Assalamualaikum,
Entry kali nie copy paste from this blog ;)
Kisah Hati Perempuan Pada Seseorang | Kadang dia
sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan
menitis airmatanya namun kita tidak melihat.Kerana menanggis dia dalam
senyap.Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana
dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di
sebalik senyuman yang terukir.
Kisah Hati Perempuan Pada Seseorang
Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.Sungguh
di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.Dan seolah telah
hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air
mata itu.Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia
melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah
hatinya.
Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan
berjanji takkan melukai lagi perasaannya.Dia akan menerima kata katamu
itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.Dan jika kamu berpesan
jangan menanggis lagi dan akan menjaganya.Lantas dia akan mengenggam
erat tanganmu.Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga
akhir hayatnya.
Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu,
janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.
Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana
hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu
sedang rindukanya.Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia
benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa
bermain di mata.Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat
merindui kamu.
Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik
dari kamu, jangan percaya kata. katanya kerana dia hanya mahu menguji
kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik di
matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di
hatinya.Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan
menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di
hatinya, kamu tetap yang terbaik.Kerana kamulah dunianya selamanya.
Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan
kerenahnya.Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.Andai kena
caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam
masa sesaat.Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan
janji manis sang pemujanya.
Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak
bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja.Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan
mencari anda semula.Itu tandanya dia benar-benar menyintai
anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.Dia terlalu emosional.Tapi
dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan
pada diri kamu.
Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.Seseorang di sini
bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.Jika anda bukan lelaki
tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.Kerana sekali
perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di
dalam jiwanya.Akan mengambil masa yang lama untuk pulih.
saya harap awak akan jadi bakal imam saya ! |
P/S: saya sokong artikel ni 100% ;)