24 May 2016

Majlis Tunang 20 Sept 2015

Assalamualaikum,

Lama menyepi dari dunia blog. Bukan tak nak update cuma kurang masa. Alhamdulillah hampir 2 bulan maria da tukar status kepada puan. Ramai yang tak tau maria tunang, mmg hajat di hati tak nak heboh, dalam Islam pun mengatakan ketika dalam tempoh pertunangan tidak usah dihebohkan takut kelak putus di tengah Jalan tidak la malu kedua pihak.

Masa majlis tunang maria pun just simple je, no pelamin, no hantaran hanya dua cincin satu cincin tunang satu cincin merisik, tudung dan kain. Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar. Majlis yg kecil tp cukup bermakna.

Orang kata masa bertunang byk dugaan, yup betul. Dugaan maria lebih kepada perasaan, jujur masa tempoh bertunang tak ada perasaan langsung kat tunang, kahwin disebabkan kedua ibu bapa kami restu dgn hubungan kami. Maria tak kenal sangat tunang mcm mana, tak tau apa dia suka, benci atau apa-apa berkaitan dgn dia. Sebab da niat dalam hati nak bercinta lepas nikah. Konon kecewa dgn cinta yg lepas la gitu. Dan masa bertunang nie la syaitan duk hasut kita sbb syaitan tak suka anak adam berkahwin. 

Masa tu la kalut hati ingat kat ex la, tgk tunang rasa benci, rasa meluat segala perasaan la muncul dalam hati kita time tu. Kalau tak kuat hurmm sekerat jln jela. Nasihat maria byk bersabar, tawakal plg penting ingat pada DIA. In Sha Allah everything gonna okay.

Maria ikat tunang Sept 2015 hari ahad. Tempoh bertunang hanya 6 bulan. Dalam masa 6 bulan tu la kelam kabut siapkan persedian untuk majlis. Yg tu next story nnt maria update. Well new life begins now.

masa tunang kwn maria yang tlg makeup kan. at the time dia rush gila sbb baru blk dr kg. tq babe. muah kat lips ko.  hahaha 

Family :)



Sampai jumpa next story.  Annyeong, 
Komen
0 Komen

No comments:

© Maria Hasun | Design By MaiGraphikDesign