawab kita, da reti pinjam jadi reti-retikan la bayar semula. Hehehe
copy form : MR GOOGLE 

Ketiga :-
IMPIAN. Yeah banyak impian yang aku mahukan. Contoh, travel seluruh dunia, shopping, treatment diri, kahwin, and etc. Semua tu perlukan duitkan, paling penting if ada kesempatan dalam hidup maria nak jejak kaki di Tanah Suci ALLAH. In Sha Allah jika ada kesempatan dalam hidup maria. Teringin sebenarnya bawak family pergi bercuti luar negara such as Korea, Japan, or Paris. Tapi tu la kerja kena keras lagi ! yeah chaiyok chaiyok. Satu lagi impian maria, maria nak berjaya dlm kerjaya maria di dalam bidang TOURISM! Course yang maria belajar so nak berjaya dalam course nie jugak ;) terima kasih PSIS *eh tiba-tiba* haha
Ikhsan dari Mr Google


Keempat :-
MASALAH. Bagi maria dengan sibukkan diri dengan kerja maria dapat lupakan masalah. Walaupun sekejap at least dpt lupakan masalah maria. Hurmmm terlalu banyak masalah sampai tak tau nak story mcm mane. Everything kena pendam sendiri then tengah malam sujud dpn DIA nangis puas-puas. Itu jer mampu buat, tempat mengadu terdekat da jauh. So sad ;( tapi tak apa la setiap masalah yang datang pasti ada hikmah, Allah tahu apa yang terbaik untuk umatnya. AMIN
hadapi masalah dengan senyuman;) 


Ha tu je la sebab aku kerja. Maybe ada yang terlupa aku nak letak tapi ni la antara sebab apa aku perlu kerja. Btw kerja kita perlu IKHLAS, JUJUR, DISIPLIN & AMANAH!  Itu penting yew kawan-kawan sekalian. Jumpa lagi. Assalamualaikum ;)

p/s: To Capital A, saya harap awak disisi saya lagi ;')




Komen
0 Komen

No comments:

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign